Kalau pergi ke Sungai Petani, Kedah...selain singgah Tanjung Dawai untuk beli ikan atau hasilan laut yang lain, ataupun pergi cari dosa kering skodeng orang buat maksiat di air terjun Tupah, ada satu tempat lagi yang menarik untuk dikunjungi. Ladang anggur Tasik Beris.
Jom petik anggur. Bukan senang nak petik anggur yang boleh dimakan (bukan anggur yang ditanam sebab tak dapat kerja). Rasa macam berada di Australia lah pulak. Nasib baik hanya anggur je...kalau ada epal sama, fuihhhhhhhh mesti aku boleh tipu korang kata pergi melancong ke Tasmania hu hu hu
Ladang di sini seluas 34 hektar ini ditanam dengan empat jenis anggur iaitu; Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Walaupun begitu, hanya dua tiga batas sahaja yang kita boleh lawat dan tengok-tengok. Kalau benarkan 34 hektar tu orang ramai lanyak, bukan sahaja buah anggur yang pupus, sekali dengan batas boleh roboh hu hu hu
Bayaran masuk untuk dewasa hanya RM3, manakala kanak-kanak RM1.50 sahaja. Bolehlah kalau nak posing maut dengan buah-buah anggur tu. Kalau nak petik sendiri dikenakan bayaran RM34 untuk sekilo. Jadi, tak ramai yang ambil tiket tu.
Bagi sesiapa yang nak pergi, bolehlah exit tol Gurun, terus ke arah Jeniang dan Sik. Kemudian ikut je papan tanda ke arah Tasik Beris. Dah semakin dekat, kita akan dapat lihat lebih banyak papan tanda untuk ke Ladang Anggur tersebut.
Ladang ni letaknya di tepi jalan sahaja. Dari tepi jalanpun kita dah nampak. dibuka setiap hari mulai jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Alamat penuh dan maklumat lainnya adalah seperti berikut;
Ladang Anggur Tasik BerisLot 264 Kampung Ternas,Sik Kedah.Tel: 04-4620466Fax: 04-4620611hP: 01956679080195641134email: excel_agro@yahoo.com
Di belakang ladang anggur ini terdapat satu pelantar. Sangat cantik pemandangan di situ.
Kalau nak tahu betapa best dan seronoknya kami pergi sana, silalah bawa diri sendiri ke ladang ni ya. Selain di Beris, kat Perlis p un ada ladang anggur, begitu juga di negeri sembilan.
14 ulasan:
Best kat sini.... tapi tak sempat nak masuk....
Ena Png: Selamat datang. Kalau dah sampai, tapi tak sempat masuk...memanglah rugi ;)
uishhh bestnyaaaaa .. ermmm anggur nie favorite akak .. dpt makan lak yg fresh2 mcm nie kannn :)
Wahh best la ladang anggur yg ini utk komersial dan boleh dilawati umum.
Leh la petik-petik terus ngap. :)
Yang MokYang pegi di Perlis (dekat Timah Tasoh), ladang milik Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, hanya pihak tertentu sahaja leh masuk melawat, siap kena buat surat lagi).
Ieda: manissssss! lagi best tu sebab boleh jadi model buah anggur hu huh u
Azieazah: Boleh melawat, depa sentiasa buka. Boleh telefon dulu dan tanya kalau rasa tak pasti.
Bahagian yang boleh melawat tu 2-3 batas sahaja, kalau nak petik harganya lain pula. Merasalah juga petik anggur sambil berangan kesejukan macam berada kat luar negara hu hu hu
Azieazah: Boleh melawat, depa sentiasa buka. Boleh telefon dulu dan tanya kalau rasa tak pasti.
Bahagian yang boleh melawat tu 2-3 batas sahaja, kalau nak petik harganya lain pula. Merasalah juga petik anggur sambil berangan kesejukan macam berada kat luar negara hu hu hu
:) hehe lain kali bleh pegi lagi.. kg member dekat situ jer..:)
TQ for following my blog...
Nun n seorang insan, menjalin pelarian, sendirian, merenunggg. Sendiri. Uawaa jangan pandang sebelah.
Ena Penang: patutpun....macam nak mintak ikut samalah, tak puas pi sekali ;)
Zz: sendirian tengok angsa yang jugak sendiri kat empangan ek?
anyss pun dah pi ka, sy pi bulan disember lepas. syok nooo tgk buah anggur bergantungan
epal ade tak he he
Salam kenal tuan tanah
Akan zass pegi ke ladang ni..sure cantek kan?
Catat Ulasan