Pernah rasa masak lemak siput bendang?
Rupa siput bendang berbeza sedikit daripada siput yang dikutip di kawasan pantai. Lebih comel dan gemuk. Disebabkan siput tu kecil sahaja, susah sikit nak ambil gambarnya. Kamera tak boleh folus memang itulah kelemahannya. Apa daya tak boleh banyak komen, maklumlah kamera pinjam hu hu hu...
Siput ini warnanya hitam. Banyak didapati di kawasan sawah padi terutamanya pada musim tanam padi. Masa balik kampung beberapa hari lepas (masa tulis ni pun, aku masih lagi berada di kampung menikmati deru monsun timur laut. Tiap hari hujan lebat, sepanjang masa langit mendung je. Best bila makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut...kena mintak Cokek belanja ni hu hu hu ...), kebetulan ada siput yang ayah dah kutip semasa bersihkan parit di bendang. Jadinya, sebelum Aidiladha, mak masak lemak siput tu.
Beza masak lemak siput yang selalu dijumpa di KL atau tempat lain, masak lemak siput di tempat kami dimasukkan daun kadok. Jadi rasanya lain sikit.
Petangnya, Along Fatin, Angah Nazahah dan Angah Fahmi telah diajar cara untuk potong bontot siput. Malam tu, meriah seisi rumah dengan gelagat anak-anak buah aku makan nasi dengan siput. Bising bunyi mereka sedut siput. Pengalaman baru bagi mereka. Tak sempat nak snap gambar, semua dah licin!

2 ulasan:
aku teringin nak try siput2an (karang2an)ni. tapi bila masuk je ke tekak, dia kuar balik. tak tau le macam mana aku nak buat... tapi bila tengok memang teringin.
Siput bendang tu aku makan jugak masa teringin tapi biasanya tak teringin sangat sbb tak suka dengan bau daun kadok tu. Siput laut tak pernah la teringin nak makan. tak tahu plak kenapa...
Catat Ulasan