Semakin Negara kita maju nak capai wawasan 2020 tak berapa lama je lagi ni, maka kos pengurusan hidup pun makin meningkat dengan peliknya. Dua tiga tahun lepas, mampu aje aku guna 3 talian berbeza untuk tujuan yang berbeza, sekarang ni…nak kena buat keputusan terbaik bagi penjimatan pakej panggilan, sms dan internet kegunaan seharian.
Biasanya aku ambil plan broadband maxis untuk kemudahan internet, cucuk kat computer dan bolehlah online seketika tengok beberapa perkara. Tak adalah guna selalu sebab linenya terkemut-kemut menyakitkan hati aje. Tiap bulan bayar kemain tapi nak buka email pun siksa. Entah kenapa aku tak terminate pun sebelum ni aku tak tahu. Mungkin sebab sebahagian besar urusan di internet aku buat di pejabat, guna LAN yang berdesup laju tu. Kalau tak laju, tulis je komen…boleh laju semula huhuhuhu bahagia hidup!!
Telefon aku guna maxis prepit. Setiap bulan aku topup RM30 sahaja, manakala untuk talian internet aku guna umobile, juga topup RM30 sahaja sebulan. Dahulu, dengan RM30 tu aku boleh buat panggilan 90 minit, sms dan internet 1.5GB sahaja tetapi itu dah cukup pun sebab yang no umobile inilah yang aku bagi kat student. Tak nak kacau nombor pribadi di maxis. Online pun sekadar tengok FB dan blog sahaja. Tak tengok video pun. Video tengok kat ofis yang lajuuuuuuu tu huhuhuhu
Masalah mula timbul bila line broadband makin terkemut-kemut, line umobile pun payah dapat dalam rumah sedangkan dengan jumlah RM30 dah dihapuskan sms dan panggilan. Sangat menyusahkan bila student sms aku tak boleh nak balas. Untuk pakej yang sebegitu aku kena topup sejumlah RM38 tetapi internet hanya 1GB sahaja. Kalau yang 2GB pun lembab macam siput khinzir, apalagi bila 1GB. Ohhhhh sangat siksa jiwa raga.
Sekarang tercari-cari plan internet, panggilan dan sms yang lebih mampu milik dan memberi pulangan yang memberangsangkan. Cadangnya nak terminate sahaja maxis broadband tu. Dah untung RM58. Setiap bulan aku boleh tambah nilai RM50 di umobile, laju sikit internetnya. Namun, panggilan dan sms tu yang payah sikit tu. Aku tetap nak asingkan nombor pribadi dan nombor awam tu…alahai. Ada cadangan tak?