Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam. Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.
Tak payahlah kita buat spekulasi tentang perkara ni. Ajal maut tu di tangan Allah. Meninggal ketika solat tu lebih mulia daripada meninggal masa merempit atau meragut, ye tak?
Takziah kepada keluarga arwah. Doakan moga arwah ditempatkan bersama para kekasihNya.
PssssT: Errrr...kalau terdengar suara dari kubur takut tak?
Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis. Kubur itu menempatkan jenazah seorang remaja perempuan Desi Tri yang berusia 15 tahun yang meninggal kerana sejenis penyakit.
PsssT: Ngidam nasi kerabu...tolong!