Isnin, 31 Mac 2014

Doktor Mesti Rindu Saya Lepas Ni…


Boleh blah tak ayat tu? Hu huh u tabahlah duhai hati!

Sejak terjebak dengan slipped disc ni, agak lama juga diperlukan masa untuk pulih sepenuhnya, tetapi masalah utama aku adalah nak dapatkan MC yang panjang hingga jumpa pakar akhir bulan Mac (hari ini). Doctor pakar je boleh bagi cuti panjang…tu pun tak tahu berapa panjang dia boleh bagi. Salah hari kena renew tiap dua minggu. Tapi, itu lebih baik dari perlu ulang alik ke klinik panel atau pusat kesihatan setiap 3 hari, malah pernah juga aku perlu menunggu hingga lebih 5 jam semata-mata nak dapatkan MC.Bukan ada sesapa nak tolong hantar kan, buat ajelah sendiri. Sendiri kayuh gitu!

Mula-mula aku buat temujanji dengan pakar di HUKM…fuhhhh! Hujung bulan April baru boleh jumpa pakar, tapi pengalaman berada di HUKM sebagai pesakit memang berbeza dari semasa aku ke sana semasa bertugas. Bersembang dengan akak manis berfikiran positif antara pengalaman indah, selain bertemu encik hensem yang stress tidak mampu angkat senjata lagi.

Aku dapat MC yang agak panjang bila ke Pusat Kesihatan UKM, di Bangi yang dikhususkan kepada pelajar dan staf sahaja. Lima hari. Setiap hari Isnin aku akan pergi lagi untuk kumpul MC berkepuk-kepuk itu hingga ada ketikanya aku tengok doctor tu stress bila tengok muka aku. Aku tebalkan sahaja muka jumpa dia dan cakap terus terang yang aku perlukan MC panjang hingga jumpa pakar.

“Doktor jangan stress jumpa saya ya…” kataku satu kali bila tengok muka doctor kali tu memang stress benar. Dia tak mengaku dia stress tapi, aku tahu dia memang stress.

Sepanjang minggu aku ada rutin tertentu selain dari kutip MC. Hari Rabu akan ke Hospital Serdang buat fisioterapi, kalau rajin pergi Ceragem Bangi…tapi sekarang dah malas. Tak tahan telinga dengar suara akak tu terpekik menjerit-jerit masa beri penerangan. Bergegau anak telinga dan segala isinya huh u hu hu

“Waaaa doctor ada assistant hari ni,” kataku sebaik bagi salam. Doktor tu ketawa ceria. Anak dia tahun satu tu pulak sipu-sipu malu. Mmmmmmm mood doktor baik je hari ni, best sikit mintak MC huh u huh u

Masa doctor buat catatan dalam computer dan isi borang MC, aku sembang dengan anak perempuannya. Tanya cita-cita dia nanti nak jadi doctor ke pilot huh u hu soalan sensitif tu musim MH370 masih belum dijumpai.

“Minggu depan dah jumpa pakar kan? (hari ni lah tu!)” kata doctor.
Aku mengiakannya sambil bergurau “doktor mesti rindu saya lepas ni,” huh u hu h u dia tergelak kuat. Boleh gitu?

Tetiba dapat surat dari insurans, mahukan laporan dari klinik panel dan Pusat kesihatan sebelum aku masuk KPJ hari tu.

Ohhhhh! Kesian doktor tu…mesti stress tengok muka tak lawa aku lagi!

Ahad, 30 Mac 2014

Perempuan Tak Reti Parking Kereta?


Okeh, aku mengaku…kalau bab mengundur aku memang tak reti. Sebabnya, mata rabun. Lagipun mata aku dua-dua dok depan, dah tentulah ada masalah untuk mengundur hu h uhu cantik tak alasan?

Tapi, perlukah labelkan sebilangan perempuan yang terhegeh-hegeh parking kereta itu sampai begitu sekali? Macamlah hanya perempuan sahaja yang tak reti parking kereta. Ada jugak lelaki macho terhegeh-hegeh parking kereta dek tersangat sayangkan keretanya huh u hu

Memanglah ramai perempuan tak reti parking kereta, tapi perempuan ini buktikan bukan semua perempuan gagal parking dengan betul;



Hebat tak dia?

Masa di Paris dan Amstardam dulu, aku tersangat kagum dengan mereka parking kereta. Jarak antara kereta depan dan belakang hanya beberapa cm sahaja, kalau aku memang sah lah tak boleh parking, dah lah parking memanjang sepanjang jalan. Kalau rasa hebat sangat, cer try parking kat sana. Takat parking kat Malaysia yang besar gedabak kotak parkingnya tu…tak payah nak bangga sangat!

Sabtu, 29 Mac 2014

Shalwati Dan Azizul Raheem Dipenjarakan Di Sweden


Setelah ditahan sejak Disember lepas, akhirnya pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak. Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka. Hukuman itu akan dipendekkan jika mereka berkelakuan baik. Aku harapkan hukuman mereka dipendekkan dan mereka dapat segera balik ke tanahair.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.Azizul Raheem Awalluddin pula dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya, tetapi dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan pasangan tersebut kini dalam rayuan bagi meringankan hukuman.

Pengorbanan sebegini tak pernah dilakukan ibu bapa di Malaysia lagi. Dugaan sebesar ini untuk memastikan anak-anak solat perlu mereka tanggung di negara asing; dari seorang pengawai Tourism mewakili negara akhirnya ke penjara.

Semoga mereka lebih cekal harungi pahit getir kehidupan di sana. Penjara mungkin “tidak apa-apa” bagi sebilangan orang tertentu yang memilih langkah terpesong dari undang-undang manusia, namun bagi mereka sangat besar implikasinya. Mereka hampir kehilangan hak terhadap anak-anak, Alhamdulillah akhirnya anak-anak itu dapat dibawa kembali ke tanahair dan bila kembali nanti akan kehilangan kerja pula, kecuali kes mereka dianggap sebagai kes khas.

Sekalipun ramai yang menganggap hal sebegini adalah musibah, namun aku mengharapkan tersembunyi hikmah yang kita sendiri tak dapat melihat dan rasanya kecuali mereka jua adanya. Lebih utama, dah tentu Allah menyayangi mereka dengan cara yang lain. Dan aku amat percaya, mereka akan lebih menghargai sesama sendiri dengan lebih besar berbanding kita.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 dan kemudian tindakan itu turut diikuti 36 negara lain. Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Adakah kalian rasa kasih sayang dalam keluarga kita telah begitu mengcukupi untuk harungi kehidupan masa depan sedangkan belum diuji sebegitu rupa? Andai keluarga kita diuji sebegini, masihkah kekal teguh atau berderai jadi serpihan?

Tidakkah kalian tahu bahawa Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan berdepan dengan ujian itu?

Semoga pengorbanan mereka berbaloi.

 

Earth Hour 2014


Masa untuk padamkan penggunaan alat elektrik satu jam sahaja setahun, jom kita merenung bulan;


Selamat maju jaya

Jumaat, 28 Mac 2014

Awek Suka Melancong Tak Sikat Rambut?


Semalam baca artikel ni secara online. Terbeliak sekejab biji mata;


Apa pendapat kalian?

Aku tidak pasti dapatan kajian mana yang penulis jadikan rujukan. Tidak dinyatakan. Kalian bersetuju dengan pernyataan di bawah ini?



Aku tak nak komen lebih, sebab aku ni kan suka melancong, melencong dan berjalan…kang terlebih emosi pulak. Tapi, pernah tak kalian jumpa seorang perempuan panjat tembok besar China dengan kebarung dan kasut tumit tinggi semata-mata nak bergambar di atas sana? Supaya gambar itu kelihatan cantik, bukannya berserabai rambut tak bersikat.

Perempuan ini TERLUPA nak sikat rambut masa melancong;


Mmmmm tak pun, berbaju kurung dalam kedinginan autumn di Pulau Nami;

Ohhhh Kanda Jung Sang...akulah heroin itu!

Sekalipun hanya bersama pokok gingko, tetap nak tayang juga baju kurung biru;

Berapa lama perlu kutunggu kau kotakan janji?


Errrrr…penulis ni pernah melancong cara backpacker stail orang Malaysia ke tak ni? Nak tahu macam mana gadis jelita Malaysia mengembara di bumi asing? Ginilah gayanya:

Perut nasi...di Korea pun tetap juga nak menyantap nasi bagai...sib baik Cik Bintang ada rice cooker versi travel ya!

Ini di bumi Korea, kalau takat Aceh dan catatan tsunaminya, Bangkok, Krabi dan Phuket bagai tu…tak ada makna sangat nak berserabai sampai tak sempat sikat rambut. Aduhaiiiiii!



Ishhhh! Malas lah nak komen apa-apa hu huhu hu