Jumaat, 6 Mei 2016

TERKINI Helikopter Hilang di Betong Sarawak



Petang semalam, kita dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah helikopter di Betong Sarawak yang dalam perjalanan ke Kuching pada 4.15 petang Khamis dan terputus hubungan dengan pusat kawalan 20 minit kemudian. Cuaca di Betong petang semalam dilaporkan hujan.
Hingga kini, helikopter tersebut masih diklasifikasikan sebagai hilang dan masih tidak dapat dikesan. Jadi jangan percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai helikopter melakukan pendaratan kecemasan di Sibu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan kecemasan. Malah, ada yang mendakwa helikopter tersebut di ditemui di Sri Aman.
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara Betong, Samarahan dan Sri Aman. Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan malam semalam dengan lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR ini. Pagi tadi pula, pasukan Polis Marin dan unit helikopter PDRM turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang itu, iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah. Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Kita doakan usaha mencari dan menyelamat ini dimudahkan. Tak perlulah semua orang buat dan reka cerita yang bukan-bukan. Tak ada seronoknya buat begitu jika libatkan ahli keluarga kita. Tak payahlah nak cari publisiti murahan dengan like yang juta-juta tu dengan sebarkan fitnah dan cerita palsu yang menyusahkan pihak berkuasa pula. Patutnya, dalam situasi seperti ini, kita doakan semua urusan dimudahkan. Kita doakan mereka ditemui dengan cepat.

Tengahari ini pasukan mencari dan menyelamat mula menemui serpihan pesawat dipercayai helikopter yang hilang itu. Terkini satu mayat wanita ditemui berhampiran bangkai pesawat di tebing sungai batang lupar. Kita doakan semoga usaha mencari menyelamat berjaya ditamatkan sebelum malam.

Bergembira dengan berita kematian bagi aku adalah perbuatan yang biadap. Ingatlah semua orang akan mati termasuk kita sendiri. Matinya kita tak tahu lagi macam mana caranya. 

Takziah kepada semua ahli keluarga. Alfatihah.

Beringat Dengan Bagasi Bila Travel



Dulu, aku tak adalah fikir bukan-bukan bila gunakan perkhidmatan udara untuk pergi mana-mana. Kadang-kadang bagasi  tak letak manggapun tetapi ikut situasi semasa, kita letak mangga berderetpun orang yang pakar ni boleh aje selinap buka bagasi kita. Lupa dah kat mana aku tengok video youtube tunjuk betapa mudahnya untuk buka bagasi kita walaupun bermangga bagai. Dan kita tak tahu pun bagasi tu dah kena buka!

Dulu, kita risau barang hilang sebab tu kunci bagasi. Sekarang ni, tambah lagi satu kerisauan iaitu risau kalau ada orang masukkan barang tak tentu dalam bagasi kita. Tak pepasal kita pulak yang kena. Dah banyak kes jadi. Siakap keli awal minggu pun ada siarkan pengalaman sepasang suami isteri hampir jadi mangsa bila orang tak dikenali minta daftarkan bagasinya atas nama mereka.

Beberapa tahun dulu aku kerap bertugas di Kuching dan Kota Kinabalu. Bila pergi sebab bertugas, ada masanya tak bawa bagasi besar gedabak pun, cukup hanya dua tiga helai pakaian yang boleh bawa masuk ke dalam pesawat sahaja. Jadi, bagasi tu tak gunapun.

Satu kali tu di lapangan terbang Kuching, masa nak daftar masuk untuk balik KL aku nampak ada dua orang pakcik tengah sembang fasal lebihan bagasi untuk anaknya yang akan sambung belajar di Jordan atau Mesir tah. Budak lelaki. Suci murni je wajahnya. Berat bagasi yang dibawa ikut timbangan berat untuk penerbangan antarabangsa, sedangan dia perlu guna penerbangan domestik ke Kuala Lumpur dahulu. Kiranya terlebih dalam 10kg begitulah. Banyak juga nak kena bayar tu.

Tak fikir panjang, aku terus dekati mereka dan bagi salam. Tanya apa masalah mereka, kemudian tawarkan untuk gunakan had bagasi aku yang tidak digunakan pun itu. Awalnya mereka berat hati nak terima, katanya karang timbangan bagasi aku pula yang tak cukup. Bila aku tunjukkan beg kecil yang aku bawa dan beritahu hanya itu sahaja bagasi aku dan beg itu akan dibawa masuk pesawat, mereka bersetuju dengan wajah berseri-seri. 

Di kaunter daftar masuk aku beritahu petugas hal tersebut. Biasanya bagasi adik tu akan didaftarkan atas nama aku, tetapi bagasi adik tu telah didaftarkan semuanya atas nama adik tu. Alhamdulillah. Mungkin petugas tu jugak dah jatuh cinta dengan wajah bersih adik tu nak sambung belajar. Dan Allah dah mudahkan urusan adik tu.

Bila fikirkan semula dan baca banyak kisah bagaimana rakyat negara kita tertipu dijadikan keldai dadah, aku jadi insaf dengan kebendulan diri sendiri. Namun, untuk kes adik tu, aku tak menyesal bantu dia. Melihatkan keluarganya, wajahnya sendiri...dah menampakkan hatinya.

Kawan-kawan, bila travel, sila beringat dengan bagasi. Kalau rasa patut balut dengan plastik tu...balutlah. Bukan sahaja supaya barang berharga dalam bagasi tak hilang tapi tidak juga dimasukkan baranganan seperti dadah dll. Sekarang ni, bukan dalam filem sahaja wujud benda-benda begini, tapi dah banyak berlaku dalam dunia nyata. Tak pepasal masuk ke dalam dengan salah yang tidak kita lakukan.

Khamis, 5 Mei 2016

Makin awak bebel, makin saya jatuh cinta



Belum dapat memang cenggitulah ya. Semuanya sanggup. Tersepak batu, batu itu yang salah walaupun mata kita yang rabun.

Belum dapat, bulan bintang pun sanggup kait. Awan-gemawan pun rela anyam buat selimut. Cerr dah dapat!

Ini dialog yang berlaku awal minggu ni;

Dia: Nak dengar awak bebel saya
Ambo: bersedia tak untuk fobia? Sakit telinga
Dia: Makin awak bebel, makin saya jatuh cinta
Ambo: Errr...errr...errr

Aaaasudahhhhhh!



Komen ambo mudah sahaja, kiranya sanggup lakukan sebegitu hingga akhir hayat, boleh aje. Ambo memang pakar bab bebel membebel ni. Kalau ambo diam tu, itu yang kena risau sebab 66 ribu patah perkataan sehari dah tertelan tak mampu diluahkan dek termengkelannya rasa.

Sanggup ke?
Sepanjang hayat tu. Bukan hari ini sahaja, bukan hanya esok. Hingga tiba saat badan dan tanah itu bersatu.

Rabu, 4 Mei 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, PBAKL 2016 tahun ni diadakan di MAEPS serdang, tak macam biasa yang berkampung di PWTC. Ramai yang lahirkan rasa tak seronok terutama yang gunakan pengangkutan awam.

Bagi anda yang nak gunakan perkhidmatan awam ke PBAKL 2016, bolehlah guna komuter dan turun di Serdang, kemudian ambil bas percuma yang disediakan di stesen komuter serdang tu ke MAEPS. Kami yang berada berdekatan dengan MAEPS rasa seronoklah sebab dekat. Kalau dari rumah ambo tu, jika tak sesak dalam 10 minit dah sampai.
 
DBP meriah aktivitinya
Tempat letak kereta melaut luas. Parking je mana-mana, kemudian naik tram dan turun betul-betul di pintu utama. Cuma kena sabarlah sikit tunggu tram dan beratur jika waktu puncak.
 
acara baca puisi...cer cari artis hensem dalam gambar huhuhuhu

Isnin lepas, aku dan Cik Bintang berkesempatan tawaf PBAKL 2016. Kami sampai dalam jam 11 pagi, baliknya jam 5.30 petang huhuhuhu itu pun sebab poket dah kempis. Cuba masih ada duit lagi dalam poket, harus malam baru balik.

semua pink...berpinau mata ceQ

Berikut komen aku fasal PBAKL 2016 kali ni,

# parking luas. Banding acara lain di MAEPS serdang, acara PBAKL 2016 ni tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Masih banyak parking lagi kosong. Kalau acara jualan hasil pertanian atau usahawan kecil tu, kena parking hingga tepi lebuh raya. PBAKL 2016 ni kiranya tak adalah sampai cenggitu. Namun, pengunjung masih juga ramai sebenarnya.
# kawasan setiap syarikat penerbitan tu lebih luas, jadi tak adalah bersesak-sesak tak nampak buku hanya nampak kepala orang sahaja. Jadinya lebih selesa. Bebas pilih buku apa nak.
# sekarang ni musim panas. Ekonnya memang sejuk dan selesa.
# makan minumnya walaupun ada yang jual guna foodtruck di tepi pintu utama, ada juga di aras bawah tempat biasa depa jual makanan tu. Namun, macam biasalah, bila acara begini, mana ada makanan yang murah. Pilihan pun tak adalah banyak sangat.
# penganjur patutnya sediakanlah kerusi tepi-tepi dinding memana untuk orang yang mudah capek macam aku ni berenti rehat sekejab. Ataupun kalau nak menunggu pun selesa. Ramai yang bersila je atas lantai sambil menunggu sambil baca buku. Aku yang tak boleh nak bersila ni macam mana?
# cadangan aku: penganjur sediakan satu ruang yang sesuai untuk budak-budak ribena main, ibu bapa menunggu dan sesiapa yang dah melabur kempiskan poket di pesta buku tu lunjurkan betis picit kaki lenguh sekejab. Anak-anak kecil perlukan ruang untuk berlain dan main, bukan tempat sesak. Orang menunggu pun perlukan ruang supaya tunggu lama pun tak apa. Kata nak sedut duit kami...bagilah sikit keselesaan kepada pengunjung yang datang macam rombongan cik kiah tu. 

bawak bagasi sebab tak larat nak pikul

Bagi yang memerlukan hotel & pilihan pengangkutan awam untuk sampai PBAKL 2016 ni memang agak sukarlah. Namun begitu, tak mustahil tahun depan PBAKL 2016 akan dibuat di sini juga nanti jika pihak penganjur melihat dari sudut keselesaan yang itu sahaja.

tulisannya besar, sesuai untuk ambo yang rabun...tapi nengok harganya mmmmm

Aku perlu hadiri PBAKL tiap tahun untuk dapatkan buku-buku terkini dari pelbagai penerbit untuk makanan roh, juga buku-buku yang pelik sifatnya. Namun kali ni aku tidak sempat untuk teliti setiap buku di semua penerbit untuk dapatkan buku pelik tersebut. Sebabnya mudah sahaja, walaupun ada baucar buku, boucer tu sikit sangat jumlahnya. Tak cukup. Cer bagi RM1000 boucer buku tu, baru selesa aku memborong. Ya dak? Huhuhuhu jangan kecam ambo!

hasil jalaan...21 buah sahaja


Harga buku dah makin naik. Buku-buku baru hanya tawarkan diskaun sebanyak 20% sahaja sedangkan banyak buku yang aku nak. Jadinya, redha dan bersyukur ajelah takat yang ada. Boleh gitu? Apa pun, syukurlah dengan rezeki yang ada. Mana yang beli tu pun dah cukup untuk dibaca setahun, belum campur lagi berpuluh buah di rak yang belum khatam baca. TamaQ betul! Tak apa, tamak ilmu...gali selagi daya.

kulukiskan engkau biru dan engkau bertanya kenapa tidak merah jambu seperti warna kesukaanku?

Sajak-sajak cinta dari arwah Rahimidin Zahari...tak akan lagi kudengar usik nakalnya menyakat. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Buku ini aku khatamkan pada hari belinya itu. Malamnya, sebelum tidur aku khatamkan pula buku Kriminal catatan seorang wartawan jenayah. Fuhhhhh! Hari ini dalam sejarah boleh habiskan dua biji buku dalam masa beberapa jam. Buku ringan je. Kalau buku berat, 10 halaman pun susah nak hadam.

Itulah kan. Kita hanya belajar tentang rindu bila orang tu dah tak ada lagi. Aku sangat kagum dengan penulis ni. Biasanya aku tak boleh lari dari dia...dia tetap akan datang kat aku dan tanya khabar walau jumpa kat manapun. Aku malu dan segan sebab orang terkenal macam arwah tu boleh kenal aku yang jarang dapat dikesan radar ni.

Selasa, 3 Mei 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Dah tak berapa nak muda lagi untuk tengok filem cinta. Agaknya cinta dah mati dalam hatiku huhuhuhu alahai!

Dulu aku tengok filem Ada Apa dengan Cinta kat TV ke kat internet ek? Lupalah pulak. Tapi filem yang pernah jadi fonomena itu aku suka bukan sebab apa…ada banyak lagu-lagu yang merdu.

Melly Goeslaw ft Eric - Ada Apa Dengan Cinta




Untuk filem Ada Apa dengan Cinta 2, pengarahnya masih sama, Riri Riza. Pendokong watak utama pun masih Cinta dan Ragga yang dulu iaitu Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Dah tentulah mereka ni makin jelita dan sado…ek?

Lagu OST Ada Apa dengan Cinta 2 juga masih guna penyanyi hebat Melly Goeslaw.

Melly Goeslaw & Marthino Lio - Ratusan Purnama



Sebenarnya kagum dengan filem ni sebab gunakan puisi sebagai sesuatu yang memberi makna kepada cerita. Orang sekarang, mana ada masa nak berpuisi bagai huhuhuhu

Puisi dari Cinta “Tentang seseorang”



Puisi Ragga untuk Cinta dalam APDC




Puisi dalam Ada Apa Dengan Cinta 2




Nak masuk panggung ke tengok?
Mmmmmm bila masalah nak pergi tengok. Asal hari Ahad je, ada kelas.
Sekarang ni kita dengar lagu-lagu OST Ada apa dengan cinta 2 ajelah dulu ya...malas nak cari sinopsis filem ada apa dengan cinta 2. Lain kali boleh?