Memaparkan catatan dengan label sindiket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sindiket. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2016

Beringat Dengan Bagasi Bila Travel



Dulu, aku tak adalah fikir bukan-bukan bila gunakan perkhidmatan udara untuk pergi mana-mana. Kadang-kadang bagasi  tak letak manggapun tetapi ikut situasi semasa, kita letak mangga berderetpun orang yang pakar ni boleh aje selinap buka bagasi kita. Lupa dah kat mana aku tengok video youtube tunjuk betapa mudahnya untuk buka bagasi kita walaupun bermangga bagai. Dan kita tak tahu pun bagasi tu dah kena buka!

Dulu, kita risau barang hilang sebab tu kunci bagasi. Sekarang ni, tambah lagi satu kerisauan iaitu risau kalau ada orang masukkan barang tak tentu dalam bagasi kita. Tak pepasal kita pulak yang kena. Dah banyak kes jadi. Siakap keli awal minggu pun ada siarkan pengalaman sepasang suami isteri hampir jadi mangsa bila orang tak dikenali minta daftarkan bagasinya atas nama mereka.

Beberapa tahun dulu aku kerap bertugas di Kuching dan Kota Kinabalu. Bila pergi sebab bertugas, ada masanya tak bawa bagasi besar gedabak pun, cukup hanya dua tiga helai pakaian yang boleh bawa masuk ke dalam pesawat sahaja. Jadi, bagasi tu tak gunapun.

Satu kali tu di lapangan terbang Kuching, masa nak daftar masuk untuk balik KL aku nampak ada dua orang pakcik tengah sembang fasal lebihan bagasi untuk anaknya yang akan sambung belajar di Jordan atau Mesir tah. Budak lelaki. Suci murni je wajahnya. Berat bagasi yang dibawa ikut timbangan berat untuk penerbangan antarabangsa, sedangan dia perlu guna penerbangan domestik ke Kuala Lumpur dahulu. Kiranya terlebih dalam 10kg begitulah. Banyak juga nak kena bayar tu.

Tak fikir panjang, aku terus dekati mereka dan bagi salam. Tanya apa masalah mereka, kemudian tawarkan untuk gunakan had bagasi aku yang tidak digunakan pun itu. Awalnya mereka berat hati nak terima, katanya karang timbangan bagasi aku pula yang tak cukup. Bila aku tunjukkan beg kecil yang aku bawa dan beritahu hanya itu sahaja bagasi aku dan beg itu akan dibawa masuk pesawat, mereka bersetuju dengan wajah berseri-seri. 

Di kaunter daftar masuk aku beritahu petugas hal tersebut. Biasanya bagasi adik tu akan didaftarkan atas nama aku, tetapi bagasi adik tu telah didaftarkan semuanya atas nama adik tu. Alhamdulillah. Mungkin petugas tu jugak dah jatuh cinta dengan wajah bersih adik tu nak sambung belajar. Dan Allah dah mudahkan urusan adik tu.

Bila fikirkan semula dan baca banyak kisah bagaimana rakyat negara kita tertipu dijadikan keldai dadah, aku jadi insaf dengan kebendulan diri sendiri. Namun, untuk kes adik tu, aku tak menyesal bantu dia. Melihatkan keluarganya, wajahnya sendiri...dah menampakkan hatinya.

Kawan-kawan, bila travel, sila beringat dengan bagasi. Kalau rasa patut balut dengan plastik tu...balutlah. Bukan sahaja supaya barang berharga dalam bagasi tak hilang tapi tidak juga dimasukkan baranganan seperti dadah dll. Sekarang ni, bukan dalam filem sahaja wujud benda-benda begini, tapi dah banyak berlaku dalam dunia nyata. Tak pepasal masuk ke dalam dengan salah yang tidak kita lakukan.