Mek dan ayah dah berjaya habiskan puasa enam. Hanya anak Mek dan ayah je lagi belum sempurna puasa enam tu.
Sempena menyambut raya puasa enam (PakNgah Hamzah kata raya puasa enam mengelirukan orang bukan Islam, tapi nak panggil nama apa ya?), ayah mintak Mek masak sesuatu.
Mek yang comey itupun masaklah Nasik Kapit Sambal nyior untuk suaminya yang terchenta;
pinggan klasik bunga pepel yang sangat comey di mataku |
Anakanda Mek terchenta ni pulak meleleh ayaQ lior nengoknya dari Bangi.
Tau dak apakah bendanya yang dinamakan nasik kapit sambal nyior tu? Itu namanya nasi impit sambal kelapa. Fuhhhhhh! dah lama tak makan stail gini. Biasanya kuah kacang kan?
Kesian Mek, kesian ayah...nak buat nasi impit kuah kacang kan leceh sikit. nak kena goreng kacang tanah bagai. Tenaga dah susut. Bila tak ada siapa membantu, Mek masak benda-benda yang ringkas sahaja. Kalaulah anakandanya ni ada... (walaupun OKU, mampu lagi kot buat pelan-pelan) tapi jangan suruh aku masak kuah kacang tu sebab...kuah kacang Mek je yang sedap di tekakku. Anak Mek ni belum lulus lagi buat kuah kacang stail dia hu hu huhu
Lambat kan nak Raya Aidiladha? Tak sabooo nak balik kampung lagi. Mmmmmmm Aidilfitri hari tu tak ada peluang makan-makan dengan meriah gulai Mek. Cicah roti sedapppp hu hu hu hu mana nak cari?
2 ulasan:
sodap nih.... skrg yg bertema ala2 raya mmg nmpak sodap n best
Akak kite jumpe di raye aji plk yer. hehehehe....
Catat Ulasan