Memaparkan catatan dengan label PBAKL 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBAKL 2016. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, PBAKL 2016 tahun ni diadakan di MAEPS serdang, tak macam biasa yang berkampung di PWTC. Ramai yang lahirkan rasa tak seronok terutama yang gunakan pengangkutan awam.

Bagi anda yang nak gunakan perkhidmatan awam ke PBAKL 2016, bolehlah guna komuter dan turun di Serdang, kemudian ambil bas percuma yang disediakan di stesen komuter serdang tu ke MAEPS. Kami yang berada berdekatan dengan MAEPS rasa seronoklah sebab dekat. Kalau dari rumah ambo tu, jika tak sesak dalam 10 minit dah sampai.
 
DBP meriah aktivitinya
Tempat letak kereta melaut luas. Parking je mana-mana, kemudian naik tram dan turun betul-betul di pintu utama. Cuma kena sabarlah sikit tunggu tram dan beratur jika waktu puncak.
 
acara baca puisi...cer cari artis hensem dalam gambar huhuhuhu

Isnin lepas, aku dan Cik Bintang berkesempatan tawaf PBAKL 2016. Kami sampai dalam jam 11 pagi, baliknya jam 5.30 petang huhuhuhu itu pun sebab poket dah kempis. Cuba masih ada duit lagi dalam poket, harus malam baru balik.

semua pink...berpinau mata ceQ

Berikut komen aku fasal PBAKL 2016 kali ni,

# parking luas. Banding acara lain di MAEPS serdang, acara PBAKL 2016 ni tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Masih banyak parking lagi kosong. Kalau acara jualan hasil pertanian atau usahawan kecil tu, kena parking hingga tepi lebuh raya. PBAKL 2016 ni kiranya tak adalah sampai cenggitu. Namun, pengunjung masih juga ramai sebenarnya.
# kawasan setiap syarikat penerbitan tu lebih luas, jadi tak adalah bersesak-sesak tak nampak buku hanya nampak kepala orang sahaja. Jadinya lebih selesa. Bebas pilih buku apa nak.
# sekarang ni musim panas. Ekonnya memang sejuk dan selesa.
# makan minumnya walaupun ada yang jual guna foodtruck di tepi pintu utama, ada juga di aras bawah tempat biasa depa jual makanan tu. Namun, macam biasalah, bila acara begini, mana ada makanan yang murah. Pilihan pun tak adalah banyak sangat.
# penganjur patutnya sediakanlah kerusi tepi-tepi dinding memana untuk orang yang mudah capek macam aku ni berenti rehat sekejab. Ataupun kalau nak menunggu pun selesa. Ramai yang bersila je atas lantai sambil menunggu sambil baca buku. Aku yang tak boleh nak bersila ni macam mana?
# cadangan aku: penganjur sediakan satu ruang yang sesuai untuk budak-budak ribena main, ibu bapa menunggu dan sesiapa yang dah melabur kempiskan poket di pesta buku tu lunjurkan betis picit kaki lenguh sekejab. Anak-anak kecil perlukan ruang untuk berlain dan main, bukan tempat sesak. Orang menunggu pun perlukan ruang supaya tunggu lama pun tak apa. Kata nak sedut duit kami...bagilah sikit keselesaan kepada pengunjung yang datang macam rombongan cik kiah tu. 

bawak bagasi sebab tak larat nak pikul

Bagi yang memerlukan hotel & pilihan pengangkutan awam untuk sampai PBAKL 2016 ni memang agak sukarlah. Namun begitu, tak mustahil tahun depan PBAKL 2016 akan dibuat di sini juga nanti jika pihak penganjur melihat dari sudut keselesaan yang itu sahaja.

tulisannya besar, sesuai untuk ambo yang rabun...tapi nengok harganya mmmmm

Aku perlu hadiri PBAKL tiap tahun untuk dapatkan buku-buku terkini dari pelbagai penerbit untuk makanan roh, juga buku-buku yang pelik sifatnya. Namun kali ni aku tidak sempat untuk teliti setiap buku di semua penerbit untuk dapatkan buku pelik tersebut. Sebabnya mudah sahaja, walaupun ada baucar buku, boucer tu sikit sangat jumlahnya. Tak cukup. Cer bagi RM1000 boucer buku tu, baru selesa aku memborong. Ya dak? Huhuhuhu jangan kecam ambo!

hasil jalaan...21 buah sahaja


Harga buku dah makin naik. Buku-buku baru hanya tawarkan diskaun sebanyak 20% sahaja sedangkan banyak buku yang aku nak. Jadinya, redha dan bersyukur ajelah takat yang ada. Boleh gitu? Apa pun, syukurlah dengan rezeki yang ada. Mana yang beli tu pun dah cukup untuk dibaca setahun, belum campur lagi berpuluh buah di rak yang belum khatam baca. TamaQ betul! Tak apa, tamak ilmu...gali selagi daya.

kulukiskan engkau biru dan engkau bertanya kenapa tidak merah jambu seperti warna kesukaanku?

Sajak-sajak cinta dari arwah Rahimidin Zahari...tak akan lagi kudengar usik nakalnya menyakat. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Buku ini aku khatamkan pada hari belinya itu. Malamnya, sebelum tidur aku khatamkan pula buku Kriminal catatan seorang wartawan jenayah. Fuhhhhh! Hari ini dalam sejarah boleh habiskan dua biji buku dalam masa beberapa jam. Buku ringan je. Kalau buku berat, 10 halaman pun susah nak hadam.

Itulah kan. Kita hanya belajar tentang rindu bila orang tu dah tak ada lagi. Aku sangat kagum dengan penulis ni. Biasanya aku tak boleh lari dari dia...dia tetap akan datang kat aku dan tanya khabar walau jumpa kat manapun. Aku malu dan segan sebab orang terkenal macam arwah tu boleh kenal aku yang jarang dapat dikesan radar ni.