Fuhhhhhhhhhhhhhhhh! Lama gilerrrrr kan baru aku nak umumkan siapa pemenangnya. Macamlah ramai sangat peserta. Macamlah panjang bebenornya aku nak kena baca.
Sebelum tu…aku nak kena mintak maaf zahir batin kepada semua peserta yang dah pasti sangat tertunggu-tunggu nak tahu keputusannya. Walaupun hadiahnya bukanlah kaw-kaw sangat, tak lah mahalpun hadiah kerongsang tu, tak juga secantik mana…dari terbiar berhabuk, apa salahnya berkongsi dengan orang lain. Moga-moga, mutiara itu menjalin ikatan baru yang lebih mahal daripada nilainya yang tidak seberapa itu.
Aku juga nak berterima kasih kepada semua peserta yang turut serta dengan kontes ini. Ini kontes pertama yang aku anjurkan, jadinya aku memang tak target ramaipun akan ikut serta. Aku pun sedar, tak ramai orang baca blog aku ni. Dan, aku sendiripun tak pasti adakah aku akan adakan kontes lain atau tidak pada masa hadapan. Kalau tengokkan masa, ikut macam sekarang ni, sangat-sangat terkejar-kejar masa itu. Macam tak cukup hari. Terlalu banyak masa rehat perlu dikorbankan. Masa tidur juga. Mmmmmm impikan mimpi macam semalam! Sampai terlupa untuk bangun!
Setelah menelaah semua entri lawak yang ikut serta, berbincang serba sedikit dengan juri jemputan (yang tidak mahu nama dan blognya dipaparkan di sini. Sekalung terima kasih untuk juri jemputan...), kami sepakat untuk memilih pemenang berdasarkan keaslian, jenaka yang spontan dan bahasa. Maka, kami telah putuskan tiga pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia adalah seperti berikut;
Pemenang Pertama
Pemenang Kedua
Pemenang Ketiga
Blognya sangat berat untuk aku loading…dah lama tunggupun hanya katak ini je muncul. nasib baik aku dah salin dan tampal siap-siap lawaknya dalam word. Kepada tuan punya katak ini…anda adalah pemenang!
Tiada hadiah misteri kerana blog mereka dijadikan rujukan oleh peserta lain. semua peserta kontes mendapat maklumat terus dari blog ini. Keputusan adalah muktamad.
Semua pemenang perlu emailkan saya di annieyss@gmail.com dan nyatakan alamat untuk penghantaran hadiah.
Tahniah kepada para pemenang. Kepada peserta yang tidak berjaya, boleh sertai kontes yang lain pada masa hadapan. Itupun kalau aku ada kesempatan untuk anjurkannya. Doa-doakanlah aku ada masa ya ;)
Niatnya nak tulis paling pendek yang dapat…memang sangat-sangat kejar masa, tapi dah terpanjang jugak.
6 ulasan:
selamat pagi...
tahniah kepada semua pemenang..kak ayu nak jenguk sanalah
jengahlah kak ayu...
anyss: saya tak menang eh? hihihi
waaa....mekaseh ye...
heheheh!!
nnt saye send email tu..
lawatan khas dari editor 100penulis. hehe, saje nak kacau anyss. cikda dah tukar blog baru semua. yang lama dah di delete sebab 'hacking' issue. =)
Have a nice day anyss! May Allah bless =)
Salam.
Tahniah kepada semua pemenang.
Tapi...
adakah itu cerita MokYang?
betul kan?
Terimakasihhhhhhhhhh!
kak Ayu: jenguk jangan tak jenguk...leh senyum2 jadi penawar duka
eelobor: menang sorak...datang Bangi saya banjer nasi kerabu ;)
Mimi: nanti akan pos bersama pemenang lain...kena tunggu 2 orang lain. Belum dapat alamat lagi
Cik Da: waaaaa blog baru lagi best ;)
Mok Yang: sila email alamat...nak pos kerongsang. Dah tak payah berebut kerongsang dengan anak dara 2 orang lagi tu ;)
Catat Ulasan