Isnin, 23 September 2013

Kerajaan Cadang Naik Harga Gula


Minggu lepas, rakan serumah aku yang manis itu balik sambil jinjing neskafe ais. Dia jarang minum ais, tapi bila dah dahaga sangat, tetap kena cari juga. Jadi, minumnya tu tak adalah banyak sangat. Boleh kongsi dengan aku lagi separuhnya.

“Akak tau dak teh ais ni harga berapa dah?”

“Berapa?”

“RM2.50,”

Errrrr...itu harga selepas dua hari kenaikan harga minyak petrol. Menteri kata tak ada kenaikan harga barang selepas harga minyak petrol diumumkan naik 20 sen.

Hari ni, kerajaan cadang naik harga gula dengan melakukan pengurangan subsidi gula secara berperingkat. Alasannya: sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Bagus betul menteri di Malaysia ni kan? Ayam mahal, suruh rakyat dia tak payah makan ayam. Sayur mahal, menteri kata rakyat kena tanam sayur belakang rumah. Petrol naik harga 20 sen, menteri suruh rakyat kayuh basikal. Rakyat berdiabetik, suruh naikkan harga gula. Esok lusa, tepung pulak naik harga, maka menteripun berpantunlah kata "usah makan roti canai, pi makan capati" yaaaanaaaa deyyyyy!

Bila harga rumah naik, menteri kata...pergilah bina rumah dalam hutan belantara sana, tak payah dok bandar kan? Aku dok nampak bil letrik kat rumah aku mencanak naik berbanding biasa, tapi menteri kata tarif letrik tak naik. Heran jugak aku...apa yang naik sebenarnya. Komen lebih kang, menteri akan kata “gunalah pelita ayan kalau tak mau bayar letrik” Aku agak ajelah! Ikut situasi semasa gitulah menteri akan kata.

Cumanya, aku dok heran juga apa guna bina Bakun bukan main besar, tenggelamkan kawasan hutan sebesar singapura, kemudian bina pulak MuruM, tapi...letrik naik harga juga hu hu hu hu



Errrrr...entri ni pasal harga guna naik naik, bukan pasal Bakun, Murum atau tarif letrik. Bukan jugak pasal apa akan jadi 20 tahun akan datang. Hilang fokus pulak!


Komen aku: Tak payahlah komen apa-apa! Tunggu aku jadi menteri dulu, boru sedap lemak berkrim sikit nak komen.



 

Jumaat, 20 September 2013

Aku Ada Kamu


Hari Jumaat yang berkat. Walaupun kepala masih wenggg, namun aku bersyukur kepadaMu;



Aminnnn.


Khamis, 19 September 2013

Tak Sabar Menunggu Malam Jumaat


Ini entri hari Khamis...esok Jumaat 20 September 2013. Yaaaaa entri betapa tak sabarnya aku menunggu malam Jumaat.
 
Seminggu dua ni, aku bertungkus lumus berjuang, dengan tidur tak menentu...makan tak tentu hala tapi sebenarnya stress yang melampau itu telah menyebabkan selera makan aku bertambah dengan mendadak...sekarang  ni dah fobia nak tengok penimbang. Akhirnya malam Jumaat pun tiba. Insha Allah, kekurangan tidur selama dua minggu itu boleh aku qada malam ni, boleh tidur tak ingat dunia untuk seketika sebelum meneruskan perjuangan semula.

Fuhhhhhh! Ayat tak edit, terus taip di templet dan publish di blog. Kali pertama buat, harapnya tak ada kesilapan hu hu hu hu hu
 
Minggu depanlah sambung cerita apa-apapun, hari ni nak kena pergi Lembah Pantai sat sebelum ada peluang tarik selimut peluk bantak lepas isyak malam nanti.
 
Kalau daku sunyi sepi di FB malam ni maknanya...daku tengah lukis mimpi indah berlari-lari kejar biri-biri putih di lereng gunung bersama KHirtik Roshan ;)
 
Lambatnya malam Jumaat nak datang!
 
 
Setelah bertungkus

Ahad, 15 September 2013

Yang Tak Habis Raya Hari Tu Ek?


Walaupun hari ni panas tentang berita polis tembak isteri dan bapa mertua di Johor, tapi aku nak tulis pasal benda lain.

Kisah ni kisah musim sambutan syawal hari tu. Kenapa baru tulis?

Jawapannya mudah je; bersihkan hati dulu. Bimbang entri aku jadi berapi kalau tulis terus, maklumlah….kita hanya manusia. Tak boleh lari dari emosi dan sentap.

Sentapppppp????? Apa kes?

Musim Syawal @ Aidilfitri lepas, pejabat aku buat jamuan raya. Kutip sorang RM25, kemudian buat cara potluck. Bila dah kutip duit, tak ada maknalah ada yang nak menyumbang makanan lain lagi kan?

Hidangannya macam hidangan raya yang lain…lemang, rendang, kuah kacang, nasi impit, lontong, ada laksa johor dan kambing golek. Bagi aku yang tak berapa nak makan kambing, lontong dan laksa johor, makanya tak ada apa yang boleh aku makan. Ada lemang je pun cukup kot untuk aku.

Dalam dok meting segala tu, ada yang tanya aku “Tak bawa kerepek ke?”
 

Mmmmm...dia teringin nak rasa kot!
 
Asalnya memang tak terlintas ingatan pun nak bawa kerepek sebab bekalan kerepek memang dah habis sebelum raya lagi. Kat rumah aku hanya ada sebungkus kecil sahaja. Untuk makan sendiri sebab sejujurnya dalam dok packing dan angkut kerepek tu, tak ada rasa nak mengunyahpun. Simpan aje se pack kalau-kalau aku nak makan.

Cik Bintang kata “Nanti saya ambik yang baru…hujung minggu ni sampai,”. Selesai masalah aku. Tugas aku hanya pergi cari balang untuk isi. Tak kan nak letak dengan plastik macam tu. Kalau letak dalam taperware, tak pepasal taperware aku yang tak berapa nak adanya itu akan ghaib.

Akhirnya, siap 3 balang. Aku bawa ke pejabat sehari sebelum jamuan dan tinggalkan dengan staf pejabat sebab masa hari jamuan tersebut kemungkinan aku akan lambat adalah sangat tinggi. Pagi tu aku kena pergi Lembah Pantai dulu. Makan, bila-bilapun boleh…kalau ada rezeki tak ke mana.

Masa serahkan kerepek tu, aku dapat satu pertanyaan bonus raya, iaitu “Ni kerepek tak habis raya hari tu ek?”

Sentap tak? Sentap tak????
 
 
biasanya kampeni nak kerepek packing macam ni...
 
 
Susah payah Cik Bintang pi beli baru, bawak datang Bangi lagi…siap dia sponser kerepek lagi untuk jamuan raya tu, tak sangka pulak niat itu dicurigai.

Kepada rakan-rakan yang beli kerepek dengan kami di Kerepek Raya Rembow, biasanya aku akan pesan “kalau tak rangup dan lemau, sila bagi tahu. Insha Allah kami ganti yang baru,” kerana ada masanya ketika packing tu ada kecacatan.

Aku suka makan kerepek. Aku tahu macam mana rasanya bila makan kerepek yang lemau atau masuk angin. Tak best. Tak rangup. Tak ada kepuasan maksima.

Kami tak simpan stok lama nak elak lemau dan masuk angin. Untuk Aidiladha, kami akan naikkan iklan minggu depan dengan kos baru. Masa Aidilfitri lepas kami berjaya tak naikkan harga walaupun harga di kilang dah naik, namun bila berlaku kenaikan petrol 20 sen itu, kami kena kira semula kos. Harapnya tak banyak beri kesan.
 
Kami ambil stok sebelum penghantaran. Setakat ni tak ada kes lemau dan masuk angin kecuali lambat sedikit penghantarannya. Harap maklum.
 
Okeh, aku tahu semua ini ujian hati!
 
 
 
 

Sabtu, 14 September 2013

Bajet 2014 dan Kata Menteri Belanjawan


Bajet 2014 dibentangkan bulan depan. Semua orang dok teruja tunggu apa bakal berlaku. Mana arah tuju dan langkah kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi serta ekonomi negara.

Ikut kata menteri memanglah mereka kata bajet 2014 nanti bakal menekankan bantuan bukan berbentuk pemberian wang tunai untuk meringankan beban golongan menengah bawah. Kononnya sekarangnya RM24 bilion subsidi bahan api ditanggung kerajaan hanya dinikmati golongan kaya dan menengah atas. Golongan marhaen macam aku ni dok melongo je tengok keselesaan hidup orang lain. Itu yang kena jual kerepek raya tu…nak kaver mana yang tak cukup terutama KEREPEK musim perayaan. Paling tidak, dapatlah juga kami beraya dengan kerepek.

Dikatakan pemilikan rumah khususnya rumah mampu milik, penyediaan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak serta ekonomi inovasi dan kreativiti sebagai pelaburan masa depan, turut diberi perhatian dalam bajet belanjawan 2014.

Bila petrol dan diesel naik 20 sen, mencanak pulak nilai hartanah seperti rumah naik. Nampak macam kecil je 10-15 peratus tu, tapi untuk rakyat marhaen macam aku, meleleh je la air liur nak beli sekangkang dua tanah buat kebun tanam serai halia bagai. Nak beli rumah mewah semi D atau bangle, apalagi istana, memang tak payah mimpi melainkan pergi ngorat lelaki kaya tak ada waris…ada sesiapa tak kat sini? Sila lapor diri ya…daku nak ngorat. Kalau Berjaya, tak perlu fikir lagi apa akan jadi 20 tahun akan datang…. Tak payah dah jual diri!

Aku ni, matematik tambahan pun gagal, apalagi nak analisis ekonomi Negara dan dunia. Tapi, paling tidak aku tahu jugalah beberapa janji yang tak tertunaipun terutama dalam bab penurunan kadar bayaran cukai. Macam mana aku sedar? Sebab aku kira secara manual…aku tak klik klik online yang Nampak macam canggih tu tapi kita tak sedarpun macam mana cara depa kira. Andai kalian kira secara manual, kalian akan tahu betapa tingginya peratus bayaran cukai pendapatan tahunan yang kita kena bayar.

Kalau boleh memang nak Nikmati faedah Bajet 2014 sepenuhnya, namun berikanlah kami yang tak berapa nak ke atas ni tarik nafas sikit. Walaupun ramai kata petrol yang naik 20 sen SAHAJA itu masih mampu didepati dek rakyat marhaen sekalipun, kasihanilah kami dengan bermacam cukai yang kena potong ni. Cukai jalan tu memang sah lah kena bayar. Cukai pendapatan pun bukannya kami nak lari. Namun, kalau makan di KFC pun kena bayar cukai, paling tak boleh blah bila ada cukai perkhidmatan di kedai satey layan diri…layanannya tak seberapa, premisnya taklah bersih mana tapi cukainya tak pernah kurang dari RM3 dengan harga sateynya dah jadi 70 sen secucuk. Aku sebenarnya hidup di German ke Malaysia?

Di German, nak masuk tandas kena bayar RM3.60 (tukaran semasa ketika itu) tak apalah. Tandasnya nak golek baring pun boleh. Alas duduk mangkuk jambannya automatik dibersihkan tiapkali digunakan, siap dengan anti septic segala. Di tempat kita? Harapkan masuk jamban RM2 tapi bau tak payah cakap, siap tersumbat lagi.

Errrr aku tahu, lepas ni akan ada yang kata “pi lah dok German!”

Sejuta tahun dari sekarang pun Malaysia tak akan maju kalau begitulah tahap pemikiran kita. Tapi itulah…nak buat macam mana. Kepimpinan melalui tauladan. Memang suratan takdir Allah taala lah segala apa yang berlaku di langit dan di bumi ini. Petrol dan harga barang melambung naikpun suratan Allah jualah adanya. Maka bersyukurlah kita kerana masih lagi hidup di Negara yang aman walaupun dalam sehari berlaku lima enam kejadian pecah rumah atau ragut di bangi ni.

Cakap banyakpun tak guna, bukan salah takdirpun…salah diri sendiri juga tak mahu jadi ahli politik. Tak nak bertanding pilihanraya dan jadi menteri. Kalau tak, kan mudah!

Kalau aku jadi menteri, entah-entah setiap hari harga petrol dan diesel naik. Sesiapa yang bantah, aku hantar je ke Syiria atau Mesir supaya golongan yang tak setuju ni reti bersyukur. Paling tidak mereka boleh mati syahid menegakkan agama Allah. Ya dak?

Okeh, berangan tak payah bayar! Sebelum lebih panjang lagi aku melalut…baik aku letak tanda TITIK je kat sini. NOKTAH.