Isnin, 29 Jun 2009

Ayatul Qursi

Minggu ni agak sibuk sikit. Ayat ni dah klise dalam hidup aku kan? Kalau aku tak sibuk, memang sesuatu yang pelik sedang berlaku tu...kalau tak sibuk pun aku akan menyibuk kat mana-mana, buat-buat sibuk dan apa-apalah yang berkaitan dengan sibuk. Manalah aku boleh hidup kalau tak sibuk. Sibuk tu memang dah makanan ruji aku. Kalau tak sibuk, aku memang tak boleh hidup.

Jadinya, kali ini aku hanya akan tampalkan sesuatu yang aku baca dan rasanya, elok juga untuk dikongsi bersama rakan-rakan atau sesiapa shaja yang tiba-tiba tersalah masuk rumah (masih juga dialu-alukan. Selalu-selalu lah buat-buat salah masuk rumah, mana tahu kan salah masuk istana mana-mana hu hu hu). Jomlah kita kongsi...

KEHEBATAN AYATUL QURSI dipetik dari
http://www.theperfmark.com/kehebatan_ayatul_qursi.htm


Bismillah..Assalamualaikum Wbrkt.
Alhamdulillah, didalam tulisan saya dibawah ini adalah untuk berkongsi bersama dengan para pembaca sedikit pengetahuan mengenai beberapa perkara tentang ayat-ayat suci Al Quran yang boleh kita jadikan pendinding daripada ilmu sihir dan gangguan syaitan atau gangguan-gangguan yang datangnya daripada manusia-manusia yang bersekongkol dengan golongan Jin atau Syaitan.


Mari kita hayati Ayatul Qursi ini dari Surah Al Baqarah ayat 255 serta mengetahui akan maknanya didalam bahasa melayu. Bacalah dengan ta'azu dan basmallah untuk memulakannya.

Dialah Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia, yang hidup kekal abadi dengan sendirinya. Tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Tuhan mempunyai segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, tidak seorang pun yang sanggup memberikan syufaat disisiNya kecuali dengan izinNya. Tuhan mengetahui segala apa yang ada di hadapan dan apa yang ada di belakang. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmuNya melainkan sekadar mana yang Tuhan kehendaki. Amat luas kursi (ilmu) Tuhan sepenuh langit dan bumi. Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Agong.


Saya pasti ramai diantara kita sudah tahu mengenai kemuliaan dan kehebatan Ayatul Qursi tetapi mungkin ada sebahagian daripada kita belum dapat membaca dengan baik mengikut tajwid yang seharusnya. Adalah sangat baik kepada kita sebagai umat Islam untuk menghafal dan membaca dengan baik surah ini yang mempunyai berbagai kegunaan untuk keperluan zahir dan keperluan batin (rohani). Kehebatan Ayatul Qursi telah dinyatakan didalam Al Quran dan juga banyak riwayat daripada Hadis Nabi Muhd. s.a.w. dan banyak juga huraian daripada para alim ulama atau orang perseorangan yang telah menempuh berbagai pengalaman didalam menjalani kehidupan mereka didunia ini.

Sesungguhnya Ayatul Qursi adalah senjata yang paling ampuh untuk menghindari diri kita daripada gangguan Laknatullah iaitu iblis dan kuncu-kuncunya. Apabila saya mengatakan kuncu-kuncunya, maka ia juga termasuk kepada manusia-manusia yang telah diperbodohkan oleh syaitan atau sememangnya mereka itu juga termasuk didalam golongan yang boleh kita gelar sebagai syaitan-syaitan manusia. Syaitan manusia inilah yang semestinya juga kita memberi perhatian yang sewajarnya, kita tidak boleh memandang remeh akan manusia seperti ini kerana mereka selalunya akan lebih mudah mempengaruhi orang lain dengan tujuan untuk menyesatkan dan juga kerana kepentingan peribadi mereka semata-mata.


Didalam zaman yang moden serba cangih sekarang ini, ada segolongan orang yang menganggap perkara sihir atau gangguan syaitan sebagai satu kepercayaan karut tetapi mereka lupa bahwa Allah Subhanawataallah telah memberi banyak amaran kepada kita sebagai manusia melalui kitabullah Al Quran Nul-karim, perkara ini akan sentiasa ada selagi dunia ini belum kiamat. Salah satu jenis sihir yang amat popular pada zaman sekarang ini adalah Sihir Pukau. Sihir jenis ini biasanya banyak menjadi permainan orang perseorangan dan juga beberapa golongan orang yang memberi rawatan perubatan secara traditional iaitu bomoh-bomoh atau pawang-pawang.

Didalam alam orang-orang seperti ini biasanya juga mereka ini telah dikenali oleh segolongan masyarakat kerana ramai orang telah menemui mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan yang biasanya kerana penyakit yang pelik-pelik. Pelik kerana mereka ini kadangkala tidak sakit tetapi ramai yang sengaja cari penyakit disebabkan mudah mempercayai sesuatu kelebihan yang ditunjukan oleh bomoh-bomoh tersebut atau kerana ada cerita-cerita yang dibawa oleh orang lain. Alasan yang diberikan biasanya adalah kerana mahu berusaha untuk mendapatkan bantuan atau rawatan. Ingat lah bahwa orang-orang yang sengaja menunjukkan diri mereka pandai sebenarnya mereka itu adalah bodoh, bodoh kerana tidak secara sedar ataupun memang sengaja telah bersekongkol dengan syaitan durjana. Jauhi diri kita daripada golongan seperti ini.


Kita semua perlu mengetahui bahwa setiap penyakit yang datang dan sembuhnya itu adalah diatas izinnya Allah, dari itu carilah penawar yang tidak bertentangan dengan hukum Allah dan berdoalah sentiasa tanpa berputus asa kerana itu adalah lebih baik daripada kita berjumpa dengan orang yang mengaku hebat dan tahu banyak perkara tetapi biasanya mereka ini akan bercakap mengenai ilmu ugama tidak berlandaskan kepada Al Quran dan Hadis tetapi lebih kepada akal fikiran dan nafsu mereka sendiri. Maka hendaklah kita berhati-hati dan sentiasa melindungi diri kita dengan ayat-ayat suci Al Quran sebagai pedinding diri dengan mengamalkan nya setiap hari. Ayat yang baik dan mudah kita hafal adalah Ayatul Qursi yang mempunyai satu kuasa yang maha hebat kepada sesiapa yang membacanya setiap hari atau membacanya ketika didalam keperluan untuk mengelakan diri daripada gangguan-gangguan syaitan atau iblis.

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat setengah ahli-ahli tafsir, "Ayatul Kursi" diturunkan disertai dengan 40,000 Malaikat dan setengah lagi mengatakan sebanyak 80,000 Malaikat sebagai penghantarnya kerana kebesaran dan peri mulianya serta pentingnya Ayatul Kursi itu. Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan penulis Al-Quran, yang pada masa itu Saiyidina Zaid bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.


Syaitan dan iblis menjadi gempar dan kacau bilau kerana adanya suatu alamat yang menjadi halangan didalam perjuangannya. Iblis Lanatullah memerintahkan sekalian syaitan-syaitan supaya menyiasat dan mencari punca yang menyebabkan rasa resah gelisah yang berlaku kepada mereka. Lalu mereka pun mendapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madina Al Munawarah.


Maha Suci Allah, Dia lah yang hebat lagi Maha Berkuasa keatas segalanya, maka perbanyakan lah akan kepada kita untuk mengamalkan Ayatul Qursi ini setiap hari, insya Allah akan terlepas lah kita dari semua bentuk sihir yang sebenarnya adalah hanya satu perkara yang kecil kepada hambaNya jika mereka mengetahui.



Ini pula artikel yang aku sudah lupa kat mana copy. Mohon ampun ya tuan punya tulisan, harapnya apa yang dilekatkan di blognya ini akan mendapat saham di kemudian hari. Sama-samalah kita baca ya...


AYATUL KURSI

"Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...".


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah - rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya"

Ini juga aku jumpa masa tengah merayau di alam maya, namun terlupa pula nak rekodkan tulisan Abdul Rashid Ahmad ini aku jumpa kat mana. Kiranya ada sesiapa yang tahu, tolong maklumkan ya.


Ayatul Qursi: Ayat Kursi paling agung dalam al-Quran

Oleh ABDUL RASHID AHMAD

FIRMAN Allah artinya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di depan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenal sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah yaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak. Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusul pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya karena meyakini bahwa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Karena itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah
kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah:

"Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam:93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahwa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah :

"Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya. Itulah ayat yang mengandung kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina tujuan pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Dari kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Dari sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi karena sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu hingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."

Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Dari sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya dari masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).
Moga-moga kita mendapat manfaatnya...

2 ulasan:

iza~de~bintang berkata...

Zaman dah canggih, tapi pukau2 ni semakin menyeramkan pulak. Tak ada lagi yang boleh kita buat selain meminta perlindungan dari Yang Esa.

anyss berkata...

Iza;
Bila akal sudah dilupakan fungsinya, dan syaitan mengambil alih teraju, maka inilah jadinya. Lupakan keEsaan kuasa Allah