Mmmmmmm unta ambo ni dah tua. Dulu pernah rempuh mat Indo
gara-gaga abe Honda City yang rakus nak makan goreng pisang, sanggup berhenti
mengejut. Akibatnya, bonet depan unta ambo tu kena tukar. Nasib baik tangki air
tak pecah. Aku sendiri pun dah lupa bila
kejadian itu berlaku.
Bila penutup bonetnya tak ori, makanya cepat benar warna itu
mati. Kusam. Macam muka tak pernah kena facial. Akhirnya menggelupas. Muncullah
karat sedikit demi sedikit.
Walaupun unta ni tak adalah hebat sangat macam HRV ke, CX6
ke…X6 lagi lah tak boleh nak banding, namun tiap kali memandangnya, hati jadi
galau juga. Macam Nampak muka penuh jerawat. Sebelum lagi banyak karat
memunculkan diri, jom kita pergi mekap kasi jelita huh u huhuhu
Soalnya, kat mana nak pergi cat ni? Ada tak tempat cat kereta unta
yang cantik dan kemas sekitar Bangi dan Kajang? Yang pasti, harganya nak jugak murah. Maklumlah, ambo
manalah mampu. Hanya unta ajae pun. Bukan gajah atau zirafah.
2 ulasan:
keramat ada tetapi sentiasa penuh. lebih daripada pesakit yg memerlukan perkhidmatan di hospital kerajaan. huhuhu
Eelobor: jauh kemain nak gi keramat huhuhu ambo gi nilai je, bonet depan rm350. Murah ke mahal?
Catat Ulasan