Jumaat, 17 Ogos 2018

ISTERI MELAWA SANGAT PUN SUSAH JUGA


Kalau isteri bau bawang, memang sah-sah lah kena kritik tak reti berhias. Peristiwa ini berlaku kepada seorang lelaki yang usianya melebihi 50 tahun. Kalau ikutkan, dia lagi tahu hal-hal berkaitan hukum dan tanggungjawab berumah tangga sebab ini bukan perkahwinan pertamanya. Lagi pula, dia sekolah tinggi bertingket-tingket, bab agama memang bidang dia. Tapi itulah, hairan juga aku bila situasi ini berlaku.

Kat bawah aku salin semula status di facebook;

****        *****************   **************
Semalam mesorat berderet. Habis mesorat pertama, memasing membawang. Entah macam mana, keluar isu seorang pensyarah lelaki dari fakulti lain tengah kechiwa walaupun baru kahwin dengan isteri baharu.
Rupanya, dia adalah suami ke 4 perempuan cantik itu. Untunglahkan dapat kahwin dengan perempuan cantik. Namun ada sesuatu yang sebabkan si suami berkeluh kesah.
“Isterinya itu Janda Berhias”, kata si bawang besar Holand.
“Okeylah tu...dahlah cantik, janda berhias pulak”, sampuk ambo.
“Apa pulak, asyik kena beli macam-macam. Melawa je kerjanya”, bantah bawang besar Holand.
Adehhhh!! Itu suka berhias, bukan Janda Berhias. Ikut suka dia je nak pakai simpulan bahasa, bagi tafsiran SALAH guna kepala sendiri.
Dapat isteri suka melawa pun salah, bau bawang lagilah salah. Dia suka melawa sejak dulu lagi kot, tak kan nak berubah jadi hantu kak limah bila kahwin dengan pak ostad. Adehhhh!!!
Hantu Kak Limah pun nak melawa jugak masa kawin...

“Dah bini dia, nak suruh sapa beli kalau bukan dia? Aku ni beli sendiri sebab tadak laki...ada laki, dialah kena beli. Kan bawang merah?” Kata ambo sokong tindakan isteri pensyarah hebat itu.
“Betul! Seluar dalam pun dia kena beli, mekap tak kan tak beli kot. Kami ni kalau ada laki, sah-sah dah laki yang kena beli...jangan nak ngelat, mentang-mentang bini kerja kena beli sendiri. Apa beza ada laki ke tak,” rungut bawang merah.
“Sebab tu Allah takdirkan kami single, tak pening fikir laki dok lepas tangan. Mentang-mentang kami belum kahwin, ingat kami tak tau senarai tanggung jawab suami”, sambung bawang merah.
Tersenyap si bawang besar Holand.
Kenapalah ramai sangat lelaki sekarang beranggapan kos hidup isteri yang berkerja tu isteri sendiri kena tanggung. Ambo bukannya kedekut, tapi tu paling asas. Dan paling rasa hilang respeknya bila mereka ni ahli agama. Mereka lupa kot erti nafkah. Tak terfikir ke berhutang nafkah?

Mmmmmm itu belum sentuh hal poligami lagi tu. Lepas tu senang-senang tuduh kami memilih. Memanglah kena pilih. Kalau dah sah2 nak kena manipulasi, baik lari awal-awal lagi.
Ehhhhh!!! Dah jadi entri blog pulak!

**************   **********   ***********

Yang buatkan aku geram adalah, usah beranggapan bila berkahwin dengan isteri yang bekerja, makanya, semua keperluan dirinya dia kena tanggung sendiri. Apa guna ada suami? 

Mungkin anda persoalkan, kalau dah suami berkemampuan, tak perlulah isteri bekerja. 



Jawapan bagi persoalan itu mudah sahaja; usah kata dia mampu kalau mahu penuhi keperluan diri isteri seperti mekap, pakaian, facial, perfume pun sampai gundah gulana sebegini. Orang berkemampuan tak kesahpun semua tu. Tak mampulah tu! Apa lagi kalau nak tanggung loan kereta, rumah, keperluan diri  dll isteri yang sedia ada sebelum mereka berkahwin.  Kalau isteri biasa upah mokcik kleaner sekali seminggu, itu pun suami kena urus. Patutnyalah. Yang tak patut berlaku tu usah berbahaslah, memang berlambak.

Ini bukan soal isteri kedekut nak memberi. Kalau dia kedekut nak beri hartanya pun, itu memang hak dia. Mana boleh suami pertikai.

Haaaaaaa, sebelum kahwin, sila mesorat dan buat perjanjian siap-siap biar jelas semua. Jangan buat anggapan yang lelaki memang TAHU akan tanggungjawab rumah tangga dengan alasan pernah kahwin sebelum ini dan usia dah lebih garis 50. Kalau bab barang keperluan diri isteripun dah berat nak beri, bagaimana nanti dengan nafkah anak-anak? Nafkah edah kalaulah usia perkahwinan tak panjang. Lagi culas lahhhh!

Janganlah hanya kerana hal kecik begini, rumah tangga runtuh pula. Kecil sahaja tetapi makan dalam. Setiap hari dok pendam, burai nanti...perang dunia meletus.

Jumaat, 27 Julai 2018

SIAPA MENYEBUT NAMA KITA DALAM DOANYA

Doa Nabi Nuh:



“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan, dan janganlah Engkau tambahkan lagi bagi orang-orang yang zalim itu selain dari kebinasaan.” (Nuh : 28).


Kadangkala, kita anggap makbulnya doa yang kita aminkan itu kerana kesungguhan sendiri memohon dengan Allah. Itu yang kerap kita anggap. Yang kita yakin. Kita sering terbayang semuanya asbab doa kita sendiri.

Pernah terfikir tak, ada orang-orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah tahu sentiasa menyebut nama kita dalam doa mereka? Adakah asbab doa mereka inilah sebenarnya yang memakbulkan segala doa kita?



Semoga sekalian malaikat mendoakan kesejahteraan kepada mereka ini, sentiasa mengasihi kita dalam diamnya tanpa kita tahu. Semoga Allah makbulkan doa mereka ini, semoga Allah anugerahkan doa yang sama kepada mereka juga.

Moh lah kita doakan perkara yang baik-baik buat semua orang. Tak kiralah orang tu kita kenal ke tak. Tak rugipun sebab malaikat aminkan doa itu, dan doakan doa yang sama kepada kita. Contohnya, kalau kalian rasa nak jelita, doakanlah supaya ambo jelita. Bermakna kejelitaan itu melimpah ruah kembali kepada kalian semula. Begitu juga jika kalian nak kaya, apa kata doakan ambo kaya. Haaaaaa sama macam doakan diri sendiri kaya jugak kan????

Doa kena ikhlas tau!

Isnin, 23 Julai 2018

Erti Sebuah Persahabatan

Ambo ada seorang sahabat. Ambo kenal dia sejak 20 tahun lepas melalui seorang sahabat yang lain. Sahabat yang lain itupun pernah hilang dari radar dalam kehidupan ambo, tetapi sahabat ambo yang ini tak pernah hilang jejak walaupun ambo sembunyi masuk gua. Dia tahu je gua mana ambo pergi bertapa huhuhuhu

Masa Ambo pernah terpelanting jatuh jurang, ketika tiada sesiapa sudi berada di sisi, dia berada di tebing sambal hulur satu benang untuk ambo berpegang dan berkata,

“Allah hanya uji hambaNya yang kuat sahaja. Yakinilah. Ambo tak mampu selesaikan apa yang berlaku, tapi…jika rasa ambo mampu, beritahulah. Kita sama-sama usahakan,”

Sejak itu, ambo percaya dia benar-benar ikhlas. Sebenarnya ambo tak ada apa-apa pilihanpun kecuali percayakan dia. Ambo tahu, bila dia hulurkan seutas benang, dia sebenarnya beritahu bahawa setakat itu sahaja dia berdaya untuk membantu. Bukankah itu lebih baik dari lari tinggalkan ambo tergolek dalam gaung sendirian? Dan sebenarnya, kehadiran dia dijuring gaung itupun dah lebih dari cukup untuk berikan kekuatan untuk ambo yang cedera parah di dasar gaung. Terima kasih sahabat.


Betul ke hilang kawan tu lebih sakit daripada hilang awek? Ntah! Bukan tak pernah hilang, dua-dua pernah rasa tapi tak adalah sakit sangat. Sedihhh adalah, tapi...boleh kemurungan jadinya kalau diikutkan hati!

Dan persahabatan kami berterusan hingga kini. Kami jarang bertemu atau berhubung, namun kami sentiasa membantu (walaupun kerapkalinya dia tak beritahupun kesukaran dia) dalam hal kehidupan dan kerja. Apa yang utama, dia sentiasa memudahkan urusan semua orang. Dia sentiasa memberi kepada semua orang walaupun dia tak kenal. Bukan bermakna dia kaya, tetapi dia dilapangkan hati untuk sentiasa memberi sekalipun sedikit. Tiap kali bertemu muka (kerapkalinya di kedai makan), perbalahan akan timbul bila masing-masing berebut nak bayar hingga akhirnya kami buat perjanjian; ada giliran siapa bayar. Namun akhirnya, tetap berbalah juga bab itu.

Paling utama, dia diberikan anak-anak yang sangat baik. Yang berjaya dalam pendidikan, mengamalkan cara hidup islami dan ada keluarga bahagia. Yang ni aku mengaku sangat jeles….keluarga mereka boleh tadarus dan qatam qur’an setiap Ramadhan walaupun anak bongsunya baru sekolah rendah. Adehhhhhh! TERMALU tau!

Selasa, 17 Julai 2018

BERILAH BIARPUN HANYA SEDIKIT MAKANAN


Jangan tunggu kaya untuk memberi, sesungguhnya kita tak pernah tahu bila tibanya waktu kita “kaya” itu, adakah hati masih lagi “hidup” untuk memberi.



Syahdunyaaaa!



Lagi syahdu kan?
Mungkin kita tak mampu untuk memberi hingga sebegini, namun, biar seikhlas hati. Sedikit dengan nilai ikhlas lebih utama dari bergunung tetapi mengharapkan balasan. Ke guano?

Isnin, 16 Julai 2018

REZEKI YANG TERTULIS


Rezeki itu datang dengan bermacam cara. Ada orang, Allah berikan dia anugerah sihat yang berpanjangan, itu juga rezeki yang tak terkira. Bukan seronokpun sakit.

Ada orang Allah limpahkan dia dengan harta benda yang melimpah ruah, ladang kebun  beratus ekar, duit berkepuk-kepuk. Semua orang tahu betapa Allah yang pemurah itu anugerahkan dia sebegini tetapi Allah tarik sikit rezekinya itu melalui hal-hal lain seperti hilang selera makan, tak ada keluarga kesayangan dan macam-macam. Itulah rezeki atau bahagian dia di dunia.

Ada orang lain dikasihi seluruh orang sekelingnya. Ada suami tercinta yang hensem kacak baik serba serbi sempurna. Ada keluarga bahagia. Ada ibu bapa dan mertua yang sangat baik. Itu juga rezeki. Ada orang lain lagi, walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja, hidup biasa-biasa sahaja tetapi punya anak-anak yang cerdik pandai, dengar kata, baik dan cemerlang. Itupun rezeki.

Bila kita sakit, tetap juga rezeki. Ada hikmah setiap apa yang terjadi. Setelah ambo terlibat dengan sakit ni, banyak juga yang ambo pelajari selain meningkatnya tahap sabar. Itu pun rezeki, ambo tak nafikan pun.

Di di pejabat, ambo ada seorang kawan baik yang selalu hadiahkan bakso (dia buat part time jual bebola bakso- mereka yang datang negara kita ni dapat aje peluang merata cari rezeki lebih, kenapalah kita rasa sesak nafas cari rezeki ni?). Jumlah yang diberikan itu pula bukan calang-calang. Bapakkkk banyak! Tak kiralah yang dah siap dimasak atau yang masih mentah berbentuk bebola daging.



Selalunya ambo kongsi-kongsi bahagikan kepada rakan-rakan sebab memang tak akan habis nak makan. Ambo bukan penggemar bakso. Makan sikit bolehlah, tapi kalau dah seperiuk diberinya….mau sebulan tak habis nak makan. Persoalannya, ambo memang tak reti nak menolak dan bila dah cakap ambo ni “kurang” sikit makan bakso, dia tidak begitu faham kok. Dibawanya lagi dan lagi dan lagi. Ambo rasa masalah utama kami adalah saling tak memahami Bahasa Malaysia dan Indonesia.   
 
Bebola bakso yang besar ini dijual dengan harga RM10 sebiji. Kat dalam ada biji-biji bebola daging yang kecik-kecik (sebesar fishball, telur puyuh dan telur ayam juga.
Sebelum ini diberikannya sebiji bebola bakso yang besar dan sebiji yang kecil. Bebola bakso yang kecil itupun sudah sebesar penumbuk, apalagi yang besar. Penuh mangkuk sebiji itu. Tak muat nak letak apa-apa dah dalam mangkuk tu. Kat dalam bebola bakso besar tu pula masih ada biji-biji bakso yang kecil dan telur puyuh.

Dah selamat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Satu pack ada 50 biji

Hari ini dia bawakan pula (yang dah siap masak) 2 biji bakso yang besar dan tetap ada juga biji-biji bebola daging bakso yang kecil. Bila ambo beritahu ianya sangat banyak, seminggu pun belum tentu mampu ambo habiskan, jawapan yang ambo terima adalah;
 “Ngak apa-apa kok, makan aje sementara saya masih di sini…nanti saya sudah balik, tiada sudah baksonya,”


Perghhhh sedih pulak dengarnya. Ya, dia akan kembali ke Indonesia bulan September nanti. Tetiba sahaja air mukanya jadi mendung.
“Kok saya sangat senang dengan Puan…jadinya saya bawakan bakso. Saya ngak tahu buat selain itu,”

Ya, rezeki yang tertulis itu bukan sahaja bakso percuma yang dah siap masak, atau bebola bakso sejuk beku buatan sendiri, tetapi juga punyai kawan sebaik dia. Katanya balik kali ini dia dah tak datang lagi. 

Syahdu pulak rasaaaaaa!