Ahad, 15 September 2013

Yang Tak Habis Raya Hari Tu Ek?


Walaupun hari ni panas tentang berita polis tembak isteri dan bapa mertua di Johor, tapi aku nak tulis pasal benda lain.

Kisah ni kisah musim sambutan syawal hari tu. Kenapa baru tulis?

Jawapannya mudah je; bersihkan hati dulu. Bimbang entri aku jadi berapi kalau tulis terus, maklumlah….kita hanya manusia. Tak boleh lari dari emosi dan sentap.

Sentapppppp????? Apa kes?

Musim Syawal @ Aidilfitri lepas, pejabat aku buat jamuan raya. Kutip sorang RM25, kemudian buat cara potluck. Bila dah kutip duit, tak ada maknalah ada yang nak menyumbang makanan lain lagi kan?

Hidangannya macam hidangan raya yang lain…lemang, rendang, kuah kacang, nasi impit, lontong, ada laksa johor dan kambing golek. Bagi aku yang tak berapa nak makan kambing, lontong dan laksa johor, makanya tak ada apa yang boleh aku makan. Ada lemang je pun cukup kot untuk aku.

Dalam dok meting segala tu, ada yang tanya aku “Tak bawa kerepek ke?”
 

Mmmmm...dia teringin nak rasa kot!
 
Asalnya memang tak terlintas ingatan pun nak bawa kerepek sebab bekalan kerepek memang dah habis sebelum raya lagi. Kat rumah aku hanya ada sebungkus kecil sahaja. Untuk makan sendiri sebab sejujurnya dalam dok packing dan angkut kerepek tu, tak ada rasa nak mengunyahpun. Simpan aje se pack kalau-kalau aku nak makan.

Cik Bintang kata “Nanti saya ambik yang baru…hujung minggu ni sampai,”. Selesai masalah aku. Tugas aku hanya pergi cari balang untuk isi. Tak kan nak letak dengan plastik macam tu. Kalau letak dalam taperware, tak pepasal taperware aku yang tak berapa nak adanya itu akan ghaib.

Akhirnya, siap 3 balang. Aku bawa ke pejabat sehari sebelum jamuan dan tinggalkan dengan staf pejabat sebab masa hari jamuan tersebut kemungkinan aku akan lambat adalah sangat tinggi. Pagi tu aku kena pergi Lembah Pantai dulu. Makan, bila-bilapun boleh…kalau ada rezeki tak ke mana.

Masa serahkan kerepek tu, aku dapat satu pertanyaan bonus raya, iaitu “Ni kerepek tak habis raya hari tu ek?”

Sentap tak? Sentap tak????
 
 
biasanya kampeni nak kerepek packing macam ni...
 
 
Susah payah Cik Bintang pi beli baru, bawak datang Bangi lagi…siap dia sponser kerepek lagi untuk jamuan raya tu, tak sangka pulak niat itu dicurigai.

Kepada rakan-rakan yang beli kerepek dengan kami di Kerepek Raya Rembow, biasanya aku akan pesan “kalau tak rangup dan lemau, sila bagi tahu. Insha Allah kami ganti yang baru,” kerana ada masanya ketika packing tu ada kecacatan.

Aku suka makan kerepek. Aku tahu macam mana rasanya bila makan kerepek yang lemau atau masuk angin. Tak best. Tak rangup. Tak ada kepuasan maksima.

Kami tak simpan stok lama nak elak lemau dan masuk angin. Untuk Aidiladha, kami akan naikkan iklan minggu depan dengan kos baru. Masa Aidilfitri lepas kami berjaya tak naikkan harga walaupun harga di kilang dah naik, namun bila berlaku kenaikan petrol 20 sen itu, kami kena kira semula kos. Harapnya tak banyak beri kesan.
 
Kami ambil stok sebelum penghantaran. Setakat ni tak ada kes lemau dan masuk angin kecuali lambat sedikit penghantarannya. Harap maklum.
 
Okeh, aku tahu semua ini ujian hati!
 
 
 
 

10 ulasan:

Unknown berkata...

Saya sentapp..

Apa jawapan saya kalau kena kat batang idung saya?
"ko bawa apa?? Setakat bawa diri.. Sila gantung diri"

anyss berkata...

Ayu Citarasa Rinduan: Daku tahu kerepek tu sedap...jangan la marah depa hu huhuhuhu

Mungkin anginku tak baik je hari tu, depa nak gurau...hanya hatiku tak nyaman untuk bercanda hu hu hu hu

pena rozie berkata...

Jgn lupa kerepek ubi kayu pedas untuk daku yer laling.....

anyss berkata...

Pena Rozie: Pedas kering ka pedas basah? Berapa banyak tu lalink?

Unknown berkata...

siyes kerepek tu memang sedap ranggup dn dibuat dari ubi yg empuk..kalau ubi tk empuk kerepek akan jadi keras...
mulut org ni selalu tkde insurans!!

t.a.t.a berkata...

kerepek ubi kalau dah mengadap nya, tak ingat dunia la dibuatnya. asyik nak menganyip aje mulut tu.

anyss berkata...

kak ida nyanyi sunyi: hu hu hu dia belum kunyah lagi tu, dah kunyah...tak sempat nakkomen huh uhu hu

anyss berkata...

kak ida nyanyi sunyi: hu hu hu dia belum kunyah lagi tu, dah kunyah...tak sempat nakkomen huh uhu hu

anyss berkata...

tata: letak taperware besar depan TV hadap ramai-ramai...tak sedar habis ;)

anyss berkata...

tata: letak taperware besar depan TV hadap ramai-ramai...tak sedar habis ;)