Belum dapat
memang cenggitulah ya. Semuanya sanggup. Tersepak batu, batu itu yang salah
walaupun mata kita yang rabun.
Belum dapat,
bulan bintang pun sanggup kait. Awan-gemawan pun rela anyam buat selimut. Cerr dah
dapat!
Ini dialog
yang berlaku awal minggu ni;
Dia: Nak
dengar awak bebel saya
Ambo:
bersedia tak untuk fobia? Sakit telinga
Dia: Makin
awak bebel, makin saya jatuh cinta
Ambo:
Errr...errr...errr
Aaaasudahhhhhh!
Komen ambo
mudah sahaja, kiranya sanggup lakukan sebegitu hingga akhir hayat, boleh aje. Ambo
memang pakar bab bebel membebel ni. Kalau ambo diam tu, itu yang kena risau
sebab 66 ribu patah perkataan sehari dah tertelan tak mampu diluahkan dek
termengkelannya rasa.
Sanggup ke?
Sepanjang hayat
tu. Bukan hari ini sahaja, bukan hanya esok. Hingga tiba saat badan dan tanah
itu bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan