Khamis, 9 Jun 2016

Berbuka Apa Hari Ni?



Dalam pada kita taksub berkongsi gambar juadah berbuka tu, pernah terfikir tak tentang orang lain?

Bukan nak marah kalian, tegur diri sendiri jugak. Kita dok teruja nak kongsi gambar makanan di media sosial, dan kita tak tahu kesukaran orang lain. Contohnya pernah berlaku pada aku sendiri;

Peringkat awal aku keluar hospital masa kena slip disc dulu, upaya memang sangat terhad. Doctor memang nasihatkan (paksa sebenarnya) “Jangan turun katil!”. Persoalannya, macam mana nak hidup kalau hanya berada atas katil sahaja. Aku tak punya hamba sahaya untuk buat semua urusanku terutamanya libatkan makan. Nak tak nak memang kena makan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ada kederat ke jika hanya telan air putih sahaja sepanjang hari.

Jadinya, aku perlu juga turun dan masak paling ringkas sehari sekali. Ketika itu aku hanya mampu berdiri tak sampai 5 minitpun, jadinya acara untuk turun tangga dah makan masa lebih 5 minit. Sampai di ruang tamu aku perlu berbaring dahulu. Kemudian pergi tanak nasi; cuci beras dan tonyoh dalam rice cooker. Baring lagi sekali. Hilang lenguh, pergi sambung semula untuk goreng telur mata kerbau. Baring semula. 

Akhir sekali baru boleh makan. Itupun kena baring semula sebelum mampu pergi humban semua pinggan dalam sink sahaja. Lain tahunlah basuh. Maka begitulah keadaannya selama berminggu-minggu hinggakan aku tak mampu lagi tengok gambar-gambar makanan melintas di timeline fb.  Tak mampu itu sebabkan naik statusku memohon rakan-rakan tidak muatnaik gambar makanan, namun, ada pulakkklah mempersendakan status tersebut. Menitik ayaQ mata wa cakap sama lu! Fuhhh! Hati masih tisu rupanya padahal selama ni rasa macam brutal benar!

Jadi, peringatan untuk aku sendiri yang suka tampal gambar di fb, cubalah kurangkannya. Bila kita kelaparan, walaupun hanya gambar ikan masin, itu sudah begitu membuatkan perasaan sangat terdera. Sedangkan, kita tak mampu untuk dapatkannya.

Tak mampu itu bukan sekadar tak ada RM. Banyak faktor lain lagi mempengaruhi punca ketidakmampuan itu.

Rabu, 8 Jun 2016

Membazir di Bulan Ramadhan



Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai yang menyentuh tentang pembaziran makanan. Kononnya terdapat antara kita yang mengikut nafsu bila berbelanja di Bazar Ramadhan. Maklumlah, beli makanan masa lapar, semuanya Nampak sedap. Jadi, semuanya nak borong.

Betul ke kita membazir? Sejauh mana kita membazir?

Bila kita Nampak orang beli di Bazar Ramadhan dalam plastic kecil sahaja, ada kuih 3-4 ketul, ada nasi beriani kebungkus, ada air sebungkus. Maka pada anggapan kita, dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Betul ke?

Habis tak dia makan kuih tu? Habis tak dia makan nasi beriani tu? Habis tak dia minum air sebungkus tu? Atau bakul sampah jugak yang makan selepas kita peram dalam peti ais selama beberapa hari.

Bila kita Nampak laki bini jinjing plastic tak muat tangan, automatic mulut kita terlopong hatipun berbisik. Banyakkkkknya dia beli. Habis ke? Padahal kita tak tahu pun berapa ramai ahli keluarganya yang ada. Kalau anaknya je pun dah 8 orang, campur mak bapak dah jadi sepuluh. Kalaupun mereka beli 3 bungkus air, 3 jenis kuih dan 3 jenis lauk, memang betul ke mereka membazir? Ataukah dengan jumlah yang sebanyak itu, bila azan berkumandang sahaja…sekelip mata ghaib dari pandangan. Mak bapak hanya sempat tengok sahaja.

Persoalan membazir ke tidaknya kita setiap kali datangnya Ramadhan hanya kita sahaja yang mampu menjawab. Tak perlu menilai orang lain. 

Ambo? Berbuka puasa dengan cekodok dan air rendaman kurma (Nabez) pun dah cukup. Kata diet!!!!

Selasa, 7 Jun 2016

Hari Pertama Puasa Dah Kumandang Lagu Raya

Semalam hari pertama puasa Ramadhan. Jam 7.30 ambo dah terpacak di pejabat. Fuhhhhh! Azamnya nak datang kerja awal dan baliknya….jangan haraplah nak balik awal. Memang akan leka punya. Balik tetap macam biasa. Balik awal pun nak buat apa, karang terbabas tidur pulak.

Sebab dok menahan mengantuk sejak jam 9 pagi, makanya kepala jadi berat. Migrin datang berlumba walaupun perlahan aje dia. Tengahari keluar sekejab, hawa panas buatkan makin menggila migrin. Tapi tetap jugak tak reti nak balik awal. Kononnya tak nak tertidur nanti.

Balik pejabat jam 6.30 petang. Jalan dah lengang kecuali bila lalu berhampiran Bazar Ramadhan. Tetiba lagu raya berkumandang dalam kereta.



Haih!! 16GB lagu yang ambo save dalam thumb drive ni terdiri macam-macam lagu, sebegitu lama pasang hari semalam juga dia mula lagu raya. Adoi laaaaaa!

Isnin, 6 Jun 2016

Sudahku Tahu Islamik Ramadhan Parodi oleh AMAR

Pagi ni TERJUMPA porody lagu Sudahku Tahu nyanyian Amar dalam versi Islamik, sempena Ramadhan. Lagu asalnya oleh Projector Band. Ramai dok nyanyi di smule dan lagu ni lah buatkan Khai Bahar dikenali ramai.

Lirik parodinya sangat menyentuh, penuh maknya... suaranya pun ohhhhh syahdu!

Sesekali aku meneka
Sesekali hati tertanya adakah aku layak menanti
Bulan Ramadhan yang diberkati
Ramadhan yang lalu aku merindu
Setia ibadah mengubat kala ragu
Dan bila Ramadhan itu berlalu
Seluruh jiwa hanyut hatiku layu

(Islamic parody) Projector Band - Sudahku Tahu cover by AMAR



Namun aku percaya
Peluang-Nya pasti masih ada
Namun aku percaya
Ruang-Nya masih dikurnia
Moga tarbiahnya sebati di jiwa

Jom buat ringtone telefon huhuhuhuhu

Lagu Kun Anta versi Ramadhan ni pun nyanyian AMAR juga...tetiba terjatuh cinta dengan suara dia lah pulak ;)

Waktu Kerja Berperingkat UKM sempena Ramadhan

Dah lama UKM mengamalkan waktu berkerja berperingkat ni. Ada 3 peringkat waktu masuk berkerja, iaitu 7.30 pagi, 8.00 pagi dan 8.30 pagi. Jangan jangan pula seronok dok mengata ada staf UKM balik kerja awal sebelum jam 5 ya. Kalua pilih waktu masuk kerja tu 7.30 pagi, tak kan nak balik jam 5 petang jugak kan?

Jangan tanya aku amalkan waktu yang mana, sebab aku ni berkecuali. UKM ni kan bapak aku punya…errr tetiba!

Sebelum puasa Ramadhan, dah keluar Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan. Jadi, UKM telah bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 ini, makanya, waktu berkerja di UKM adalah seperti berikut;


Berlaku pengurangan waktu rehat selama setengah jam pada hari biasa. Sempatlah nak pergi solat sekejab, kemudian baca Qur’an sehelai. Nak membuta tak sempat.

Walaupun kakitangan akademik mempunyai masa kerja yang lebih fleksibel, namun musim sekarang ni adalah musim study week. Minggu depan peperiksaan. Tahu apa maknanya tu? Bersedialah untuk merah mata marking entah berapa banyak skrip jawapan, kuiz, tugasan dan blab la bla.

Mmmmm azamnya lepas sahur dah nak dating pejabat. Pepagi gitu sempatlah tulis sehelai artikel kononnya. Namun, realitinya….fuh! Tarik nafas sekejab.

Hari pertama puasa hanya Berjaya sampai di pejabat jam 7.41 walaupun Bangi lengang. Minggu depan sekolah dah buka, tak tau ler jam berapa baru nak menapak masuk pejabat ;)

Ngantoknyaaaaaa!!! kupi mana kupi? Ehhhh!!!

Selamat berpuasa semua. Ampun maaf andai ada kata-kata di blog ini mengganggu emosi anda.