Isnin, 22 Disember 2008

Mengenal Flora

Di belakang rumah, banyak semak dan bermacam jenis tumbuhan yang ada masanya sukar untuk jumpa di tempat lain. Kali ni aku rasa macam nak tampal beberapa jenis flora yang aku jumpa kat belakang rumah aku tu kat sini.
Pokok salak: masih belum berbuah.







Kantan: bunganya bukan sahaja sedapkan masakan. Tak adanya tak jadi Laksa Penang.




Aku suka tengok bila bunganya kembang. Macam bunga terataipun ada. Bila bunganya kering dan tua, jadi warna hitam. Biji benih? Tak tahulah pulak aku. Lupa nak tanya Mek. Setahu aku tanam pakai risornya.
Kat belakang rumah aku di kampung ni, berlambak dengan bunganya. Sekali petik paling sedikit dua tiga puluh kuntum. Bila-bila masa pun boleh petik dan celur cicah budu.





Di Bangi, harganya RM1.80 sekuntum. Mek aku jual 20 sen je sekuntum, hu hu hu...rasa nak tanam je pokok ni di Bangi. Apa daya, setengah kangkang kera pun aku tak ada tanah!

Pokok Keladi Colek: keladi ni ada bunga dan buah. Getah dia boleh hentikan pendarahan akibat luka. Luka kecil saja kot. Masa aku kecil dulu, takat luka kecil saja tu, aku guna getah keladi ni sahaja. Buahnya yang masak berwarna merah menyala. Burung memang suka makan. Jadinya, kalau nak tahan perangkap burung tu, bolehlah guna buah keladi ni sebagai umpan.

Pokok Keladi Kemoyang
Pokok keladi ni dah pupus kot sekarang ni. Susah bukan main untuk aku cari. Inilah satu-satunya yang aku jumpa. Itupun dah nak mati. Tinggal nyawa-nyawa ikan...opsssss, nyawa-nyawa keladi!


Pucuk keladi yang masih muda dan bergulung (masih belum terbuka daunnya tu) boleh dimakan. Boleh dicelur dan dimakan dengan sambal belacan atau budu. Nak sedap lagi, buatlah kerabu. Mmmm...tiba-tiba aku rindu nak makan kerabu pucuk kemoyang. Adussssssss....mana nak cari lagi kalau dah pupus pokoknya?


Pokok Kadok
Daun kadok ni ada aromanya yang tersendiri, macam juga serai atau daun kesum. Pokok ni ada khasiat yang tinggi untuk perubatan. Kajian sains dah buktikan tetapi aku terlupalah pula untuk apa. Nanti kalian boleh surf penemuan sains tersebut ya...
Daunnya nampak macam serupa sahaja dengan daun sirih, tetapi kalau diamati memang ada sedikit perbezaan. Beza yang amat ketara adalah dari sudut baunya. Daun ni biasa digunakan bila masak lemak siput sawah. Sila rujuk entri sebelum ni.

Pokok Cekur
Cekur ni ada macam jenis. Bunganya juga cantik. Ni cekur yang Mek aku tanam dalam baldi buruk di belakang rumah. Takat ni, aku tak pernah makan lagi flora ni, tapi aku memang akui bunganya warna purple muda itu memang cantik. Mohon maaf kerana aku hanya sempat snap yang belum berbunga sahaja. Bila nak snap cekur sedang berbunga cantik itu, memori dah full...hu hu hu

2 ulasan:

dina berkata...

daun cekur tu kalau dimasukkan dlm masakan gulai lemak putih, memang best...

daun kaduk tu buat ulam cicah sambal kelapa or sambal belacan memang mengancam...

-aku dah terliur-liur ni

anyss berkata...

Mmmmm bila Chef yang bagi tau, tak reti la nak komen lagi. Orang kata tanyalah pada yang pakar. Dina memang pakar masak, so...betullah tu...
Waaaa aku tak tau la pulak daun kaduk boleh buat ulam macam gitu. kat umah kami, daun tu b ergna bila nak masak lemak siput je hu hu hu