Masih ingat tentang bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama? Inilah antara kisahnya. Jika anda prihatin dan mempunyai niat untuk menyumbang, bolehlah sertai Kayuhan Sejuta Kasih.
dah 6 bulan pasca bah kuning, mereka masih begini... |
Pernah makan cekodok? Mmmmm istilah lain adalah jemput-jemput. Itu makanan kegemaran aku huhuhuhu tetiba rindu pulak lama tak makan.
Pernah makan cekodok biskut?
Aku tak pernah makan. Entah macam manalah rasanya. Lagilah tak pernah makan cekodok biskut air banjir.
Cekodok biskut air banjir? Ya…cekodok yang diperbuat daripada biskut dan digunakan air banjir untuk rendam lembutkan biskut tu. Itulah pengalaman yang dilalui oleh mangsa banjir di Manik Urai Lama ketika bah @ banjir kuning 2014 lepas.
Ketika petempatan banjir mereka di SK Manik Urai Lama mula mendapat bantuan, mereka menerima beberapa kotak biskut sahaja sedangkan beratus orang berada di petempatan banjir tersebut. Itu bantuan pertama yang diturunkan dari helicopter penyelamat. Nama pun bantuan pertama, tak kan nak bawak beras bagai. Yang utama, mereka ditemui oleh pasukan penyelamat.
Mereka sudah tiga hari berada di petempatan banjir ketika itu, bekalan makanan memang dah habis. Sebelum itu, ketika air belum lagi hampiri aras dua bagunan sekolah, ada juga dikalangan mereka kembali ke rumah yang sudah tenggelam, menyelam masuk ke dalam rumah dan mengambil apa-apa barang makanan yang ada untuk dimakan bersama-sama.
Bila dapat bantuan biskut, mereka menggunakan inisiatif sendiri agar bantuan seciput itu boleh dirasai oleh semua orang. Akhirnya, sepakat buat cekodok. Rendam semua biskut dalam air banjir @ bah kuning (kerana kehabisan air bersih). Mereka juga terpaksa minum air banjir ketika itu.
“Macam mana nak goreng? Ada peralatan?” Tanya aku sebab rasa macam tak logik pulak menu sebegitu yang mereka buat.
Setiap tahun SK Manik Urai Lama memang jadi pusat petempatan mangsa banjir. Semua barang keperluan memang ada di sekolah tu. Mereka yang berpindah pula buat macam biasa…pergi ke pusat pemindahan banjir hanya bawa dokumen penting sahaja tanpa bawa bekalan makanan seperti beras sebagainya kerana setiap tahun memang akan ada peruntukan makanan seperti beras, sardin dan sebagainya. Namun, bila bekalan tak kunjung tiba kerana terputus jalan perhubungan, ada dikalangan mereka yang balik semula ke rumah masing-masing dan bawakan apa-apa barang makanan yang dah tenggelam itu. Jadi, masaklah mereka beras yang dimasak dengan air banjir.
biasanya banjir hanya sampai ke pintu pagar sekolah sahaja. kali ini hampir cecah aras 2 bangunan sekolah |
Bila Nampak ada nasi, masing-masing gembira. Namun bila dah makan, nasi yang gunakan air banjir tak mampu ditelan. Tapi, akhirnya, mereka kena telan juga walaupun cekodok biskut air banjir.
Aku Tanya, “rasanya macam mana?”
Cikgu XXX hanya ketawa sambal menyambung “kalau nak tahu rasanya…cubalah sendiri. Memang tak tertelan. Tapi, kena telan”
Bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama masih menyimpan banyak cerita. Banyak yang tak tercapai dek akal kita, namun itulah hakikat kejadiannya. Dan mereka, tetap mensyukuri segala apa yang berlaku seperti kata Mak Wan “sepanjang kampong tenggelam tak Nampak apa tu…tak ada seorang pun yang mati. Allah maha besar…bayangkan kalau berlaku kematian, ya Allah macam mana kita nak uruskannya,”
Pernyataan Mak Wan ini menepis viral yang mengatakan berlaku kematian beratus orang di Manik Urai Lama. Kata Mak Wan, selepas banjir surut baru berlaku kematian, hanya kematian biasa. Sebab uzur, sebab sakit. Bukan sebab dibawa arus banjir.