Anda Juga Mungkin Berkenan

Memaparkan catatan dengan label bakso sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakso sedap. Papar semua catatan

Isnin, 16 Julai 2018

REZEKI YANG TERTULIS


Rezeki itu datang dengan bermacam cara. Ada orang, Allah berikan dia anugerah sihat yang berpanjangan, itu juga rezeki yang tak terkira. Bukan seronokpun sakit.

Ada orang Allah limpahkan dia dengan harta benda yang melimpah ruah, ladang kebun  beratus ekar, duit berkepuk-kepuk. Semua orang tahu betapa Allah yang pemurah itu anugerahkan dia sebegini tetapi Allah tarik sikit rezekinya itu melalui hal-hal lain seperti hilang selera makan, tak ada keluarga kesayangan dan macam-macam. Itulah rezeki atau bahagian dia di dunia.

Ada orang lain dikasihi seluruh orang sekelingnya. Ada suami tercinta yang hensem kacak baik serba serbi sempurna. Ada keluarga bahagia. Ada ibu bapa dan mertua yang sangat baik. Itu juga rezeki. Ada orang lain lagi, walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja, hidup biasa-biasa sahaja tetapi punya anak-anak yang cerdik pandai, dengar kata, baik dan cemerlang. Itupun rezeki.

Bila kita sakit, tetap juga rezeki. Ada hikmah setiap apa yang terjadi. Setelah ambo terlibat dengan sakit ni, banyak juga yang ambo pelajari selain meningkatnya tahap sabar. Itu pun rezeki, ambo tak nafikan pun.

Di di pejabat, ambo ada seorang kawan baik yang selalu hadiahkan bakso (dia buat part time jual bebola bakso- mereka yang datang negara kita ni dapat aje peluang merata cari rezeki lebih, kenapalah kita rasa sesak nafas cari rezeki ni?). Jumlah yang diberikan itu pula bukan calang-calang. Bapakkkk banyak! Tak kiralah yang dah siap dimasak atau yang masih mentah berbentuk bebola daging.



Selalunya ambo kongsi-kongsi bahagikan kepada rakan-rakan sebab memang tak akan habis nak makan. Ambo bukan penggemar bakso. Makan sikit bolehlah, tapi kalau dah seperiuk diberinya….mau sebulan tak habis nak makan. Persoalannya, ambo memang tak reti nak menolak dan bila dah cakap ambo ni “kurang” sikit makan bakso, dia tidak begitu faham kok. Dibawanya lagi dan lagi dan lagi. Ambo rasa masalah utama kami adalah saling tak memahami Bahasa Malaysia dan Indonesia.   
 
Bebola bakso yang besar ini dijual dengan harga RM10 sebiji. Kat dalam ada biji-biji bebola daging yang kecik-kecik (sebesar fishball, telur puyuh dan telur ayam juga.
Sebelum ini diberikannya sebiji bebola bakso yang besar dan sebiji yang kecil. Bebola bakso yang kecil itupun sudah sebesar penumbuk, apalagi yang besar. Penuh mangkuk sebiji itu. Tak muat nak letak apa-apa dah dalam mangkuk tu. Kat dalam bebola bakso besar tu pula masih ada biji-biji bakso yang kecil dan telur puyuh.

Dah selamat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Satu pack ada 50 biji

Hari ini dia bawakan pula (yang dah siap masak) 2 biji bakso yang besar dan tetap ada juga biji-biji bebola daging bakso yang kecil. Bila ambo beritahu ianya sangat banyak, seminggu pun belum tentu mampu ambo habiskan, jawapan yang ambo terima adalah;
 “Ngak apa-apa kok, makan aje sementara saya masih di sini…nanti saya sudah balik, tiada sudah baksonya,”


Perghhhh sedih pulak dengarnya. Ya, dia akan kembali ke Indonesia bulan September nanti. Tetiba sahaja air mukanya jadi mendung.
“Kok saya sangat senang dengan Puan…jadinya saya bawakan bakso. Saya ngak tahu buat selain itu,”

Ya, rezeki yang tertulis itu bukan sahaja bakso percuma yang dah siap masak, atau bebola bakso sejuk beku buatan sendiri, tetapi juga punyai kawan sebaik dia. Katanya balik kali ini dia dah tak datang lagi. 

Syahdu pulak rasaaaaaa!