Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam. Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.
Tak payahlah kita buat spekulasi tentang perkara ni. Ajal maut tu di tangan Allah. Meninggal ketika solat tu lebih mulia daripada meninggal masa merempit atau meragut, ye tak?
Takziah kepada keluarga arwah. Doakan moga arwah ditempatkan bersama para kekasihNya.
PssssT: Errrr...kalau terdengar suara dari kubur takut tak?
Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis. Kubur itu menempatkan jenazah seorang remaja perempuan Desi Tri yang berusia 15 tahun yang meninggal kerana sejenis penyakit.
PsssT: Ngidam nasi kerabu...tolong!
7 ulasan:
ada pihak yang buat spekulasi ker? x de dengar lagi setakat ni pasal spekulasi.
Kan baik, di jemput oleh Pencipta-Nya ketika mengimamkan solat.
p/s: 2-3 ari lepas dah lepas dendam kat nasi kerabu & dagang
Alfatihah..
Ade sorang ustaz cakap yg sejak kebelakangan ini, ramai remaja yang meninggal..
Sebab pertama exsiden, kedua panah petir dan ketiga tu aku tak ingat plak..
So, fikir2 kan lah dan selamat beramal..
Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari
betul tu. kalau dah ajal, pasti pergi jugak. semua yang berlaku tu adalah penyebab semata2..
Saat Aku Kau Pilih
dah sampai ajal...
kite ni tak tau bila. entahkan lagi 10 minit kite mati. sape tahu kan?
Pernah dengar dlm ceramah Dr Fadzillah Kamsah, sebelum tidor tiap malam dia berdoa mohon maaf dari semua orang yang dia kenal, dan memaafkan semua orang, kerana mungkin mati esok hari....
Eelobor: Untung dia dijemput pada waktu yang sangat baik, masa tengat imamkan solat, bukannya masa meragut. Usia pula muda, hati masih bersih...maksiatpun belum banyak buat...moga ditempatkan bersama para kekasih
d_Tieah: Aminnn. Tiap apa yang Allah tunjukkan kepada kita, memang sangat besar hikmahnya...tak kira positif atau negatif
Jiji & GB:setuju
Azieazah: Selalu jugak dengar dan cuba nak buat. Tapi tak mampu sepenuh hati...
Catat Ulasan