Petang semalam, kita dikejutkan dengan
berita kehilangan sebuah helikopter di Betong Sarawak yang dalam perjalanan ke
Kuching pada 4.15 petang Khamis dan
terputus hubungan dengan pusat kawalan 20 minit kemudian. Cuaca di Betong petang semalam dilaporkan hujan.
Hingga kini, helikopter tersebut masih diklasifikasikan sebagai hilang dan masih tidak dapat
dikesan. Jadi jangan percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai
helikopter melakukan pendaratan kecemasan di Sibu. Pengarah Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin
bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan
kecemasan. Malah, ada yang mendakwa helikopter tersebut di ditemui di Sri Aman.
Pasukan
penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga
lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara
Betong, Samarahan dan Sri Aman. Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan
malam semalam dengan lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan
Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam
operasi SAR ini. Pagi tadi pula, pasukan Polis Marin dan unit helikopter PDRM
turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian.
Enam
individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada
dalam helikopter yang dilaporkan hilang itu, iaitu Timbalan Menteri Perusahaan,
Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah. Turut
sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha
Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah,
Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Kita doakan
usaha mencari dan menyelamat ini dimudahkan. Tak perlulah semua orang buat dan
reka cerita yang bukan-bukan. Tak ada seronoknya buat begitu jika libatkan ahli
keluarga kita. Tak payahlah nak cari publisiti murahan dengan like yang
juta-juta tu dengan sebarkan fitnah dan cerita palsu yang menyusahkan pihak
berkuasa pula. Patutnya, dalam situasi seperti ini, kita doakan semua urusan
dimudahkan. Kita doakan mereka ditemui dengan cepat.
Tengahari ini pasukan mencari dan menyelamat mula menemui serpihan pesawat dipercayai helikopter yang hilang itu. Terkini satu mayat wanita ditemui berhampiran bangkai pesawat di tebing sungai batang lupar. Kita doakan semoga usaha mencari menyelamat berjaya ditamatkan sebelum malam.
Bergembira dengan berita kematian bagi aku adalah perbuatan yang biadap. Ingatlah semua orang akan mati termasuk kita sendiri. Matinya kita tak tahu lagi macam mana caranya.
Takziah kepada semua ahli keluarga. Alfatihah.