Anda Juga Mungkin Berkenan

Memaparkan catatan dengan label sahabat sejati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat sejati. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2018

Erti Sebuah Persahabatan

Ambo ada seorang sahabat. Ambo kenal dia sejak 20 tahun lepas melalui seorang sahabat yang lain. Sahabat yang lain itupun pernah hilang dari radar dalam kehidupan ambo, tetapi sahabat ambo yang ini tak pernah hilang jejak walaupun ambo sembunyi masuk gua. Dia tahu je gua mana ambo pergi bertapa huhuhuhu

Masa Ambo pernah terpelanting jatuh jurang, ketika tiada sesiapa sudi berada di sisi, dia berada di tebing sambal hulur satu benang untuk ambo berpegang dan berkata,

“Allah hanya uji hambaNya yang kuat sahaja. Yakinilah. Ambo tak mampu selesaikan apa yang berlaku, tapi…jika rasa ambo mampu, beritahulah. Kita sama-sama usahakan,”

Sejak itu, ambo percaya dia benar-benar ikhlas. Sebenarnya ambo tak ada apa-apa pilihanpun kecuali percayakan dia. Ambo tahu, bila dia hulurkan seutas benang, dia sebenarnya beritahu bahawa setakat itu sahaja dia berdaya untuk membantu. Bukankah itu lebih baik dari lari tinggalkan ambo tergolek dalam gaung sendirian? Dan sebenarnya, kehadiran dia dijuring gaung itupun dah lebih dari cukup untuk berikan kekuatan untuk ambo yang cedera parah di dasar gaung. Terima kasih sahabat.


Betul ke hilang kawan tu lebih sakit daripada hilang awek? Ntah! Bukan tak pernah hilang, dua-dua pernah rasa tapi tak adalah sakit sangat. Sedihhh adalah, tapi...boleh kemurungan jadinya kalau diikutkan hati!

Dan persahabatan kami berterusan hingga kini. Kami jarang bertemu atau berhubung, namun kami sentiasa membantu (walaupun kerapkalinya dia tak beritahupun kesukaran dia) dalam hal kehidupan dan kerja. Apa yang utama, dia sentiasa memudahkan urusan semua orang. Dia sentiasa memberi kepada semua orang walaupun dia tak kenal. Bukan bermakna dia kaya, tetapi dia dilapangkan hati untuk sentiasa memberi sekalipun sedikit. Tiap kali bertemu muka (kerapkalinya di kedai makan), perbalahan akan timbul bila masing-masing berebut nak bayar hingga akhirnya kami buat perjanjian; ada giliran siapa bayar. Namun akhirnya, tetap berbalah juga bab itu.

Paling utama, dia diberikan anak-anak yang sangat baik. Yang berjaya dalam pendidikan, mengamalkan cara hidup islami dan ada keluarga bahagia. Yang ni aku mengaku sangat jeles….keluarga mereka boleh tadarus dan qatam qur’an setiap Ramadhan walaupun anak bongsunya baru sekolah rendah. Adehhhhhh! TERMALU tau!