Khamis, 11 Jun 2015

JPJ Mintak Maaf dengan Nyonya Berkain Batik

Kecerdikan para menteri malaysia kebelakangan ini memang jelas dapat dilihat berdasarkan ‎banyak isu semasa kini. Bermula dengan isu GST yang panas dan sering diapikan lagi dengan ‎bermacam-macam hal berkaitan gst oleh Menterinya berkelayakan CGPA 3.85 (mmmmmm ‎aku pun tak cemerlang sampai tara tu huhuhuhuhuhu) tapi meletihkan minda rakyat seperti ‎saranan untuk elak gst pelajar universiti memasak dan setiap hari rakyat digalakkan masak nasi goreng ‎tanpa gst. ‎

Semalam menteri pelancongan pula kata beliau gembira dengan penurunan nilai ringgit, ‎mata aku terbeliak seketika, sebab aku ni bab bilang duit memang tak reti huhuhuhuhu nak buat macam mana orang malaysia sendiri yang ‎pilih menteri yang cerdiknya sampai tahap ni. ‎

Ketika Polisi baru syarikat virgin group beri cuti setahun bergaji penuh kepada pekerja yang ‎baru bergelar bapa, di negara kita seorang anggota keselamatan yang bertindak mengikut ‎polisi pemakaian di pejabat kerajaan telah di pindahkan ke bahagian lain semata-mata ‎kerana menjalankan tugasnya. Kalau nak harapkan polisi macam syarikat virgin group tu ‎muncul di Malaysia, memang sahlah tak akan wujud, cari dana bantu mangsa banjir di ‎bawah khemah di Manik Urai Lama pun perlukan Kayuhan Sejuta Kasih, malah benda mudah ‎macam mematuhi etika pemakaian semasa berurusan di pejabat awam pun tak mampu nak ‎laksanakan. Itulah negaraku yang terchenta., sedikit sahaja berbeza dengan negara Zimbabwe huhuhuhu 

Isunya hanya kerana seorang wanita bernama Suzanne tidak berpuas hati apabila disuruh ‎memakai kain sarung sebelum dibenarkan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ‎menulis di akaun Facebook dan jadi viral. Kejadian berlaku di pejabat JPJ Wangsa Maju.
etika berpakaian bila berurusan di premis kerajaan...kalau buta huruf boleh tengok gambar, ke buta mata?

Suzanne yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati ‎seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai ‎kain batik. Kalau orang Malaysia sendiri pun tak faham taraf sopan tu tara mana, boleh ‎jawab tak berapa lama hang dok negara ni? Katanya sejak tok nenek...tapi, masih tak tahu ‎sopan tu lagu mana? Kalau baru semalam mendarat dengan tongkang tetapi belum tahu ‎etika berpakaian di jabatan kerajaan aku masih boleh terima. Tapi bila dah enam tujuh ‎ganerasi, aku rasa nak maki.‎

boleh beza tak dengan gambar di atas?
Paling nak maki bila Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan ‎‎(JPJ) supaya memohon maaf dan akan mengkaji balik kod etika pakaian jika perlu. Hanginnn ‎satu badan! Lagi hangin bila encik RELA yang bertugas dipindahkan ke tempat lain. ‎Mmmmmm di Malaysia ni, sesiapa buat kerja betul memang akan terima nasib sebegini. ‎Peluang untuk kutip pahala kalau sabar, tapi aku rasa nak maki berguni-guni.‎

Persoalannya: siapa nak minta maaf bagi pihak pelancong yang bogel dan kencing di puncak ‎Kinabalu? ‎

Tak perlulah nak kata untuk tarik pelancong berbondong-bondong masuk Malaysia, makanya ‎mereka boleh sesuka hati sahaja kencing merata, bogel sesedap hati sebab pelancong asing ‎ni masih sanggup berpakaian sopan dan berselendang menghormati budaya tempatan di ‎Aceh. Kalau acheh boleh, mengapa Malaysia tak boleh?‎

Sila jawab, belum puas lagi nengok siri jenaka pak menteri cerdik pandai ni!!!‎

Budaya orang Malaysia ni suka sangat dermakan susu kepada kera di hutan, sanggup pulak anak kat rumah mati kebuluran!!

Mmmmmmm bila MC banyak hari, idea memang berlumba-lumba, maklumlah kepala otak dah dikosongkan dengan urusan kerja. Jommmm tarik selimut!


5 ulasan:

norhidana berkata...

mmg kene letak beso2 psl etika berpakaian tuh... kt tempat akak nih pun kadang ramai je yg tak ikut etika ramai yg cina kalu nk berurusan di kaunter pakai seluar pendek prs peha mmg selalunya kakitangan suh yg pakaian tak ikut etika tungu kt luar.

ssh sgt kot nk ikut etika berpakaian sopan, nk pakai sluar pendek nmpak spende tuh kt luar time supink takpelah

Kakcik Seroja berkata...

Bila bercakap tentang ketuanan Melayu bukan main pungpang pungpang. Kena gertak sikit dengan Cina habis kecut segala yang ada... huhuhu

eelobor berkata...

ambo tengok dan perhati dari jauh jer.... hahahaha

eelobor berkata...

pagi nie google "dress code". rupanya nak masuk casino pun ada peraturan berpakaian yang di tetapkan oleh pihak pengurusan. jadi saya terpikir sendirian sambil mencari sesuatu jawapan....

aizamia3 berkata...

Kalau Jabatan Kerajaan nak bertegas, kenalah tegas-setegas2nya.. jangan hangat2 tahi ayam.. kalau betul nak didik rakyat, buat betul2.. jangan membazir, pasang banner itu ini tapi hasilnya tarak..