Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah Batalkan Dialog Nothing2Hide

Pagi tadi, 7.17 pagi Sabah bergegar dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat berlaku di Sabah. Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi melanda Sabah itu melanda kedudukan 16 kilometer di sebelah barat laut dari Ranau, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi yang berlaku itu pada 6 skala Richter.

Gegaran gempa bumi turut dirasai di utara Kudat dan daerah Kota Marudu sehingga di selatan Beaufort, dapat dirasai dalam bangunan mendorong orang ramai keluar dari rumah, kedai dan juga di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut bergegar.

Aku ada terima beberapa keping gambar kerosakan akibat gempa bumi di Sabah di grup whatsapp tetapi aku tak pasti betul ke tak gambar tu, jadinya…tak adalah aku tampal kat sini.

Malaysia memang tidak berada di lingkaran api pasifik, boleh dikatakan jarang berlaku bencana alam. Kita perlu syukuri itu. Bencana alam pun berlaku dalam aras yang sangat kecil berbanding tempat lain yang dilanda macam-macam bala bencana. Di Negara kita ni, banjir sikit macam di Manik Urai tu pun tak terhadapi, tsunami secoet di Kedah dan Penang pada 2004 pun payah nak tangani apalagi kalau saban bulan dilanda gempa dibadai rebut taufan. Kemampuan kita terbatas nak tanganinya banding Jepun, sebab itulah kot Allah bagi kita aman damai. Bersyukurlah.

Mungkin sebab Sabah dilanda gempa bumi KOT makanya dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO), Nothing2Hide yang sepatutnya berlangsung pagi tadi dibatalkan. Khabarnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan dialog Nothing2Hide tersebut dibatalkan. Tengok, perdana menteri kita sangat prihatin tau!!! Beruntung orang Sabah! Demi Sabah disayangi, PM batalkan acara tu...hebat tak PM kita?

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan NGO, penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mmmmmmm aku sebenarnya kesian dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi antara tetamu kehormat, tiba awal di lokasi iaitu pada pukul 8.58 pagi. Tun dah lanjut usia, kesian dia kena tempuh jem dalam acara yang dibatalkan minit terakhir kerana pembatalan tersebut di umumkan di twitter Ketua Polis Negara di @KBAB51 "Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan” kira-kira pukul 8.53 pagi, iaitu lima minit sebelum Tun sampai. Bila Dialog Nothing2Hide dibatalkan, akan lebih banyak isu panas timbul. 

Jom pekena cendol bawah pokok! Kita kurangkan suhu panas ini tengahari huhuhuhu 


4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Adalah juga alasan kenapa nak dibatalkan ye:)
Tapi salah tak kalau kakak nak senyum sikit atas alasan itu..

Allah ajelah yg tahu..

anyss berkata...

kakzakie: alasan tu ambo yang bagi supaya tak nampok benornya kantoi huhuhuhuhu

Tapi KPN dah umumkan alasan depa...kawasan PWTC tu tak selamat huhuhuhu

jom kita senyum berjemaah

mamawana berkata...

Dah agak dah. Pahlawan kampungan itu...

Unknown berkata...

harap semua mangsa berada dalam keadaan baik dan hati mereka kembali tenteram. mari sedekah doa kepada mereka moga dipermudahkan semuanya inshaAllah

saya no komen bab sesi dialog ni. kang slaah komen jadi fitnah pulak kan :D