Memaparkan catatan dengan label kerepek raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerepek raya. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

Kerepek Raya Kembali Lagi


Tahun ni tak jual sangat kerepek…tak sempat nak buat iklan bagai.

Walau bagaimanapun, hari minggu nanti kami nak pergi ambil kerepek kat kilang. Dah tentu kena tunggu dan beratur tepi kuali ni. Berikut adalah senarai harga kerepek raya tahun ini;



Kami hanya ambil pesanan dari rakan-rakan dan sahabat terdekat yang biasa tempah kerepek rembow rangup rapuh kriuk kriuk sahaja ni. Sebenarnya, kami ambil untuk keperluan kami beraya nanti. Jadi, kepada sesiapa yang nak kirim tu, bolehlah kami ambil sekali.

Sebenarnya harga kerepek ni dah naik dua kali, tapi sebab nak tolong rakan-rakan. Kalau dibandingkan harga yang orang lain jual di bangi…ada bezanya. Cubalah tengok kat warta atau PKNS Bangi untuk bandingkan harga. Sebab tahun ni kami tak berapa ada hati nak kaya, maka harga ini adalah harga kawan-kawan sahaja.

kerepek ubi BBQ...wajib ada rumah kami tiap kali raya

Jika berminat, Silalah bank in jumlah bayaran ikut tempahan yang nak di See Heart Beauty Marketing: MAYBANK: 555108305055 ataupun di akaun CIMB: 8601080278 kemudian email slip bayaran ke Email:sihatstore@gmail.com.

Kawasan: Bangi. Jika anda tinggal kawasan sekitar masih juga boleh buat pesanan dengan syarat sanggup datang ambil di Bangi. Sekarang ni aku kelam kelibut buat terowong nak naik ke langit, tak sempat nak buat penghantaran. Demand tak? Hu hu huhu

kerepek ubi pedas basah...adik ipar aku si Rani Murkajee tu dah tempah awal-awal hu hu h uhu

Boleh juga tempah jika yang berada di Kelantan, itupun kalau sanggup pergi ke Ketereh. Aku akan bawa balik raya nanti, kemudian kita janjilah jumpa kat mana-mana di pekan ketereh tu. Paling utama kena buat bayaran dulu. Aku tak mahu ambil risiko berlaku lebihan kerepek bila tuan punya kerepek buat-buat lupa nak ambik. Aku dah angkut balik dua guni, tak mahu dah tambahan yang lain...kang mandi kerepek pulak aku!

Tarikh akhir tempahan kerepek raya: Jumaat 11 Julai 2014. Sabtu atau Ahad kami akan ambil stok. Tak ada pengambilan ke dua dah. Terus aku borong dua guni hu huhuhuhu jemputlah ke teratak hamba raya nanti kalau nak makan kerepek ya...

Isnin, 23 September 2013

Kerepek Raya Aidiladha Sedia untuk Ditempah


Aidiladha akan menjelang tak lama sahaja lagi. Biasanya, bila tiba Aidiladha, tak ramai jual jual biskut raya atau kerepek raya. Tapi kami di Kerepek Rembow Kerepek Raya tetap buka tawaran jualan sempena kedatangan aidiladha nan mulia itu.
 
 
 
Tempahan sudah dibuka sekarang. Tarikh akhir tempahan pada Jumaat 4hb Oktober 2013. Kawasan terlibat: sekitar Bandar Baru bangi, kajang, UKM, serdang, Bukit Mahkota dan Nilai.

Ataupun kat Ketereh Kelantan, boleh ambik masa aku balik kampung nanti. Tapi, kalau kat kampung tu, pembayaran kena dahulukan ya...risiko pulak untuk Cik Bintang. Aku tukang serahkan aje!

Boleh tinggalkan komen di ruang komen untuk tempahan, ataupun ke FB kerepek Rembow Kerepek Raya.

Selepas kenaikan harga petrol 20 sen yang menaikkan banyak harga barang, walaupun menteri kata barang tak naik, namun hakikatnya neskefe ais pun dah mencecah harga RM2.50. Asalnya, Kerepek Rembow Kerepek Raya juga berhasrat untuk naikkan harga bagi menampung kos yang turut meningkat.

Bila fikirkan semula tujuan asal kami jual kerepek ni, maka kami memutuskan untuk mengekalkan harga tahun lepas. Ye lah, dulu-dulu kami jual kerepek sekadar tolong rakan-rakan yang nak bekalan kerepek. Setiap kali aidilfitri atau aidiladha, kami tetap akan pergi ambil kerepek untuk bawak balik kampung. Apa salahnya banyakkan sikit untuk rakan-rakan.

Semua kerepek tu kami ambil selepas hari Jumaat 4hb Oktober 2013, bukannya stok lama yang tak habis aidilfitri lepas. Bukannya kerepek tak habis jual hari tu. Sebabnya: kami nak makan yang rangup kriuk kriuk. Kalau lemau, sila kembalikan semula dan kami akan gantikan dengan yang baru.
 
 




Ahad, 15 September 2013

Yang Tak Habis Raya Hari Tu Ek?


Walaupun hari ni panas tentang berita polis tembak isteri dan bapa mertua di Johor, tapi aku nak tulis pasal benda lain.

Kisah ni kisah musim sambutan syawal hari tu. Kenapa baru tulis?

Jawapannya mudah je; bersihkan hati dulu. Bimbang entri aku jadi berapi kalau tulis terus, maklumlah….kita hanya manusia. Tak boleh lari dari emosi dan sentap.

Sentapppppp????? Apa kes?

Musim Syawal @ Aidilfitri lepas, pejabat aku buat jamuan raya. Kutip sorang RM25, kemudian buat cara potluck. Bila dah kutip duit, tak ada maknalah ada yang nak menyumbang makanan lain lagi kan?

Hidangannya macam hidangan raya yang lain…lemang, rendang, kuah kacang, nasi impit, lontong, ada laksa johor dan kambing golek. Bagi aku yang tak berapa nak makan kambing, lontong dan laksa johor, makanya tak ada apa yang boleh aku makan. Ada lemang je pun cukup kot untuk aku.

Dalam dok meting segala tu, ada yang tanya aku “Tak bawa kerepek ke?”
 

Mmmmm...dia teringin nak rasa kot!
 
Asalnya memang tak terlintas ingatan pun nak bawa kerepek sebab bekalan kerepek memang dah habis sebelum raya lagi. Kat rumah aku hanya ada sebungkus kecil sahaja. Untuk makan sendiri sebab sejujurnya dalam dok packing dan angkut kerepek tu, tak ada rasa nak mengunyahpun. Simpan aje se pack kalau-kalau aku nak makan.

Cik Bintang kata “Nanti saya ambik yang baru…hujung minggu ni sampai,”. Selesai masalah aku. Tugas aku hanya pergi cari balang untuk isi. Tak kan nak letak dengan plastik macam tu. Kalau letak dalam taperware, tak pepasal taperware aku yang tak berapa nak adanya itu akan ghaib.

Akhirnya, siap 3 balang. Aku bawa ke pejabat sehari sebelum jamuan dan tinggalkan dengan staf pejabat sebab masa hari jamuan tersebut kemungkinan aku akan lambat adalah sangat tinggi. Pagi tu aku kena pergi Lembah Pantai dulu. Makan, bila-bilapun boleh…kalau ada rezeki tak ke mana.

Masa serahkan kerepek tu, aku dapat satu pertanyaan bonus raya, iaitu “Ni kerepek tak habis raya hari tu ek?”

Sentap tak? Sentap tak????
 
 
biasanya kampeni nak kerepek packing macam ni...
 
 
Susah payah Cik Bintang pi beli baru, bawak datang Bangi lagi…siap dia sponser kerepek lagi untuk jamuan raya tu, tak sangka pulak niat itu dicurigai.

Kepada rakan-rakan yang beli kerepek dengan kami di Kerepek Raya Rembow, biasanya aku akan pesan “kalau tak rangup dan lemau, sila bagi tahu. Insha Allah kami ganti yang baru,” kerana ada masanya ketika packing tu ada kecacatan.

Aku suka makan kerepek. Aku tahu macam mana rasanya bila makan kerepek yang lemau atau masuk angin. Tak best. Tak rangup. Tak ada kepuasan maksima.

Kami tak simpan stok lama nak elak lemau dan masuk angin. Untuk Aidiladha, kami akan naikkan iklan minggu depan dengan kos baru. Masa Aidilfitri lepas kami berjaya tak naikkan harga walaupun harga di kilang dah naik, namun bila berlaku kenaikan petrol 20 sen itu, kami kena kira semula kos. Harapnya tak banyak beri kesan.
 
Kami ambil stok sebelum penghantaran. Setakat ni tak ada kes lemau dan masuk angin kecuali lambat sedikit penghantarannya. Harap maklum.
 
Okeh, aku tahu semua ini ujian hati!