Ini entri hari Khamis...esok Jumaat 20 September 2013. Yaaaaa entri betapa tak sabarnya aku menunggu malam Jumaat.
Seminggu dua ni, aku bertungkus lumus berjuang, dengan tidur tak menentu...makan tak tentu hala tapi sebenarnya stress yang melampau itu telah menyebabkan selera makan aku bertambah dengan mendadak...sekarang ni dah fobia nak tengok penimbang. Akhirnya malam Jumaat pun tiba. Insha Allah, kekurangan tidur selama dua minggu itu boleh aku qada malam ni, boleh tidur tak ingat dunia untuk seketika sebelum meneruskan perjuangan semula.
Fuhhhhhh! Ayat tak edit, terus taip di templet dan publish di blog. Kali pertama buat, harapnya tak ada kesilapan hu hu hu hu hu
Minggu depanlah sambung cerita apa-apapun, hari ni nak kena pergi Lembah Pantai sat sebelum ada peluang tarik selimut peluk bantak lepas isyak malam nanti.
Kalau daku sunyi sepi di FB malam ni maknanya...daku tengah lukis mimpi indah berlari-lari kejar biri-biri putih di lereng gunung bersama KHirtik Roshan ;)
Lambatnya malam Jumaat nak datang!
Setelah bertungkus