Memaparkan catatan dengan label kerja kuat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja kuat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Cerita Warga Antarabangsa Di Malaysia


Ada dua cerita berlaku petang semalam masa balik kerja. Selepas waktu kerja, aku ke Warta sekejap, selain bayar bil brukban, pergi jenguk kalau-kalau milo dan Nescafe tawarkan harga murah di Giant. Buah tangan untuk balik kampong nanti.

Ceritera 1

Balik dari warta aku singgah Petronas bila lampu merah menyala. Petrol dah nak kering. Aku disapa oleh seorang pakcik asal Thailand yang jual keropok ikan.

Pakcik: Kak…beli keropok. Macam-macam ikan ada blab la bla…
Aku: Taka pa, terima kasih…esok ambo kelik kampong, buleh beli
Pakcik: Tak ser tolong saudara sana ka?

Aku senyum sahaja. Tak beli bukan sebab dia panggil aku “kakak” tapi buat masa ini tidak diperlukan sangat. Musim semua barang keperluan NAIK walaupun ada operasi TURUN dijalankan, tetiba aku rasa terlalu pentingkan diri sendiri sedangkan di selatan Thai sana bom meletup sana sini. Subhanallah! Hati sedang diuji ketika itu.


Ceritera 2

Masa aku buka pintu pagar nak masuk rumah, aku disapa dengan ramah oleh seorang bibik yang sedang menolak anak asuhannya dalam kereta sorong bayi.

Bibik: Buk! Ada pakai bibik tak?

Awalnya aku kehairanan, hati kecil mula syak kalau-kalau ada orang perasan yang aku selalu balik lambat. Bahaya maaaaa kalau dah diperhatikan!

Bibik: Kalau misalnya ibuk mau bersih-bersih, boleh aje mintak sama bibik

Ayat keduanya buatkan aku rasa lega. Ohhhh dah kerja pun masih juga mahu buat kerja sampingan.

Aku tunda tawaran Bibik itu bukan sebab dia panggil aku “ibuk”, mungkin akan digunakan juga suatu hari nanti. Rumah majikannya selang sebuah rumah sahaja dengan rumah aku duduk ni. Kalau rasa malas, bolehlah aku pergi ketuk rumah tu.


Berdasarkan dua peristiwa yang aku alami dalam masa tidak sampai 10 minit antara keduanya itu, aku terfikirkan sesuatu. Mmmmm mereka gigih mengumpul dana hari tua. Di tempat asing pula.