Selasa, 8 Disember 2015

Terima Kasih Bank Pertanian

Balik dari waterfront dengan perut yang kenyang selepas kena bahan dengan abe hensem, ambil gambar kawasan tersebut, terus sahaja balik hotel. Seharian kerja memang penat walaupun ikutkan, dalam ekon je pun. Bukannya kerja tengah bendang berpanas berlumpur. Nampak sangat dah tua kan…dah kurang kudratnya.

Di lobi hotel nampak ramai pakai baju Agro Bank. Tiga orang daripadanya satu lif denganku. Dari Semenanjung.

“Kami bank tak glamer,” kata salah seorang dari mereka merendah diri.

Bank Pertanian sangat dekat dengan hati kami…” balasku dan tersenyum.

Yaaaa kehidupan kami sekeluarga berubah setelah seorang pegawai Bank Pertanian (sekarang ni dah tukar nama Agro Bank) di Kota Bharu buat satu keputusan berisiko. Kisahnya begini;

Masa dulu-dulu, kalau dapat tawaran masuk universiti, ibu bapa kena lunaskan yuran pengajian untuk satu semester. Jadinya, sekali turun tu, mahu nak kena pakai 4-5 ribu. Bagi orang sengkek papa kedana macam kami, mana nak cekau?

Bila kakak berjaya sambung belajar di UKM, ayah cagarkan sekangkang kera relung kami kepada sedaranya, tapi akhirnya, relung itu jadi hak milik dia terus setelah ayah ditipu. Dah lah kami papa kedana miskin tegar, kena tipu pulak. Paling sakit ditipu sedara mara sendiri. Tapi apa nak hairan, harta punya pasal kan.
Fuhhhhh comey gilerrr sawah padi dia....

Sejak muda ayah kerja keras tetapi hidup kami tak berubah pun. Makan pun tak cukup. Akhirnya, ayah ke Bank Pertanian di Kota Bharu untuk mintak pinjaman pertanian nak bagi beli traktor. Pegawai bank tu tanya “Pakcik nak cagarkan apa sebagai cagaran?”

“Kalau saya ada harta nak cagar, buat apa saya datang sini?” kata ayah sambil tunjuk dia hanya ada duit RM10 sahaja.

“Dapat tak pinjaman tu?” tanya pegawai Agro bank yang aku jumpa dalam lif di Hotel Riverside Kuching itu.

Aku angguk dan senyum “Terima kasih Bank Pertanian bagi peluang ayah ubah hidup kami,” kataku sambil keluar lif.

Ya, Setelah berdebat pi mai pi mai, akhirnya pegawai itu luluskan pinjaman ayah sekalipun cagarannya hanya air liur. Bermula hari itulah aku menyaksikan kegigihan ayah yang luar biasa. Berbekalkan satu traktor, ayah kerja siang malam bajak sawah (sawah sendiri dan ambil upah bajak sawah orang) dan tanam padi untuk ubah taraf hidup keluarga kami. Berjaya hantar kami sekolah lima tingkat. Alhamdulillah.

Dan kini juga, adik bongsu kami meneruskan legasi ayah di sawah, dengan penggunaan teknologi terkini juga. Cumanya, dia tidak lagi buat pinjaman dengan Agro Bank. Mungkin, sebab dia memiliki lebih banyak ringgit Malaysia semasa meneruskan usaha tersebut berbanding ayah yang hanya ada RM10. Dan dia, hidup lebih tenang tanpa fikirkan hutang piutang perlu diuruskan berbanding kami yang kononnya kerja besar dan kerjaya hebat ini. Hakikatnya, dia lagi hebat dari kami.

Isnin, 7 Disember 2015

Kena Bahan dengan Abe Hensem di Waterfront Kuching

Hari minggu lepas, aku di Kuching. Kerja, bukannya cuti-cuti Malaysia atau jalan-jalan cari makan atau cari pasal.

Hari Ahad, kembali dari urusan kerja, aku minta teksi berhenti di waterfront. Cuaca kononnya cantik, ada awan kepul-kepul. Nak ambil gambar bangunan DUN sahaja sebenarnya.

Sayang Sarawak Sungainya sempit...katanya

Dari pagi, hanya sarapan di hotel. Hingga jam 3 petang belum tambah kalori lagi dalam darah, jadinya…bila jumpa kedai makan muslim di Dataran waterfront tu, aku ambil kesempatan untuk makan nasi ayam. 

Sambil tunggu pesanan sampai, kami kat situ dihiburkan seorang lelaki hensem ni…cer dengar dia bahan aku tang situ huhuhuhu tau la aku kebuloQ belum makan tengahari huhuhuhu



Ada satu ketika, dia datang nyanyi di meja aku. Nasib baik tak tersembur nasi ayam. Dah lah aku makan sensorang, kena bahan pulak tu. Kena gelak kat penonton lain pulak tu. Mmmmmm buat muka tak tahu aje lah, tapi muka dah tentulah memerah bunga raya termalu-malu cat ambo!

Sebenarnya, aku macam nak mintak dia nyanyi lagu Nash…tapi segan nak bagi tau hu huhuhu

Sekarang aku nyesal sebab tak mintak dia nyanyi lagu Nash tu huhuhuhuhu

Jumaat, 4 Disember 2015

Katanya Hospital Swasta Lagi Bagus



Minggu ni kalut. Dah tiga minggu pun kalut, bukan minggu ni aje. 

Minggu ni juga tak tahu macam mana, sangat kerap agen insuran telefon. Tak tahu mana mereka dapat nombor tu.  Macam biasa, bila agen insuran perkenalkan diri, makanya aku akan beritahu awal-awal lagi aku dah ada insuran kesihatan dan belum ada niat nak tambah lagi.

Ada agen insuran mudah putus asa dan hormati keputusan itu. Minta maaf kerana menggangu kemudian tamatkan perbualan. Tetapi ada juga yang jenis berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasanya. Sekali kata tak nak, memang tak bagi makna apa-apa. Ada aje alasan dan hujah yang dikemukakannya.

“Dah dua kali saya guna medical card tu, alhamdulillah ok aje,” beritahuku. Ceh, dialog macam dalam novel Tuan Anas Mikail laaa pulak!!!

“Kalau Puan guna insuran ni…bla bla bla…bla bla bla…”

“Dua tu pun dah cukup, en…saya guna perkhidmatan hospital kerajaan,” sampukku sebelum lebih panjang dia merepek. Namun, bila sebut je perkhidmatan hospital kerajaan, makin beria lah pulak dia.

“Puan, perkhidmatan hospital kerajaan sekarang ni banyak isu…puan tau tak banyak kes bla bla bla bla…doktor tak cekap, misi muka tak siap” semua kes tu disebut untuk serlahkan betapa tak cekapnya hospital kerajaan. 

“En, saya ni dah guna dua-dua jenis hospital tu. Berjam saya tunggu sensorang di lobi untuk masuk wad di hospital swasta gah tu. Alasan, tak ada katil. Katil sementara pun tak ada? Encik tahu macam mana rupa muka doktor perempuan yang merawat saya tu? Kalah buah peria. Mulutnya? Dia kata saya buat-buat sakit! Hello! Dua hari tak bangun baru saya pergi hospital gah tu tau! Saya tak pernah ambil MC berbelas tahun kerja, kata buat-buat sakit tu tuduhan paling kejam untuk diterima,” waktu tu ayat saya lagi panjang dari ayat dia.

“Kalau ke hospital swasta, lebih selesa sikit,” dia masih juga nak umpan.

Wad saya di hospital kerajaan lebih luas dan selesa banding hospital swasta tu. Saya tak payah cakap apa-apa, mereka boleh akses kelayakan saya online. Awak rasa syarikat insuran rajin bagi ehsan wad kelas satu kalau takat bayar RM150 je sebulan? Di hospital Serdang tu, saya tak payah bayar sesenpun…makan mewah mengalahkan hotel 5 bintang,” 

“Sepanjang dapatkan perkhidmatan di Hospital Serdang yang Encik kata tak berkualiti tu, saya tak pernah nampak muka misi, doktor, fisioterapist, tukang cuci, staf hospital yang masam macam buah manga muda, walaupun saya pergi dengan keadaan selekeh…kalau kita tak reti hormat orang, kita jangan terlalu harapkan orang boleh hormat kita tahap menyembah,”

“Waktu menunggu untuk rawatan lama, puan,”
 
pendaftaran di hospital Serdang
“Waktu itulah kepala otak saya berehat dan menikmati hidup. Kepala otak saya ni berfikir tak berhenti siang malam…takat tunggu 2 jam perkara biasa. Masa menunggu itulah saya gunakan untuk lebih insaf diri. Tahu tak betapa bertuahnya saya yang sakitnya hanya sikit sahaja berbanding orang-orang lain. Masa inilah juga saya boleh bergaul dengan pesakit lain, salami kehidupan mereka kemudian buat novel,”

Dia diam.

“Selagi saya di Bangi dan gunakan hospital Serdang, saya tak perlukan insuran tambahan. Cukup tak alasan saya untuk tidak tambah polisi insuran kesihatan tu? Nak saya tambah lagi ke?”

Orang diam macam aku (hanya beberapa orang sahaja tahu aku ni bukan pendiam huhuhuhu) usah ditekan punat yang membolehkan semua perkataannya keluar. Karang dua jam tak berhenti bercakap huhuhuhu tak pepasal dapat kuliah percuma


Isnin, 23 November 2015

Tempat Cat Kereta Murah?



Mmmmmmm unta ambo ni dah tua. Dulu pernah rempuh mat Indo gara-gaga abe Honda City yang rakus nak makan goreng pisang, sanggup berhenti mengejut. Akibatnya, bonet depan unta ambo tu kena tukar. Nasib baik tangki air tak pecah.  Aku sendiri pun dah lupa bila kejadian itu berlaku.

Bila penutup bonetnya tak ori, makanya cepat benar warna itu mati. Kusam. Macam muka tak pernah kena facial. Akhirnya menggelupas. Muncullah karat sedikit demi sedikit.

Walaupun unta ni tak adalah hebat sangat macam HRV ke, CX6 ke…X6 lagi lah tak boleh nak banding, namun tiap kali memandangnya, hati jadi galau juga. Macam Nampak muka penuh jerawat. Sebelum lagi banyak karat memunculkan diri, jom kita pergi mekap kasi jelita huh u huhuhu

Soalnya, kat mana nak pergi cat ni? Ada tak tempat cat kereta unta yang cantik dan kemas sekitar Bangi dan Kajang? Yang pasti, harganya nak jugak murah. Maklumlah, ambo manalah mampu. Hanya unta ajae pun. Bukan gajah atau zirafah.


Rabu, 18 November 2015

Telefon Baru

Telefon pening. Bila telefon pening, tuan telefon dua tiga kali ganda peningnya.

Sebelum ini, dah pergi format semula. Semua nombor dan maklumat dalam telefon hilang semua. Hanya no sendiri sahaja ingat, nombor lain tak satu pun save dalam memori kepala otak. Semuanya dalam memori telefon. Jadinya, mmmmmm hanya saki baki nombor sahaja yang ada. Nasiblah!!!

Setelah hampir sebulan, dia buat hal lagi. Dah lah kepala memang dok pening dengan urusan cinta yang belum selesai, semua maklumat dalam telefon tu buat lagi kacau. Panggilan masuk pun tak tahu siapa. Nombor tak naik, nama tak dipaparkan.

Jam pun dah mamai ikut suka dia je nak letak pukul berapa. Patutpun beberapa hari ni alarm tak bunyi huhuhuhuhu Tarikh dan hari dah tak boleh dipercayai lagi. Semuanya buat kepala mamai sekejab. Lupa hari, tak tahu waktu. Pening.

Rasanya masih baru je telefon ni beli. Hanya setahun setengah je kot. Ke tak sampai. Aku ni bukan jenis suka tukar-tukar gajet, barang atau orang. Kalau boleh nak setia sepanjang hayat. Guna berbelas tahun pun taka pa. apa daya, cintaku tak dihargai. Nampak gayanya kena cari juga sebelum datang tahun baru. Dengar cerita harga nak naik lagi. Adoiiii la!!!!! Hujan ajelah yang turun musim sekarang ni!

Ada cadangan tak jenis telefon terbaik tahun 2015 yang boleh aku guna sepanjang hayat ni? Kalau boleh telefon itulahyang terakhir aku beli sehayat ni. Nak guna sampai mati. Tak mau lagi beli yang lain. Biar elok sepanjang hayat.



Adoi laaaaa….kenapa mahal sangat ni?



Errrrr…mana satu nak ambik ni?

Paling utama, mana nak cekau? Ada sesapa nak taja?

Nak kena ajak Fauzi Qushairi teman pergi beli telefon baru ni...agak-agak, dia nak teman tak?