Jumaat, 10 Januari 2014

Cerita Warga Antarabangsa Di Malaysia


Ada dua cerita berlaku petang semalam masa balik kerja. Selepas waktu kerja, aku ke Warta sekejap, selain bayar bil brukban, pergi jenguk kalau-kalau milo dan Nescafe tawarkan harga murah di Giant. Buah tangan untuk balik kampong nanti.

Ceritera 1

Balik dari warta aku singgah Petronas bila lampu merah menyala. Petrol dah nak kering. Aku disapa oleh seorang pakcik asal Thailand yang jual keropok ikan.

Pakcik: Kak…beli keropok. Macam-macam ikan ada blab la bla…
Aku: Taka pa, terima kasih…esok ambo kelik kampong, buleh beli
Pakcik: Tak ser tolong saudara sana ka?

Aku senyum sahaja. Tak beli bukan sebab dia panggil aku “kakak” tapi buat masa ini tidak diperlukan sangat. Musim semua barang keperluan NAIK walaupun ada operasi TURUN dijalankan, tetiba aku rasa terlalu pentingkan diri sendiri sedangkan di selatan Thai sana bom meletup sana sini. Subhanallah! Hati sedang diuji ketika itu.


Ceritera 2

Masa aku buka pintu pagar nak masuk rumah, aku disapa dengan ramah oleh seorang bibik yang sedang menolak anak asuhannya dalam kereta sorong bayi.

Bibik: Buk! Ada pakai bibik tak?

Awalnya aku kehairanan, hati kecil mula syak kalau-kalau ada orang perasan yang aku selalu balik lambat. Bahaya maaaaa kalau dah diperhatikan!

Bibik: Kalau misalnya ibuk mau bersih-bersih, boleh aje mintak sama bibik

Ayat keduanya buatkan aku rasa lega. Ohhhh dah kerja pun masih juga mahu buat kerja sampingan.

Aku tunda tawaran Bibik itu bukan sebab dia panggil aku “ibuk”, mungkin akan digunakan juga suatu hari nanti. Rumah majikannya selang sebuah rumah sahaja dengan rumah aku duduk ni. Kalau rasa malas, bolehlah aku pergi ketuk rumah tu.


Berdasarkan dua peristiwa yang aku alami dalam masa tidak sampai 10 minit antara keduanya itu, aku terfikirkan sesuatu. Mmmmm mereka gigih mengumpul dana hari tua. Di tempat asing pula.



Khamis, 9 Januari 2014

Pembaca Berita TV3 Disamun, Suami Dipukul

Pembaca berita TV3 Azawate Zenol Abidin telah disamun di hadapan kediamannya di Kota Damansara jam 8.45 malam tadi. Dalam kejadian tersebut, suaminya cedera di bahu dan di kepala akibat dipukul dengan kayu apabila cuba menyelamatkan anak-anak mereka daripada diapa-apakan.

Kejadian yang berlaku dalam hujan renyai itu semasa mereka mahu keluar rumah untuk makan malam. Ketika itu, dua orang anaknya telah berada di dalam kereta. Jeritan Azawate menyebabkan 4 lelaki yang menaiki dua buah motosikal itu melarikan diri.

Berita lanjut dan gambar kecederaan suami pembaca berita TV3 Azawate Zenol Abidin boleh dilihat di blog Ondscene. Cerita awal di situ. Nak baca maklumat lebih panjang lebar dari tempat kejadian, sila baca Bersama Mazidul. Maklumat lebih tepat di situ.



PsssT: malam ni Malam Final Pencetus Ummah, di Astro Oasis 106, sejak pagi tadi macam-macam status facebook dapat lihat tentang rancangan realiti ini. Dah diumumkan juara Pencetus Ummah di Astro Oasis kan? Siapa Juara ek? Juara Pencetus Ummah dengarnya disandang oleh PU Hafiz, PU Shahul tempat kedua manakala PU Yeop menyandang tempat ke tiga. Tahniahlah kepada mereka. Lumayan jugak hadiah yang dibawa pulang tu…mintak sikit, boleh?

Perkhidmatan Kaunter Di Malaysia

Ohhhhh! Macam tajuk assignment je huh u hu huhu macam nak buah kajian dari Dana Kementerian Pengajian Tinggi je kan? Kan? Kan?

Kalau cerita pasal perkhidmatan kaunter, layanan di kaunter perkhidmatan...memang macam-macam cerita kita boleh dengar. Ada yang manis bila kena urat dek jejaka kacak di kaunter, namun ada juga yang alami nasib tak baik kena tengking bagai. Ada yang kata, kalau nak layanan mesra di kaunter, pergi aje kaunter GRO, memang terlebih mesra dan menyenangkan di kaunter sana. Aku tak pernah pergi, jadi aku tak tahu. Sila tanya orang lain untuk dapatkan pengesahan.

Kat pejabat aku yang dahulu, ada seorang anak dara manis (sekarang dah jadi mak dara) yang kulitnya putih melepak, tak payah pakai bedak macam hantu kak limah atau tepung gomak pun dia memang dah cantik. Sayangnya, sepanjang masa wajahnya MASAM.

Mulutnya sering kumat kumit berleter (kalau boleh dikatakan berleter). Sebenarnya dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri tentang keluh kesah hatinya. Mengomel. Membebel. Mencemuh. Mengeji. Hanya dia sahaja yang tahu. Orang lain tak dengarpun buah butirnya.

Dia sering beranggapan orang yang berurusan dengannya hanya mahu menyusahkannya sahaja. Hanya tahu bagi arahan. Hanya reti memaksa dia lakukan semua urusan dengan cepat. Dia umpama hamba yang kena buat semua kerja untuk orang lain. Jadinya sepanjang masa wajahnya masam. Muram. Dia tak gembira dengan kerjanya. Dia rasa terbeban. Dia rasa orang sedang menindas dia, terutama orang yang lebih tinggi pangkatnya dari dia.Hakikatnya, tidak begitu. Semua orang mesra dengan dia.

Awalnya aku hanya melihat dan memerhati sahaja. Namun, lama kelamaan, aku rimas. Aku simpati. Rimas sebab dia sepatutnya kelihatan menawan dan jelita dengan wajahnya yang ayu itu, tetapi kecantikan itu terpadam dek herot mulutnya membebel sensorang itu. Dek mukanya yang masam itu.

Satu hari aku berikan dia satu borang untuk satu latihan di NIOSH, Bangi. Aku gelarkan latihan tersebut sebagai kursus senyum. Ajaibnya, bila dia masuk semula kerja beberapa minggu selepas itu, aku dapati dia kelihatan ceria, riang dan lebih positif. Malah, dia sudah pandai berjenaka dengan rakan sekerja yang lain.

Kejelitaannya memang terserlah. Kini, dia dah jadi penolong pegawai. Dia dah boleh uruskan kerja yang lagi susah dari kerjanya sebelum itu. Malah, dia boleh berkomunikasi dengan orang-orang yang berpangkat dengan lebih selesa. Dengan yakin dan bermotivasi.



Sebenarnya, aku tulis tentang ini kerana pengalaman menunggu di kaunter Pos Malaysia di Hentian Kajang selama lebih tiga jam. Yaaaa…hanya lebih tiga jam sahaja. Macam-macam perangai orang aku nampak dari yang jenis suka tipu nombor giliran (bila tak ada orang ke kaunter ketika angka giliran timbul, dia mula mencelah), tetapi semalam tiga orang dah kantoi bila kerani pos itu mintak tunjukkan nombor giliran mereka, hinggalah kepada yang jenis selamba zirafah, tenuk, kanggaru, gajah, siamang tok nenek dia je serbu kaunter tanpa rasa bersalah dengan puluhan orang lain yang masih menunggu.

Mungkin ada orang beranggapan bila kita kacak jelita berpakaian kemas macam pak menteri, makanya kita boleh berbuat sebegitu di tempat awam dengan alasan mengejar waktu. Cara itu umpama menyatakan bahawa orang lain itu suka buang masa berbanding kita…

Rabu, 8 Januari 2014

Video Pembersihan Runtuhan Tebing di Jalan Mahameru

Berikut adalah video kerja-kerja pembersihan kawasan runtuhan tebing di jalan Mahameru yang sedang giat dijalankan.



Dalam hujan renyai mereka berkerja ya... silalah berterima kasih kepada pahlawan tidak didendang ini...

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat memasang penghadang konkrit setinggi 0.9 meter di tebing bukit yang runtuh di Lebuhraya Mahameru. Penghadang itu akan dipasang secara dua lapisan bagi mengelakkan runtuhan berterusan.

Rakaman awal tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru



video tanah runtuh di lebuhraya Mahameru




Laporan tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru setakat jam 11.00 malam



Harapnya dah boleh digunakan.

Gambar Runtuhan Tebing Di Jalan Mahameru

Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan ekoran tanah runtuh di Jalan Mahameru di sini, Selasa. Kejadian berlaku di kawasan berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghala ke Parlimen termasuk jalan Istana lama. Orang ramai yang hendak ke kawasan itu ketika ini dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Parlimen sebelum mereka tembus di Bulatan Segambut.

Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru, iaitu dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ditutup sementara berikutan kejadian tanah runtuh di tebing berhampiran kira-kira 5.20 petang dipercayai berpunca daripada hujan lebat pada sebelah petang. Runtuhan seluas 10 x10 meter persegi itu  menutupi jalan, menyebabkan kesesakan teruk.

Cik Bintang ada WhatsApp gambar runtuhan tebing di jalan Mahameru petang tadi;


Berikut gambar-gambar runtuhan tebing di jalan Mahameru hingga menyebabkan kesesakan teruk;











pesta lampu brek...satu Kuala Lumpur sesak bila jalan mahameru ditutup akibat tanah runtuh

Mengikut berita radio, pihak berkuasa akan membina tebing konkrit malam ni juga bagi menghadang runtuhan tebing berlaku semula. Boleh bayangkan mereka berkerja malam-malam buta ni untuk keselesaan pengguna esok hari agar tidak sesak lagi. Agar jalan ini boleh digunakan macam biasa esok.