Khamis, 12 September 2013

Video Forum 20 Sen anjuran Sinar Harian


Isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen masih lagi panas. Sebabnya mudah aje, bila petrol dan diesel naik, maka semua barang lain akan turut naik termasuk tekanan darah tak kesahlah walaupun ada golongan cerdik pandai yang tak berapa nak cerdik tak berapa nak pandai tetap kata kenaikan harga petrol dan diesel tidak memberi impak terhadap situasi semasa. Fuhhhhh! Ayat! Semput nak baca satu nafas!

Aku yang tergolong dalam golongan marhaen ni memang boleh rasa impaknya. Lainlah golongan atasan yang pendapatan tahunan mereka juta-juta kan, apalah sangat takat 20 sen.

AHLI Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membidas tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun yang disalurkan kepada kira-kira 28 juta rakyat Malaysia sedangkan subsidi kepada syarikat korporat khususnya penjana tenaga bebas tidak terjejas.

Bagi sesiapa yang rasa nak buka minda dengar kupasan Rafizi Ramli yang orang kata tak adalah hensem berbanding Khairy Jamaluddin, bolehlah dengar video Forum 20 sen anjuran Sinar Harian ni. Aku hanya nak berkongsi je dengan kalian;

Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 1



Boleh tengok banyak angka-angka dalam video pertama ni. Di sebabkan aku gagal matematik tambahan, maka otak aku tak reti nak campur tolak kali bahagi terutama bila angka-angkanya lebih dari 7 angka huh u huh u mesti cikgu yang ngajar matematik tambahan aku dulu berdukacita dengan kegagalan aku ini huh u hu


Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 2



Errrr…tetiba timbul isu cincin. Ada kaitan dengan harga petrol rupanya cincin itu! Ke aku yang kena kencing?

Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 3




Errrrr…nak kena banding dengan Vietnam dan Indonesia ke? Hu huh u hu pasai apa tak banding dengan German? Opssssss!


Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 4



Orang miskin tidak terlibat? Mentang-mentanglah kami tak ada kereta! Rakyat dikuruskan?

Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 5



Subsidi? jawapan terhadap pengurusan kekayaan negara...


Forum 20 Sen: "Subsidi Rakyat Atau Subsidi Korporat" Bhg 6



Errrr...ada lembu duduk kondo, ada cincin besar. Katanya. Bukan aku yang kata. Duit PETRONAS hilang? 387 billion hilang begitu sahaja? Errrr, banyak tu!!!!!!

Setiap tahun kerajaan memperuntukkan subsidi gas sebanyak RM8 bilion kepada penjana bebas, subsidi gas-RM5-RM6 bilion kepada industri dan RM4-RM5 bilion untuk pampasan konsesi tol yang berjumlah RM17-RM19 bilion. Belanja subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar setiap tahun adalah tersembunyi dalam subsidi rakyat dan ia digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak. Pada 2009, jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah berjumlah RM9.9 bilion daripada RM20 bilion, manakala bakinya adalah untuk kegunaan LPG, gas dan elektrik oleh pihak industri.

Komen aku: malas dah nak ulas apa-apa. Buat lenguh jari je taip… bermula dari semalam aku memang tengah bizi gila khinzir, kena buat kerja. Ikut suka hangpa la nak komen apapun huh u huh u



Kena Kencing


Bahasa Melayu memang tinggi budaya dan khazanahnya. Cer tengok peribahasa “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, bukan semua orang faham maknanya. Yang orang dok faham adalah bab kencing itu…

Entri kali ni tak senonoh sikit…pasal orang Melayu suka kencing sama-sama melayu. Errrr…ada beza ke orang Melayu kencing dengan bangsa lain kencing?

Beza utama adalah biasanya orang Melayu tu dah sinonim dengan Islam, walaupun tak semestinya melayu itu Islam. Kalau dah islam sepatutnya tak boleh kencing merata-rata. Tak kan nak letak papan tanda "Dilarang kencing merata-rata". Kalau terpercik kencing itu ke pakaian kita, dah timbul masalah pulak nak solat.

Tapi, agak kerap juga kita jumpa anak bangsa seagama kita kencing merata-rata. Lebih kerap lagi kita kena kencing. Dikencingi merata-rata.

Paling sakit hati bila orang yang kencing kita itu adalah orang yang kita lepaskan ekornya dari tersepit macam dalam peribahasa “melepaskan anjing tersepit”. Perasaan kita waktu itu umpama nak sepitkan semula ekornya yang pernah kita lepaskan itu supaya dia terkial-kial tak terlepas, agar nanti orang lain pun tak kena kencing macam kita dikencinginya.

Kalau memang dah anjing, resamnya memang kencing merata-rata. Nak buat macam mana, hanya kali ini giliran kita pulak kena kencing.

Hishhhh! Entri ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti google marah kerana kata kencing ditemui dengan banyak dalam satu entri. Google mentafsirkannya sebagai spam, bukannya Search engine optimization (SEO).
 
 
 

Rabu, 11 September 2013

Nahas 2 Bas di Lebuhraya Karak


Lagi sekali berlaku kemalangan bas di Lebuhraya Karak. Cuma kali ni tak terbang masuk gaung macam kemalangan bas persiaran Genting Karak yang berlaku sebelum ni. Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak petang tadi.

Kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

Puncanya: kenderaan yang dibawa laju dan perlahan. Laju pun susah, perlahanpun menyusahkan. Tapi jalan tu memang agak susah nak kawal kalau bawa laju. Kalau bawa perlahan, sebab jalan menuruni bukit, karang kena sondol dari belakang. Itu yang kena tekan brek memanjang.

Terdapat 13 mangsa, 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Lebih banyak gambar kemalangan jalan raya 2 bas di lebuhraya Karak boleh tengok di ondscene.
 
 

Andartu Memang Suka Suami Orang EK?


Mmmmmm andartu mana suka suami orang ni?



Ke isteri orang yang sedang mencari maklumat tentang andartu suka suami orang?

Jangan main tarik-tarik rambut kat sini sudahlah ya!



Nak Jadi Cikgu Dah Makin Susah


Menteri kata Syarat jadi guru akan diperketatkan, demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A. Fuyooooooo memang sah aku tak layak nak mohon!

Guru akan jadi kerjaya hebat pada masa akan datang, kata menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh. Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru, bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025.

Sekarang ni kerajaan jadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2015 sekali gus membidas kritikan pedas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Ini adalah antara isu yang dibincangkan dalam program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf,

Komen aku: baguslah macam tu. Harapnya juga pihak kementerian tak lupa juga tingkatkan mata pelajaran kenegaraan dikalangan bakal cikgu. Semangat cintai Negara juga kena tinggi. Tak adalah nanti bila dah ditawarkan ke sabah dan Sarawak, belum pergi lagi dah meroyan mintak tukar nak mengajar ke semenanjung. Masa isi borang memanglah semua orang sanggup aje.

Aku ni sejak dulu lagi memang tak layak nak jadi cikgu, maklumlah bukan cemerlang manapun. Jadi, kepada kalian yang berminat nak jadi cikgu tu, biarlah betul niatnya. Janji patutnya ditepati, bukan dicapati. Sebenarnya, sangat seronok juga kalau dapat peluang berkerja di pedalaman. Nilai masyarakat masih lagi murni huh u hu maklumlah, aku ni kan orang kampong. Masuk kampong dan hutan bagai tu memang suka sangatlah!

Agak kesian jugak dengan adik ipar aku yang hensem tu, tak pernah putus asa dia mohon nak jadi cikgu, tapi tak juga dapat. Seorang sepupu aku tak pernah serik memohon untuk jadi cikgu, akhirnya dapat jugak kat dia setelah 7 kali memohon. Aku memang tabik spring dengan dia!