Rabu, 13 Ogos 2014

Nasi Kapit Sambal Nyior Mek

Mek dan ayah dah berjaya habiskan puasa enam. Hanya anak Mek dan ayah je lagi belum sempurna puasa enam tu.

Sempena menyambut raya puasa enam (PakNgah Hamzah kata raya puasa enam mengelirukan orang bukan Islam, tapi nak panggil nama apa ya?), ayah mintak Mek masak sesuatu.

Mek yang comey itupun masaklah Nasik Kapit Sambal nyior untuk suaminya yang terchenta;

pinggan klasik bunga pepel yang sangat comey di mataku

Anakanda Mek terchenta ni pulak meleleh ayaQ lior nengoknya dari Bangi.

Tau dak apakah bendanya yang dinamakan nasik kapit sambal nyior tu? Itu namanya nasi impit sambal kelapa. Fuhhhhhh! dah lama tak makan stail gini. Biasanya kuah kacang kan?

Kesian Mek, kesian ayah...nak buat nasi impit kuah kacang kan leceh sikit. nak kena goreng kacang tanah bagai. Tenaga dah susut. Bila tak ada siapa membantu, Mek masak benda-benda yang ringkas sahaja. Kalaulah anakandanya ni ada... (walaupun OKU, mampu lagi kot buat pelan-pelan) tapi jangan suruh aku masak kuah kacang tu sebab...kuah kacang Mek je yang sedap di tekakku.  Anak Mek ni belum lulus lagi buat kuah kacang stail dia hu hu huhu 

Lambat kan nak Raya Aidiladha? Tak sabooo nak balik kampung lagi. Mmmmmmm Aidilfitri hari tu tak ada peluang makan-makan dengan meriah gulai Mek. Cicah roti sedapppp hu hu hu hu mana nak cari?



Selasa, 12 Ogos 2014

Perempuan Jadi Lebih Hebat Kalau Berjaya Robohkan Pagar Rumah Orang


Jangan ingat Kiki kamaruddin je reti mengamuk dengan sterring lock bila CDM 35 kena belah. Kiki dah jadi idola ramai gadis jelita walaupun sebenarnya tak adalah jelita mana, perasan lawa je lebih.

Alang-alang perang dunia depan pagar, apa salahnya robohkan terus pagar buruk tu.


Perempuan sekarang memang hebat, sebab tu lah kot ramai lelaki sanggup aje jadi hamba perempuan lawa.


Ramai-ramailah kita pakat doa ya...agar keturunan dia jadi hamba Allah yang soleh dan solehah, bukannya penyamun atau kaki pecah rumah. 

Kepada lelaki kacak yang nak jadi budiman, silalah bawa balik menantu jumpa makbonda ...jangan silap bawak balik hantu sudahlah ya. Biasanya hantu memang jelita sebelum menampakkan wajah sebenarnya ketika nak hisap darah. kang tak pepasal kering darah kena hisap.


Isnin, 11 Ogos 2014

Bajet 2015: Bonus 2 Bulan Untuk Penjawat Awam


Cuepacs minta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015. Cuepacs akan membuat permohonan rasmi dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai pemberian bonus itu.

Lorrrrr! Ingatkan dah hantar. AKAN hantar huh u huhu hu wat penat je baca hu huhuhu hu 

Kalau belum hantar, mintaklah setengah tahun bonus. Kalau mintak dua bulan, biasanya dapat setengah bulan aje. Bila mintak setengah tahun, mana tahu boleh dapat dua bulan h u hu huhu hu sila gelak dengan sopan ya! 

Coklat Cik Puan Lawa


Pagi-pagi lagi, aku dah gelak di tangga ofis…macamlah pagi sangat bila datang pejabat jam 9 pagi tu. Tapi masih lagi pagi kan selagi belum waktu tengahari.

Budak kecik ni umurnya dalam lingkungan 4-5 tahun, ikut nenek pergi kerja klener di ofis aku. Mulutnya banyak kalau dah biasa tapi asal dia tengok aku je, terus je dia diam. Sapa suruh suka ngusik budak-budak, tu lah pasal.


Biasanya aku akan panggil dia bagi biskut. Apa-apa biskut pun tak apa, budak-budak memang tak reti nak demand. Wajahnya tetap ceria tiap kali dapat sepeket kecil biskut. 4 keping biskut dalam tu dah cukup untuk dia makan.

Lama tak nampak kelibat dia, aku tanyakan neneknya tu. Kata nenek “dia panggil puan ‘cik puan lawa’,”

Errrrrr tetiba rasa nak terbang terapung-apung ke langit. Ya lah nak oiiii! Sebab dapat biskut kan??? Daku sedar diri tak selawa mana pun hu huhuhuhu

Semua kejadian ini berlaku sebelum Ramadhan. Sekian, harap maklum.


Ahad, 10 Ogos 2014

Bila Lelaki Budiman Datang Rumah Anak Dara


Lelaki budiman itu…
Bila pergi rumah anak dara, sewajarnya dia tahu batas dan had

Tahulah pintu pagar rumah anak dara tu dah terngaga roboh (engkau jugak yang robohkan, bukan orang lain pun!), bukan bermakna kau boleh tekan brek motor hebat kau depan pintu rumah. Tidak bermakna kau boleh bebas keluar masuk dalam pagar dan halaman rumah anak dara orang. Kau kan orang hebat, patutnya jadi lebih budiman.

Tahulah tombol pintu bilik bini mudamu tanpa akad itu rosak dek perasan bagus bini mudamu tu jugak, tidak bermakna kau boleh sesuka tok nenek kau je masuk rumah orang.
Anak dara dalam rumah ni muslimah sejati yang tahu jaga aurat, reti batasnya takat mana boleh dalam agama takat mana tak boleh dalam budaya bermasyarakat.


Engkaukan lelaki yang kononnya budiman dan hebat, yang dah jadi laki orang dah jadi bapak orang…tak payah jadi moden sangatlah macam orang putih tu. Belajar sikit kenal budaya, agama dan susila bermasyarakat. Bangi bukan Bandar sangat pun hingga jiran-jiran tak sedar apa berlaku di sebelah. Mmmmmm dah pupus rupanya lelaki budiman, patutpun!


Jadilah budiman macam adik ipaQ aku yang hensem tu. Walau pun kunci rumah ni ada mereka simpan, tiap kali nak datang sms dulu bagi tahu. Dah sampai depan rumah, dibiarnya Amir dan adik aku yang masuk dulu. Dua tiga minit kemudian baru dia masuk.

Tahu kenapa?
Sebab dia lelaki budiman. Dia tahu rumah kakak ipaQ dia ni rumah anak dara. Semuanya anak-anak dara yang baik dan cun melecun belaka (up diri sikit!). Yang tahu jaga aurat dan susila dengan muhrim dan bukan muhrim walaupun dalam rumah seksi meksi tapi reti jaga aurat. Dia juga tahu adab-adab bertandang ke rumah orang. Tunggu tuan rumah bersedia dan capai tudung dulu. Bukan pakai redah macam penyamun tarbus, salam pun tak bagi!

Dan aku sangat bersyukur dapat adik ipaQ yang budiman sebegitu.
Kalau anda nak jadi lelaki budiman, contohilah adik ipaQ aku yang bukan sahaja hensem muka, hensem juga hati dan pekertinya. Moga-moga sifat budiman itu akan dicontohi pula oleh anak-anaknya Amir Hasif dan Ammar HasiQ, amen.

Jadi, bila lelaki tak berapa nak budiman, bertemu dengan perempuan perasan cantik, apa yang aku boleh buat hanyalah bagi satu ayat paling manis sahaja;

“Kemas barang awak dan kosongkan bilik tu sebelum jam 1 tengahari/petang esok”. Makanya, “esok” dalam kalimah itu adalah hari ini.Satu bilik medium akan kosong. Tiada pengambilan housemate baru lagi selepas ni. Aku dah bosan nak mengadap orang yang adanya tak ada apapun tetapi lagaknya tak leh nak blah. Belum campur lagi memandai mandai walaupun memang tak pandai. Kalau bodoh sombong memang payah nak lentur.

Bermula hari ini, harapnya aku tidak lagi berurusan dengan lelaki tidak budiman sebegitu. Minta dijauhkan Allah lagi untuk ketemu lelaki tidak budiman. Dan aku menyedari satu kebenaran, iaitu;

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Bila lelaki itu tidak budiman, aku mula mengerti sisi perempuan itu tanpa perlu dia tunjukkan apa-apa. Namun, sayang benar bila dia sendiri tunjukkan tahap mana letaknya diri. Moga dia sempat dapat hidayah sebelum mati.


Moga-moga aku tidak akan ketemu lagi spesies perempuan dan lelaki sebegini dalam hidup ni. Sebab aku tahu, aku memang tak mampu untuk terusan bersabar. Senafas lagi memang sabar itu berderai. Senafas sahaja lagi!

Mmmmmm manalah perginya lelaki yang budiman