Memaparkan catatan dengan label cerita orang kaunter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita orang kaunter. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

Perkhidmatan Kaunter Di Malaysia

Ohhhhh! Macam tajuk assignment je huh u hu huhu macam nak buah kajian dari Dana Kementerian Pengajian Tinggi je kan? Kan? Kan?

Kalau cerita pasal perkhidmatan kaunter, layanan di kaunter perkhidmatan...memang macam-macam cerita kita boleh dengar. Ada yang manis bila kena urat dek jejaka kacak di kaunter, namun ada juga yang alami nasib tak baik kena tengking bagai. Ada yang kata, kalau nak layanan mesra di kaunter, pergi aje kaunter GRO, memang terlebih mesra dan menyenangkan di kaunter sana. Aku tak pernah pergi, jadi aku tak tahu. Sila tanya orang lain untuk dapatkan pengesahan.

Kat pejabat aku yang dahulu, ada seorang anak dara manis (sekarang dah jadi mak dara) yang kulitnya putih melepak, tak payah pakai bedak macam hantu kak limah atau tepung gomak pun dia memang dah cantik. Sayangnya, sepanjang masa wajahnya MASAM.

Mulutnya sering kumat kumit berleter (kalau boleh dikatakan berleter). Sebenarnya dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri tentang keluh kesah hatinya. Mengomel. Membebel. Mencemuh. Mengeji. Hanya dia sahaja yang tahu. Orang lain tak dengarpun buah butirnya.

Dia sering beranggapan orang yang berurusan dengannya hanya mahu menyusahkannya sahaja. Hanya tahu bagi arahan. Hanya reti memaksa dia lakukan semua urusan dengan cepat. Dia umpama hamba yang kena buat semua kerja untuk orang lain. Jadinya sepanjang masa wajahnya masam. Muram. Dia tak gembira dengan kerjanya. Dia rasa terbeban. Dia rasa orang sedang menindas dia, terutama orang yang lebih tinggi pangkatnya dari dia.Hakikatnya, tidak begitu. Semua orang mesra dengan dia.

Awalnya aku hanya melihat dan memerhati sahaja. Namun, lama kelamaan, aku rimas. Aku simpati. Rimas sebab dia sepatutnya kelihatan menawan dan jelita dengan wajahnya yang ayu itu, tetapi kecantikan itu terpadam dek herot mulutnya membebel sensorang itu. Dek mukanya yang masam itu.

Satu hari aku berikan dia satu borang untuk satu latihan di NIOSH, Bangi. Aku gelarkan latihan tersebut sebagai kursus senyum. Ajaibnya, bila dia masuk semula kerja beberapa minggu selepas itu, aku dapati dia kelihatan ceria, riang dan lebih positif. Malah, dia sudah pandai berjenaka dengan rakan sekerja yang lain.

Kejelitaannya memang terserlah. Kini, dia dah jadi penolong pegawai. Dia dah boleh uruskan kerja yang lagi susah dari kerjanya sebelum itu. Malah, dia boleh berkomunikasi dengan orang-orang yang berpangkat dengan lebih selesa. Dengan yakin dan bermotivasi.



Sebenarnya, aku tulis tentang ini kerana pengalaman menunggu di kaunter Pos Malaysia di Hentian Kajang selama lebih tiga jam. Yaaaa…hanya lebih tiga jam sahaja. Macam-macam perangai orang aku nampak dari yang jenis suka tipu nombor giliran (bila tak ada orang ke kaunter ketika angka giliran timbul, dia mula mencelah), tetapi semalam tiga orang dah kantoi bila kerani pos itu mintak tunjukkan nombor giliran mereka, hinggalah kepada yang jenis selamba zirafah, tenuk, kanggaru, gajah, siamang tok nenek dia je serbu kaunter tanpa rasa bersalah dengan puluhan orang lain yang masih menunggu.

Mungkin ada orang beranggapan bila kita kacak jelita berpakaian kemas macam pak menteri, makanya kita boleh berbuat sebegitu di tempat awam dengan alasan mengejar waktu. Cara itu umpama menyatakan bahawa orang lain itu suka buang masa berbanding kita…