Isnin, 15 Jun 2015

Pembentangan Bajet 2016

Perdana Menteri Malaysia yang sangat dicintai ramai itu mengumumkan Pembentangan Bajet 2016 akan diadakan pada 23 Oktober 2015, ketika berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2016 di Putrajaya.

Ramai yang dok tunggu ucapan Bajet 2016, aku pun! Banyak perkara rakyat nak tahu tentang belanjawan 2016 selepas pelaksanaan GST. Paling tidak, aku nak juga tahu apa yang nak dibuat dengan kutipan gst sepanjang tahun ni. Tak kan nak bina hospital sebijik di Bangi tak mampu. Katanya kutipan 44 juta sehari….kumpul hasil gst sehari pun dan boleh bina hospital kan kan kan. Dah hilang daya upaya dah aku nak terkejar ke Hospital Serdang subuh-subuh lagi untuk dapatkan rawatan. Nak ambil nombor sahaja pun dah kena tawaf 3 pusingan, tunggu daftar diri di bahagian pesakit luar pulak sekurang-kurangnya sejam. Kalau nasib baik bolehlah duduk. Biasanya nasib tak pernah baik. Tak kan mata sanggup tengok pakcik makcik berdiri sedangkan aku yang adakalanya dipanggil jugak makcik ini boleh duduk bersenang lenang tanpa rasa bersalah. Ingat aku ni macam Adlin Aman Ramli yang pura-pura tidur sebab nak duduk dalam iklan LRT tu ke?

Kalau dibina hospital baru di Bangi, hendaknya orang yang buat plan hospital tu kenalah ada pengetahuan sikit tentang reka bentuk hospital. Bukan main taram nak jimatkan kos semata. Ruang pendaftaran tu biarlah bagi luas saujana memandang. Maklumlah manusia di Malaysia ni dah makin bertambah ramai yang sakit. Itu baru sakit fizikal, bukan sakit mental lagi. Jadinya, ruang menunggu, ruang daftar, ruang ambil ubat perlulah luas dan banyak kerusi. Namapun kawasan untuk orang sakit. Makanya, memang ramailah yang tak larat nak berdiri lama.

Pembentangan Bajet 2016 juga sangat dinantikan kerana penjawat awam yang bernaung di bawah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ternanti-nanti kalau-kalau raya tahun ni mereka dapat bonus. Manalah tahu kan, bila dah kutip GST yang perlu dibayar oleh semua orang tu termasuk makcik Kiah dan pakcik mamat yang toreh getah di ulu banat sana, makanya, mampulah kerajaan Malaysia bagi kami penjawat awam ni bonus raya setengah tahun gaji. Kutipan gst kan banyak….mesti mampu punya huh uhuhuhu hihhhh! Sila jangan gelak, boleh tak???

Pada tahun ini CEUPACS menuntut gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan, berbanding RM900 sebelum ni. Yaaaa lah, dari dok bayar pembantu rumah Indonesia tu RM1200 sebulan walaupun masak guna rice cooker pun tak pandai, gosok baju berlobang, basuh berak anak pun guna kaki, baiklah bagi kenaikan gaji kepada penjawat awam dulu. Barulah namanya beruk dihutan dikasi penyepak, anak dibuaian diberi madu. Haaaaaa baru cerdik namanya walaupun CGPA aku tak adalah cecah 3.85.

Selain itu, Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini. Tang mana nak jumpa rumah sewa RM180 sebulan pun aku tak tau. Kalau area Bangi ni, bilik air pun tak dapat kot huhuhuhu jumpa sewa bilik RM500 pun dah untung di Bangi ni. Bilik yaaa, bukan rumah. Maaflah, aku dah tak terlibat dengan aktiviti sewa menyewa bilik ni. Pening kepala dengan perangai anak dara zaman sekarang. Yaa lah, susah nak kendalikan anak dara yang ada lelaki budiman ni...mmmm jeleslah tu kan hew hew hew!!!

Semua kenaikan tersebut sangat perlu kerana pendapatan isi rumah perlu seimbang dengan gaji Perdana Menteri kita yang terchenta tu. Menurut kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun. Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan. Jadi, aku bercita-cita untuk memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM25 ribu sahaja sebulan. Kata RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!


Jumaat, 12 Jun 2015

Pakej Panggilan Dan Internet Terbaik


Semakin Negara kita maju nak capai wawasan 2020 tak berapa lama je lagi ni, maka kos pengurusan ‎hidup pun makin meningkat dengan peliknya. Dua tiga tahun lepas, mampu aje aku guna 3 talian ‎berbeza untuk tujuan yang berbeza, sekarang ni…nak kena buat keputusan terbaik bagi penjimatan ‎pakej panggilan, sms dan internet kegunaan seharian.‎

Biasanya aku ambil plan broadband maxis untuk kemudahan internet, cucuk kat computer dan ‎bolehlah online seketika tengok beberapa perkara. Tak adalah guna selalu sebab linenya terkemut-‎kemut menyakitkan hati aje. Tiap bulan bayar kemain tapi nak buka email pun siksa. Entah kenapa ‎aku tak terminate pun sebelum ni aku tak tahu. Mungkin sebab sebahagian besar urusan di internet ‎aku buat di pejabat, guna LAN yang berdesup laju tu. Kalau tak laju, tulis je komen…boleh laju ‎semula huhuhuhu bahagia hidup!!‎

Telefon aku guna maxis prepit. Setiap bulan aku topup RM30 sahaja, manakala untuk talian internet ‎aku guna umobile, juga topup RM30 sahaja sebulan. Dahulu, dengan RM30 tu aku boleh buat ‎panggilan 90 minit, sms dan internet 1.5GB sahaja tetapi itu dah cukup pun sebab yang no umobile ‎inilah yang aku bagi kat student. Tak nak kacau nombor pribadi di maxis. Online pun sekadar tengok ‎FB dan blog sahaja. Tak tengok video pun. Video tengok kat ofis yang lajuuuuuuu tu huhuhuhu

Masalah mula timbul bila line broadband makin terkemut-kemut, line umobile pun payah dapat ‎dalam rumah sedangkan dengan jumlah RM30 dah dihapuskan sms dan panggilan. Sangat ‎menyusahkan bila student sms aku tak boleh nak balas. Untuk pakej yang sebegitu aku kena topup ‎sejumlah RM38 tetapi internet hanya 1GB sahaja. Kalau yang 2GB pun lembab macam siput khinzir, ‎apalagi bila 1GB. Ohhhhh sangat siksa jiwa raga. ‎

Sekarang tercari-cari plan internet, panggilan dan sms yang lebih mampu milik dan memberi ‎pulangan yang memberangsangkan. Cadangnya nak terminate sahaja maxis broadband tu. Dah ‎untung RM58. Setiap bulan aku boleh tambah nilai RM50 di umobile, laju sikit internetnya. Namun, ‎panggilan dan sms tu yang payah sikit tu. Aku tetap nak asingkan nombor pribadi dan nombor awam ‎tu…alahai. Ada cadangan tak?‎

Khamis, 11 Jun 2015

JPJ Mintak Maaf dengan Nyonya Berkain Batik

Kecerdikan para menteri malaysia kebelakangan ini memang jelas dapat dilihat berdasarkan ‎banyak isu semasa kini. Bermula dengan isu GST yang panas dan sering diapikan lagi dengan ‎bermacam-macam hal berkaitan gst oleh Menterinya berkelayakan CGPA 3.85 (mmmmmm ‎aku pun tak cemerlang sampai tara tu huhuhuhuhuhu) tapi meletihkan minda rakyat seperti ‎saranan untuk elak gst pelajar universiti memasak dan setiap hari rakyat digalakkan masak nasi goreng ‎tanpa gst. ‎

Semalam menteri pelancongan pula kata beliau gembira dengan penurunan nilai ringgit, ‎mata aku terbeliak seketika, sebab aku ni bab bilang duit memang tak reti huhuhuhuhu nak buat macam mana orang malaysia sendiri yang ‎pilih menteri yang cerdiknya sampai tahap ni. ‎

Ketika Polisi baru syarikat virgin group beri cuti setahun bergaji penuh kepada pekerja yang ‎baru bergelar bapa, di negara kita seorang anggota keselamatan yang bertindak mengikut ‎polisi pemakaian di pejabat kerajaan telah di pindahkan ke bahagian lain semata-mata ‎kerana menjalankan tugasnya. Kalau nak harapkan polisi macam syarikat virgin group tu ‎muncul di Malaysia, memang sahlah tak akan wujud, cari dana bantu mangsa banjir di ‎bawah khemah di Manik Urai Lama pun perlukan Kayuhan Sejuta Kasih, malah benda mudah ‎macam mematuhi etika pemakaian semasa berurusan di pejabat awam pun tak mampu nak ‎laksanakan. Itulah negaraku yang terchenta., sedikit sahaja berbeza dengan negara Zimbabwe huhuhuhu 

Isunya hanya kerana seorang wanita bernama Suzanne tidak berpuas hati apabila disuruh ‎memakai kain sarung sebelum dibenarkan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ‎menulis di akaun Facebook dan jadi viral. Kejadian berlaku di pejabat JPJ Wangsa Maju.
etika berpakaian bila berurusan di premis kerajaan...kalau buta huruf boleh tengok gambar, ke buta mata?

Suzanne yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati ‎seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai ‎kain batik. Kalau orang Malaysia sendiri pun tak faham taraf sopan tu tara mana, boleh ‎jawab tak berapa lama hang dok negara ni? Katanya sejak tok nenek...tapi, masih tak tahu ‎sopan tu lagu mana? Kalau baru semalam mendarat dengan tongkang tetapi belum tahu ‎etika berpakaian di jabatan kerajaan aku masih boleh terima. Tapi bila dah enam tujuh ‎ganerasi, aku rasa nak maki.‎

boleh beza tak dengan gambar di atas?
Paling nak maki bila Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan ‎‎(JPJ) supaya memohon maaf dan akan mengkaji balik kod etika pakaian jika perlu. Hanginnn ‎satu badan! Lagi hangin bila encik RELA yang bertugas dipindahkan ke tempat lain. ‎Mmmmmm di Malaysia ni, sesiapa buat kerja betul memang akan terima nasib sebegini. ‎Peluang untuk kutip pahala kalau sabar, tapi aku rasa nak maki berguni-guni.‎

Persoalannya: siapa nak minta maaf bagi pihak pelancong yang bogel dan kencing di puncak ‎Kinabalu? ‎

Tak perlulah nak kata untuk tarik pelancong berbondong-bondong masuk Malaysia, makanya ‎mereka boleh sesuka hati sahaja kencing merata, bogel sesedap hati sebab pelancong asing ‎ni masih sanggup berpakaian sopan dan berselendang menghormati budaya tempatan di ‎Aceh. Kalau acheh boleh, mengapa Malaysia tak boleh?‎

Sila jawab, belum puas lagi nengok siri jenaka pak menteri cerdik pandai ni!!!‎

Budaya orang Malaysia ni suka sangat dermakan susu kepada kera di hutan, sanggup pulak anak kat rumah mati kebuluran!!

Mmmmmmm bila MC banyak hari, idea memang berlumba-lumba, maklumlah kepala otak dah dikosongkan dengan urusan kerja. Jommmm tarik selimut!


Rabu, 10 Jun 2015

Akar Diri Berselirat Mencari Hala Tuju


Isnin, 8 Jun 2015

GST Menurut Wok Yoh, Samad dan Said

Peminat wayang kulit memang tidak asing lagi dengan watak Wok Yoh, Samad dan Said kerana ketiga-tiga watak ini yang wujud sebagai watak kurang cerdik menjadi tarikan utama. Orang kata cerdik-cerdik alang…nak kata cerdik tak berapa nak cerdik, tapi nak kata tak cerdik, sebenarnya tahap kecerdikan mereka melebihi aras orang cerdik. Faham tak maksud aku? Berbelit tak?

Apa-apa ajelah. Ikut sukalah nak faham ke tidak. Tapi, sekiranya nak tahu pendapat Wok Yoh, Samad dan Said tentang gst bolehlah tengok video ringkas yang menyengat ni…


Tok dalang 3 bersaudara, Wok Yoh, Samad & Said.
Posted by Negeri Cik Siti Wan Kembang on Wednesday, May 6, 2015
Hebat tak Tok Dalang yang jayakan watak Wok Yoh, Samad dan Said tu?

Memandangkan anda mempunyai IQ lebih tinggi dari watak Wok Yoh, Samad dan Said ni, sila beri pendapat anda huhuhuhuhu macam soklan exam la pulakkkk


Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah Batalkan Dialog Nothing2Hide

Pagi tadi, 7.17 pagi Sabah bergegar dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat berlaku di Sabah. Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi melanda Sabah itu melanda kedudukan 16 kilometer di sebelah barat laut dari Ranau, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi yang berlaku itu pada 6 skala Richter.

Gegaran gempa bumi turut dirasai di utara Kudat dan daerah Kota Marudu sehingga di selatan Beaufort, dapat dirasai dalam bangunan mendorong orang ramai keluar dari rumah, kedai dan juga di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut bergegar.

Aku ada terima beberapa keping gambar kerosakan akibat gempa bumi di Sabah di grup whatsapp tetapi aku tak pasti betul ke tak gambar tu, jadinya…tak adalah aku tampal kat sini.

Malaysia memang tidak berada di lingkaran api pasifik, boleh dikatakan jarang berlaku bencana alam. Kita perlu syukuri itu. Bencana alam pun berlaku dalam aras yang sangat kecil berbanding tempat lain yang dilanda macam-macam bala bencana. Di Negara kita ni, banjir sikit macam di Manik Urai tu pun tak terhadapi, tsunami secoet di Kedah dan Penang pada 2004 pun payah nak tangani apalagi kalau saban bulan dilanda gempa dibadai rebut taufan. Kemampuan kita terbatas nak tanganinya banding Jepun, sebab itulah kot Allah bagi kita aman damai. Bersyukurlah.

Mungkin sebab Sabah dilanda gempa bumi KOT makanya dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO), Nothing2Hide yang sepatutnya berlangsung pagi tadi dibatalkan. Khabarnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan dialog Nothing2Hide tersebut dibatalkan. Tengok, perdana menteri kita sangat prihatin tau!!! Beruntung orang Sabah! Demi Sabah disayangi, PM batalkan acara tu...hebat tak PM kita?

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan NGO, penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mmmmmmm aku sebenarnya kesian dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi antara tetamu kehormat, tiba awal di lokasi iaitu pada pukul 8.58 pagi. Tun dah lanjut usia, kesian dia kena tempuh jem dalam acara yang dibatalkan minit terakhir kerana pembatalan tersebut di umumkan di twitter Ketua Polis Negara di @KBAB51 "Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan” kira-kira pukul 8.53 pagi, iaitu lima minit sebelum Tun sampai. Bila Dialog Nothing2Hide dibatalkan, akan lebih banyak isu panas timbul. 

Jom pekena cendol bawah pokok! Kita kurangkan suhu panas ini tengahari huhuhuhu 


Khamis, 4 Jun 2015

Hantu Selfie

Hu hu huh u bagi sesiapa yang suka selfie silalah semak gambar-gambar selfie anda, manalah tahu terdapat penampakan ikut sama selfie bersama anda. Jom kita tonton kehadiran penampakan misteri hantu yang terdapat dalam gambar-gambar selfie;



Mmmmm sebenarnya, tak adalah nak heran sangat kalau Nampak dalam gambar selfie guna kamera telefon lebih-lebih lagi bila ambil gambar malam. Ya lah, kalau guna telefon cap ayam macam aku ni….selalu sahaja jadi macam-macam gambar ada, lebih-lebih lagi bila ambil gambar anak buah aku yang cergas bak johan tu. Mana reti duduk diam. Kamera belum sempat rakam gambar lagi, dia dah lari pi tempat lain.

Kalau guna kamera canggih manggih tu aku tak reti nak komenlah sebab kamera aku pun cap ayam juga huhuhuhu 

Cer gi check gambar-gambar selfie kalian, ada nampak kehadiran penampakan hantu selfie tak? 

Rabu, 3 Jun 2015

Model Arang Gok


Selasa, 2 Jun 2015

Cekodok Biskut Air Banjir

Masih ingat tentang bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama? Inilah antara kisahnya. Jika anda prihatin dan mempunyai niat untuk menyumbang, bolehlah sertai Kayuhan Sejuta Kasih.
dah 6 bulan pasca bah kuning, mereka masih begini...

Pernah makan cekodok? Mmmmm istilah lain adalah jemput-jemput. Itu makanan kegemaran aku huhuhuhu tetiba rindu pulak lama tak makan.

Pernah makan cekodok biskut?

Aku tak pernah makan. Entah macam manalah rasanya. Lagilah tak pernah makan cekodok biskut air banjir.

Cekodok biskut air banjir? Ya…cekodok yang diperbuat daripada biskut dan digunakan air banjir untuk rendam lembutkan biskut tu. Itulah pengalaman yang dilalui oleh mangsa banjir di Manik Urai Lama ketika bah @ banjir kuning 2014 lepas.

Ketika petempatan banjir mereka di SK Manik Urai Lama mula mendapat bantuan, mereka menerima beberapa kotak biskut sahaja sedangkan beratus orang berada di petempatan banjir tersebut. Itu bantuan pertama yang diturunkan dari helicopter penyelamat. Nama pun bantuan pertama, tak kan nak bawak beras bagai. Yang utama, mereka ditemui oleh pasukan penyelamat.

Mereka sudah tiga hari berada di petempatan banjir ketika itu, bekalan makanan memang dah habis. Sebelum itu, ketika air belum lagi hampiri aras dua bagunan sekolah, ada juga dikalangan mereka kembali ke rumah yang sudah tenggelam, menyelam masuk ke dalam rumah dan mengambil apa-apa barang makanan yang ada untuk dimakan bersama-sama.

Bila dapat bantuan biskut, mereka menggunakan inisiatif sendiri agar bantuan seciput itu boleh dirasai oleh semua orang. Akhirnya, sepakat buat cekodok. Rendam semua biskut dalam air banjir @ bah kuning (kerana kehabisan air bersih). Mereka juga terpaksa minum air banjir ketika itu.

“Macam mana nak goreng? Ada peralatan?” Tanya aku sebab rasa macam tak logik pulak menu sebegitu yang mereka buat.

Setiap tahun SK Manik Urai Lama memang jadi pusat petempatan mangsa banjir. Semua barang keperluan memang ada di sekolah tu. Mereka yang berpindah pula buat macam biasa…pergi ke pusat pemindahan banjir hanya bawa dokumen penting sahaja tanpa bawa bekalan makanan seperti beras sebagainya kerana setiap tahun memang akan ada peruntukan makanan seperti beras, sardin dan sebagainya. Namun, bila bekalan tak kunjung tiba kerana terputus jalan perhubungan, ada dikalangan mereka yang balik semula ke rumah masing-masing dan bawakan apa-apa barang makanan yang dah tenggelam itu. Jadi, masaklah mereka beras yang dimasak dengan air banjir.
biasanya banjir hanya sampai ke pintu pagar sekolah sahaja. kali ini hampir cecah aras 2 bangunan sekolah

Bila Nampak ada nasi, masing-masing gembira. Namun bila dah makan, nasi yang gunakan air banjir tak mampu ditelan. Tapi, akhirnya, mereka kena telan juga walaupun cekodok biskut air banjir. 

Aku Tanya, “rasanya macam mana?”

Cikgu XXX hanya ketawa sambal menyambung “kalau nak tahu rasanya…cubalah sendiri. Memang tak tertelan. Tapi, kena telan”

Bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama masih menyimpan banyak cerita. Banyak yang tak tercapai dek akal kita, namun itulah hakikat kejadiannya. Dan mereka, tetap mensyukuri segala apa yang berlaku seperti kata Mak Wan “sepanjang kampong tenggelam tak Nampak apa tu…tak ada seorang pun yang mati. Allah maha besar…bayangkan kalau berlaku kematian, ya Allah macam mana kita nak uruskannya,”

Pernyataan Mak Wan ini menepis viral yang mengatakan berlaku kematian beratus orang di Manik Urai Lama. Kata Mak Wan, selepas banjir surut baru berlaku kematian, hanya kematian biasa. Sebab uzur, sebab sakit. Bukan sebab dibawa arus banjir.

Isnin, 1 Jun 2015

Sebab Gagal Diet

Tiap kali perju jumpa doctor untuk rawatan, sah kena bebel sebab badan makin lama makin berat. Tulang belakang dah tak daya dah nak kendong berat berlebihan ni. Mmmmmmm macamlah gemok benar aku ni, walaupun memang tergolong dalam gemuklah juga huh u huhu tapi, ada orang tu kata, berat ginilah seksi!!!

Wow, tak leh blahhh!!!!
menu diet atkin katanya....

Jadinya aku gigih semula diet. Namun cabarannya sangat tinggi. Berikut adalah beberapa sebab mengapa diet aku gagal. Tak cun. Tak memberangsangkan seperti orang lain.

1. Tak bersenam

Aku hanya mampu amalkan masuk kolam dan berenang dua tiga cepuk. Lebih banyaknya buat hidroterapi. Nak berenang lasak pun tak boleh, yang tak lasak pun dok beringat. Kalau salah teknik, boleh terukkan lagi tulang belakang. Mmmmmm dah OKU katakan, gitulah.Mana nak terbakooonya lemak kalau takat tu kata. Minggu lepas, seorang doktor hensem kata, aku boleh amalkan berjalan di taman. Tapi minggu lepas juga aku hampir tergoleh di tempat letak kereta tak berturap sebab tak rata. Sebutir batu kecil pun boleh bagi ancaman yang besar kalau aku salah pijak. Bila dah tergolek, makanya menempah bahayalah tu.

2. Kopi

Hanya mampu tak jamah kopi untuk 2 minggu sahaja. Masuk minggu ke tiga, aroma kopi tu dah menghantui tidur dan jagaku. Alahai…kepala asyik dok terkenangkan gila bayang kat kopi aje. Begitu rupanya ya bila gila talak.

Akhirnya, ohhhhhhh aku tak mampu menahan diri juga walaupun sepanjang hari dok pulun minum air puteh, akhirnya terpedaya. Sekarang ni aku dah tak beli apa-apa kafein simpan kat rumah. Maklumlah, selepas diperkenalkan gst ni…harganya kemain melambung lagi. Jadi, aku hanya habiskan saki baki mana yang ada aje lah.

Jika kalian singgah rumah, usah kecik hati ya kalau aku hanya hidangkan air kosong je huhuhuhuhu kesiannya tetamu!!!!


3. Tipu diri sendiri

Tak ada niatpun nak tipu tapi…dalam kepala dok pertahankan diri bahawa “alaaa …sikit je, tak kan tak boleh”. Mmmmmmm itulah jadinya. Setiap kali jumpa makanan kegemaran, selalu sahaja tipu diri sendiri bahawa itu tidak apa-apa…kan boleh diet lagi esok. Ambil hari ni je. Esok pun masih kata “ambil hari ni je”. 

asal nak diet je dok terkenangkan...dah lama tak buat cik mek molek ni
Akhirnya, bertahun-tahun dok guna alasan yang sama. Berat badan tak turun, malah bertambah naik adalah. Akhirnya, salahkan jenama diet. Salahkan atkin yang tak berkesan. Salahkan Shaklee yang tak kurangkan berat blab la bla. Pendek kata, diri sendiri tak pernah salah!

pantang aku paling besar huhuhuhuhu


4. Jaga hati orang
Bila niatkan nak diet, hati kena istiQamah. Pendirian kena tetap. Tak boleh sekejab diet sekejab terburai diet. Boleh pulak esoknya tu sambung balik.
sangatlah rugi kalau dibiarkan sahaja hidangan ini...

Masalahnya, ketika kita tengah diet itulah betapa ramainya orang keliling kita nak berbuat baik. Nak belanja Pizzalah, ajak pergi makan Secret Recipe lah, masak sedap-sedap bagi sebekas besarlah. Yang aku hairannya, sebelum aku diet hari tu, tak adalah pulak orang nak belanja hari-hari. Kalau tak, selamat duit aku hu huhu
Diet atkinlah sangat kan?

Ada masa, pertemuan urusan kerja pun dibuat di tempat makan, kononnya sambal makan tengahari, sambal sarapan. Dan makan itu pula bukannya tempat yang biasa-biasa, melainkan tempat-tempat yang boleh menggugat iman pulak tu. Mana boleh aku tolak bagi tahu diet kalau kat depan tu ada gulai kawah, ada ikan bakar segala. Boleh tak makan? Tahan hati ke kata diet?

Adoiiii, dugaan!!!



5. Orang keliling

Orang kata, buat apa nak hiraukan apa orang keliling kata. Memang betullah tu. Tapi, hati ni selembut tisu. Kerapkalinya orang keliling ni bila tahu kita tengah diet, bukannya nak menyokong sangat. Macam kawan aku sentiasa berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, andainya tidak mampu kuruskanku, maka…gemukkan kawan-kawanku”. Yaaaa itu jenaka namun, sangat mengerikan maksudnya.
Dah jumpa nasi kerabu super sedap gini, rugilah hanya tengok huhuhuhuhu

Bukan semua orang prihatin dengan keperluan untuk aku kuruskan badan. Katanya, aku bukanlah gemuk sangat walaupun hakikatnya BMI aku dah berada pada garisan Obes. Dah lah nak lari bakar lemak tak boleh, mmmmm cemana nak buatpun tak tau huh uhuhu

Masa muda dahulu, tak risau pun bila berat badan naik takat 10 kg tu. Dalam masa 2 minggu aku mampu kembali ke berat asal dengan diet yang tak adalah ketat mana. Sekarang ni, bila dah tua kerepot…mmmmm diet gila-gila pun beratnya turun dua tiga kilo sahaja, kemudian naik kembali berkilo-kilo. Adoiiii laaaa!!!

Semoga aku kembali tabah minggu ini dan minggu hadapan. mmmmm cara paling mudah nak ubati hati sendiri bila diet gagal, silalah salahkan orang lain!!

Jumaat, 29 Mei 2015

Kepentingan Mengembara Merantau Berkeliling Dunia

Allah menyeru kepada hamba-hambaNya;
Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” – Al Ankabut: 20


Didalam ayat yang lain, Allah swt berfirman;
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” – Al Hajj : 46

Khamis, 28 Mei 2015

Kayuhan Sejuta Kasih Setapak Ke Manik Urai


Dah berapa kali kalian sampai manik urai? Yaaa Manik Urai, tempat paling teruk dilanda bah kuning tahun lepas.

Aku? Baru tiga kali. Kalau nak bandingkan dengan Raja Shamri dan Geng We Are The Third Force, Together We Are Stronger. Sejak awal banjir Disember 2014, mereka tidak pernah berhenti untuk meneruskan misi membantu mangsa banjir besar bah kuning di serata negeri Kelantan. Tahniah! Semoga semangat mereka kuatkan semangat kita juga.

Walaupun dah akhir bulan Mei 2015…dah hampir 6 bulan banjir kuning berlaku di Manik Urai, Gua Musang dan Dabong, namun bagi sesiapa yang pernah jejakkan kaki di Manik Urai, kawasan paling teruk ditenggelamkan banjir kali ini, kita masih boleh saksikan lagi penduduk berada dalam khemah. Bayangkanlah dengan cuaca panas, kering, berdebu…anak kecil, anak remaja, ibu bapa, warga emas bergelumang dalam habuk dan debu di bawah khemah.


Setiap kali menatap status Raja Shamri, mata memang berkaca. Ramadhan semakin hampir. Bagaimana mereka nak lalui puasa tahun ini dengan serba kekurangan. Serba dhaif. Paling utama, mereka sangat perlukan tempat berlindung dari panas dan hujan.
Geng Pak Yunus kutip derma untuk mangsa banjir Manik Urai semasa perlawanan akhir @ final piala FA TRW lawan Lions di Bukit Jalil lepas...
aku malu dengan kegigihan Pak Yunus dan Gengnya
hati selembut tisu walaupun rambut sekeras batu... cayalah Bro!!
Masa aku ke Manik Urai bulan lepas, rasa nak nangis guling-guling bila seorang kakak tu cerita “kalau hari hujan, kami beramai-ramai duduk di satu tempat dalam rumah ni. Tempat tu je tak tiris, tempat lain bumbung rumah kami adalah langit” dan rumah kakak itu, bumbungnya adalah plastik khemah yang lutsinar. Nampak langit. Boleh bayangkan bagaimana suasana mereka berhimpit anak beranak ketakutan di tempat yang tidak basah dalam keadaan trauma tentang banjir, angin atau hujan itu akan mengibar-ngibarkan plastik-plastik khemah yang menjadi bumbung rumah mereka. Boleh bayang bagaimana kilat yang memancar-mancar sangat jelas dalam pandangan mereka?

Semasa singgah ke sebuah rumah seorang warga emas, rumahnya sedang dicuci menggunakan waterjet. Cuci dinding dan lantai yang ditenggelami air hingga bumbung. Bumbung rumah warga emas ini telah ditukar dengan bumbung zink. Jadinya, nenek ni akan pindah masuk rumahnya. Kena cuci dulu. 

inilah rumah warga emas itu, keadaannya peringkat awal banjir...kini, batang balak itu masih tergolek sebelah rumahnya, sampah yang lain dah tak ada
Hati aku tak mampu kata apa-apa bila nenek ni mintak “kalau boleh, ambo nak mintak rak kecik hak murah-murah, nak buat letak baju dan pinggan. Rumah makcik ni hanya ada lantai dan dinding je, lain-lain semua dah hanyut. Tadak gapo sekaro,”

Apa rasanya bila kita tak mampu memberi? Mudahkah nak kata tak boleh? Subhanallah, mereka warga emas yang tak daya nak kerja lagi. Mereka ibu muda yang perlu mengasuh anak-anak kecil sedangkan suami kehilangan pekerjaan selepas banjir, mencari rezeki untuk sesuap nasi pun teramat payah. 

Manik Urai Lama ini sekampung tenggelam dek banjir kuning. Bagaimana hanya nak tolong nenek ini sahaja sedangkan masih ramai lagi nenek lain, warga emas lain yang juga perlukan bantuan. Kerdilnya diri. Selepas 6 bulan dilanda banjir kuning, Manik Urai hanya mampu berteleku. Kehidupan memang sedang mereka uruskan, sedang mereka teruskan, namun mereka kehilangan daya upaya. Mereka kekurangan kekuatan. Mereka masih lagi trauma. Mereka kehilangan segala-galanya kecuali nyawa.

Hulurkanlah mereka doa. Simpati. Berikan mereka kekuatan. Bantulah mana yang terdaya. Kalaupun sekadar gali parit dan longkang keliling masjid, mereka sangat hargainya. Walaupun sekadar bertandang, bertanya khabar, mereka amat sanjunginya. Dan hati aku tak adalah tabah mana bila melihat wajah-wajah warga emas, wajah-wajah anak kecil, wajah-wajah anak sekolah ini. Tapi, aku turut jadi kuat bila mereka sangat cekal mendepaninya. Mereka sangat syukuri musibah yang melanda. Subhanallah.

Jika berkemampuan, hulurkanlah sumbangan kewangan. Raja Shamri dan Geng We Are The Third Force, Together We Are Stronger bakal mengadakan Kayuhan Sejuta Kasih bagi mengutip dana dan menebarkan rasa prihatin dengan mangsa banjir di Kelantan pada Disember 2014 lepas. Berikut maklumat tentang Kayuhan Sejuta Kasih;


Tarikh: 3hb Jun 2015
Tempat berlepas: Surau Jumaat- Madrasah Al-Islahiah Addiniah, No.61 Jalan Taman Ibu Kota, Taman Ibu Kota, Setapak 53100 Kuala Lumpur.


Tentatif Program "KAYUHAN SEJUTA KASIH" (Draf Awal):

3hb June 2015 (Rabu)
8.00 pagi - Berkumpul dihadapan Madarshah AlIslahiah Addiniah, Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
- Taklimat
- Bacaan Doa
- Sidang Akhbar
- Minum/Sarapan pagi.
- Solat Dhuha dan Hajat.
8.30 pagi -Pelepasan Kayuhan Sejuta Kasih
1.30 ptg. - Solat Zohor/Asar di Masjid Jamik Bentong. Makan Tengahari.
2.30 ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung semula.
5.00 ptg. - Dijangka sampai ke Mentakap.
6.00 ptg. - Sampai Temerloh. - Bermalam di Rest House Temerloh/solat Maghrib/Isyaq
(Pekena Patin Tempoyak)

4 hb June 2015 (Khamis)
5.40 pagi- Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Maran. Solat Zohor/Asar / Makan tengahari.
2.30 ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung.
6.00 ptg. - Dijangka sampai Kuantan dan Bermalam. Makan Malam di Tanjung Lumpur/Solat Maghri/Isyaq

5hb June 2015 (Jumaat)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih disambung lagi.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Kemaman.
Solat Jumaat/ Asar/ Makan Tengahari.
2.30 ptg. Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan.
6.00 ptg. - Dijangka sampai Dungun dan bermalam/makan malam/solat Maghri/Isyaq

6hb June 2015 (Sabtu)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih di sambung lagi.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Kuala Trengganu.
Solat Zohor/Asar dan makan tengahari.
2.30 ptg - Kayuhan Sejuta kasih diteruskan.
6.00 ptg. - Dijangka sampai di Jertih/Besut dan bermalam. Solat Maghrib/Isyaq dan Makan malam.

7hb June 2015 (Ahad )
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan lagi.
1.30 ptg. - Dijangka tiba Pasir Putih. Solat Zohor/Asar/ Makan tengahari.
2.30 Ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung
6.00 Petang dijangka sampai ke Kota Baharu dan Bermalam/ makan malam/solat Maghrib/Isyaq.

8hb Jun 2015 (Isnin)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi. - Kayuhan diteruskan lagi.
1.30 Petang dijangka tiba Kuala Krai/Solat Zohor/Asar/makan tengahari. Kayuhan Sejuta Kasih ditamatkan ditempat /kawasan/daerah kejadian banjir besar paling dahsat terjadi.

#‎Ketepatan‬ tarikh sampai dan waktu berlepas disetiap destinasi boleh berubah bergantung pada cuaca dan keadaan.#

Datanglah beri sokongan. Datanglah kayuh bersama. Bagi sesiapa yang terbuka hati untuk menderma kepada mangsa banjir di Manik Urai, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Dabong, bolehlah jadikan akaun Raja Shamri sebagai perantaraan. Itupun jika anda yakin beliau boleh salurkan sumbangan anda itu kepada mangsa banjir. Aku yakin. Aku percaya. Bank in sahaja di akaun;

Maybank Jerteh : 5130 4105 0271 (Raja Shamri)

Kemudian Whatsup Raja Shamri: 017-3872232 beritahu nilai sumbangan anda kepada beliau. Namun begitu, nak ingatkan anda, Raja Shamri tidak keluarkan resit derma untuk anda yang bolehkan anda membuat tuntutan di Lembaga Hasil dalam Negeri dalam tuntutan cukai tahunan anda. Beliau bukan NGO, persatuan atau perbadanan yang jalankan khidmat masyarakat. Kita hanya minta tolong beliau salurkan sahaja. Kita yang sempurna anggota badan ini tak berdaya untuk meneruskan misi bantuan pasca banjir berbanding Raja Shamri walaupun dia berkaki palsu. Yaaa sebelah kakinya palsu. Dia OKU, tetapi dia lebih gigih dari kita. Aku sangat malu. Tersangat malu!

Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang di Manik Urai. Banyak gambar dirakamkan. Banyak kisah divideokan. Banyak rasa tak terluah yang ramai orang tak tahu ada dalam simpanan aku. Pengalaman banjir kuning? Mungkin, kalau ada kesempatan, boleh aku kongsikan di blog tak seberapa ini. Yaaaa ada yang bercerita sambal ketawa, namun tawa itu sarat dengan tangisan dan kepedihan. Walaupun kita cuba memahami, mereka lagi tahu rasa itu. 

Sedikit sumbangan kita mampu membantu mereka hidup lebih selesa Ramadhan nanti.

PssssT: semua gambar dalam entri ini diambil dalam FB Raja Shamri. Harap maklum.

Rabu, 27 Mei 2015

Maksud Gomo Kelate Gomo?


Hu huhu hu mana dia belajar maksud gomo kelate gomo serupa tu pun aku tak tau;



Saranan aku: sedut budu dengan strow...anda kekurangan protein huhu huhu

Selasa, 26 Mei 2015

Tempat Memanah Murah Indoor Archery Tok Puteh

Sebelum ni, aku selalu terjun kolam, terkial-kial berenang dalam kolam awam. Ada kala sangat seronok macam kolam tu aku yang punya, maklumlah tak ada orang lain. Ada masa, masuk sekejab sahaja sebab penuh umat…redha ajelah, dah tak mampu ada kolam renang sendiri.

Minggu lepas ikut Cik Bintang pergi memanah di Tok Puteh Indoor Archery (Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi), pemiliknya, Cikgu Faizal. 

gaya pro memang lain dari gaya kami ...cikgu Faizal @ Tok Puteh
Pertama kali kami pegang busur ni, jadi Cikgu Faizal memberikan penerangan asas-asas memanah. Disebabkan kami hanya berdua, makanya anak murid sesedap rasa sahaja mencelah bertanya macam-macam. Setengah jam sahaja kami buat aktiviti ni termasuk sembang-sembang dan melayangkan panah.
gelanggang silat dan gelanggang memanah

Kehebatan kami terserlah. Macam-macam tempat kami panah. Ada yang melayang ke garis merah, garis biru, garis putih, terkeluar garisan, terbabas ke board sebelah, malah…disebabkan kami hebat bebenornya, dinding dan lantai pun jadi mangsa panahan kami huhuhuhuhu
ada gaya pro macam Tok Puteh tak?
semua board kami tala huhuhuhuhu
kali pertama main dah boleh tala ke kaler kuning tu kira ok lah kan kan kan

Untuk yang berminat mencuba aktiviti memanah yang menyeronokkan ini boleh whatsapp ke nombor Cikgu Faizal 0166780904 atau terus ke FB Indoor Archery Tok Puteh.

Alamat Tok Puteh Indoor Archery:
Lot 21, Kedai Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Sekarang ni ada harga promo.. bolehlah booking segera.
nak bersilat pun bolehhhh ...napelah masa sihat dulu aku tak buat benda gini huhuhuhu kata anak pendekar!!!

Selain memanah, sesiapa nak bersilat pun bulehhhh. Silalah bertanya terus kepada Tok Puteh ya. Entri ni bukan iklan berbayar, hanya seronok nak kongsi benda baru je. Tapi kan kan kan kan kalau lepas ni kalau gian, jangan salahkan aku pulak huhuhuhu

Isnin, 25 Mei 2015

Unfriend Kawan Facebook



Aku ni bukan jenis manusia yang boleh berkawan dengan orang tak tentu hala macam gitu aje. Aku memang pilih dengan siapa nak kawan.

Dulu, ada jugak terima sesiapa tak kenal yang add di FB. Sekarang ni aku hanya terima orang yang kenal sahaja walaupun tak semestinya pernah jumpa. Tak kesahlah nak kata aku ni sombong pun sebab aku memang tergolong dalam golongan orang-orang yang sombong pun huhuhuhu 

Kalau yang dah kenal, pernah jumpa tapi aku tak berapa berkenan dengan status FB dia yang melebih-lebih tu, atau aku ada kesan jenis makan kuih talam, aku unfollow je walaupun ada jugak seorang tu aku block terus sampai sekarang belum terbuka hati lagi nak unblock semula.  Sakitnya tuh di sini!!

Sama ada bergurau, letak komen, jawab komen di FB…semuanya ada etika tersendiri. Nak post komen lagilah ada etikanya…ya dak?

Setiap orang ada limit tertentu bergaul di dunia maya. Memang ramai yang tak Nampak muka atau mungkin tak bertemu, namun bila berlaku interaksi, setiap orang ada prinsip gaya hidup yang berbeza. Aku bukanlah jenis sebarkan muka merata ceruk alam, walaupun aku sentap orang tak tahu, hakikatnya aku masih mengharapkan pengertian sekalipun dah tentulah tak ada siapa pun nak faham. Aku bukanlah sesiapa.

Orang kata, kita tak boleh ubah orang lain, tapi…kita boleh ubah diri sendiri mengikut apa yang kita inginkan. Jadinya, bila daku tidak muncul di khalayak ramai umpama artis diva, usahlah rasa hati. Tak ada niat tak mahu bersilaturrahim, sekadar hindari penyakit sentap yang bakal muncul selepas itu. Sekali pun sentap itu hanya aku seorang sahaja yang tahu.

Sabtu, 23 Mei 2015

Kelebihan The Red Warriors

Akhir Piala FA 2015 antara TRW The Red Warriors dan Lions XII

Tahun ni TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim sekali lagi layak ke perlawanan akhir @ final Piala FA 2015. Alhamdulillah. Kalau ikutkan persembahan awal permainan pasukan Kelantan dahulu, harapan memang macam tak ada. Akhirnya, alhamdulillah, ke pentas final juga. Kali ini bertemu dengan Singa Selatan, Singapura @ Lions XII berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa yang berbeza antara TRW The Red Warriors berbanding pasukan lain adalah...mmm penyokong pasukan ni memang gila. Termasuk akulah tu. Tapi kegilaan aku pada aras paling rendah, hanya beli mafla TRW sahaja (cari bendera Kelantan payah nak jumpa huh uhuhu). Itu pun sebab nak bergambar kalau daki mana-mana bukit huhuhuhu macam kat Korea tu!

Comey pulak aku nengok dubsmash ni;



Penyokong pasukan Kelantan TRW sanggup sahaja berarak sepanjang negeri kami yang miskin itu datang ke Bukit Jalil meredah hutan belantara semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Itu belum campur lagi dengan anak jatinya yang berdagang di Selangor. Malah, ada antara penyokongnya sanggup turun dari utara pun. Matlamat hanyalah satu: sokongan kepada pasukan Kijang ini.

macam jem musim nak balik raya hu hu huhu

Piya memang bertuah. Ada tak Kapten pasukan negeri lain yang ada lagu khas dinyanyikan untuk nya? Piya sorang aje kot huhuhuhu ...Sebuah lagu Dikir Moden telah dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, QUA ANWARY. Lagu ini ditujukan khusus buat PIYA @ BADRI RADZI Kapten THE RED WARRIORS. Hebat tak dia?



Bila pasukan TRW Kelantan menang, esoknya kalian akan lihat perarakan tanpa penganjur sepanjang laluan antara Bukit Jalil ke Kota Baharu. Aku pernah menggambarkan tentang kemeriahan jalan raya sepanjang laluan Ketereh hingga Karak dalam entri: Belajar Kecek Kelate. Tak faham? Terjemahannya ada di entri Merai Kemenangan.
musim bola, satu negeri pakai jersey sebegini bukanlah aneh sangat pun...ambo teringin jersi keluaran terbaru, belum berpelung beli lagi ni huhuhu

hias kereta sebegini juga perkara biasa...malah bendera besarpun mereka kibarkan

Tak boleh gambarkan bagaimana situasinya? Cuba lihat rakaman video berikut, beginilah sedikit sebanyaknya;

Tentera TRW



Tak kesahlah orang nak kata kami miskin, namun aku sangat seronok melihat perpaduan, semangat menyokong pasukan yang tinggi ini tanpa mengira bendera apa mereka naugi. Ada BN, PAS, UMNO malah, mereka boleh saling membantu jika berlaku apa-apa masalah sepanjang perjalanan di tengah hutan rimba sana. Syabas penyokong TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim.

Kelbihan ni payah nak jumpa kat tempat lain;
 

Salah lagu the red warriors nyanyian Zaidi Buluh Perindu Feat Mat Glamour



Sekalipun begitu, jenis yang memalitkan lumpur itu tetap juga ada. Namun, jika seorang dua sahaja yang terlebih emo berbanding puluhan ribu lain yang hebat, dah tentulah jadi kes terpinggir.

Kepada penyokong pasukan TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015, silalah profesional. Dah habis main, jangan kotorkan stadium, jangan dok provokasi lebih-lebih...sila hormat tetamu. Lions XII juga pernah membantu mangsa banjir Manik Urai. Sila kenang kebaikan mereka ya.

Gomo Kelate Gomo. Silalah menang ya!

Mmmmmm tak sabar nak tunggu keputusan akhir Piala FA 2015 ni, siapa bakal dinobatkan sebagai juara Piala FA 2015 agaknya.