Ahad, 4 Mac 2012

Mop Lantai Dengan Kura-kura Hensem?


Sambil mop lantai yang dah melekit semalam
buka TV9 kuat-kuat dan dengar promo pasal filem Cinta Kura-Kura
aku memang suka tengok di Sebalik Tabir pembikinan sesebuah filem
tak tengok filem keseluruhannya pun tak apa
dapat tengok pembikinan sesebuah filem lagi buat teruja
sebab semua tu tak ada dalam filem

dari sebalik tabir ini juga boleh buat aku teruja
nak tengok filem sebenar sebab nak tengok juga hasil
setelah macam-macam cara mereka buat
kalau filem luar terutama bila Jacky Chan berlakon
aku memang tak akan lepaskan peluang
sebabnya aksi pelakon selama beberapa hari itu
bila ditonton tak sampai seminitpun

Cinta Kura-Kura
   


Filem Cinta Kura-Kura diterbitkan KRU Studios Sdn. Bhd.
tak kan tak tahu siapa yang empunya tak lain tak bukan
adik beradik Norman, si pengantin baru Yusry dan Edry Abdul Halim
pelakonnya terdiri daripada Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Raja Lawak,
Shy8 (Ucop Wilcha), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz dan lain-lain
manakala pengarah dan penulisnya Nizam Zakaria
filem cereka ini dikategorikan dalam genre komedi romantik
filem ni dah ditayangkan pada 01 Mac 2012 lepas
setakat ni aku belum sempat nak tengok komen
orang yang dah pergi tengok kehebatan kura-kura ni di pawagam


 Pencinta Terbaik OST Cinta Kura-kura


Sinopsis filem Cinta Kura-Kura:

Nani (Tiz Zakyah) baru berpindah ke rumah abangnya, Amin
bersama binatang peliharaannya seekor kura-kura bernama Nico.
Adam yang menjadi jirannya telah jatuh hati pandang pertama
tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha
mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Nico adalah spesies kura-kura terancam yang mempunyai kelebihan luar biasa
iaitu boleh bercakap (sekiranya mahu)
pada masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya, Fadzly
Fadzly ni seorang pengurus kedai haiwan, tetapi
dia sebenarnya mempunyai motif jahat iaitu nak culik Nico
yang akan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini
menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico,
disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
dalam filem ini juga Tiz Zaqyah Nampak menjiwai watak Nani
seorang anak gadis berusia 21 tahun yang ceria
comel je dia…yang aku perasan adalah,
filem ini mempunyai pengarah konsep dan pakaian
bukannya pakai tangkap muat aje
maklumlah, bukan mudah nak tampilkan konsep remaja
bukan mudah nak tonjolkan suasana ceria
tak percaya? Jom kita tengok pakaian Tiz yang warna warni tu…

Errr...sebenarnya taklah teruja sangat nak masuk panggung
berbanding filem Merong mahawangsa dan Magika sebelum ni
mungkin...sebab aku dah tak remaja lagi kot
Opsssss! bukan umoQ aku masih 17tahun ke?



Sabtu, 3 Mac 2012

Malaysia Bakal Muflis?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
bimbang Malaysia mungkin alami kesukaran kewangan yang serius
atau muflis jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja.
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini,
berapa banyak kenaikan gaji baru SBPA selepas semakan
Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan
pelbagai manfaat cara boros tidak boleh berterusan kalau tak nak muflis

Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti;
cuti hujung minggu dan cuti umum, produktiviti akan menurun.
Belum termasuk cuti gentian bagi cuti yang jatuh pada hari Ahad
kerja pada hari cuti akan guna kos lebih,
sumbangan kepada KWSP dan kadar pencen lagi
elaun pulak macam-macam

kalau tanya aku yang GAGAL matematik tambahan masa sekolah dulu,
tambahlah lagi elaun, banyaklah lagi kenaikan gaji
yang elaun banyak, yang gaji naik banyak tu…
bukannya golongan marhaen macam aku
tapi orang lain. Golongan yang lain itu
aku pun nak juga rasa gaji lebih sikit dari biasa
nak juga minum yogourt seketul sehari
nak juga makan ayam goreng kentaki  
nak jugak makan steak sekali sekala
asyik asyik telur ayam goreng dengan kicap tamin
nak makan kicap kipas udang pun dah tak mampu

kesan kepada Negara? Janganlah Tanya aku
aku kan GAGAl matematik tambahan masa SPM dulu
manalah reti aku kira campur tolak darab bahagi
adussss itupun nak kena cakap ke?
Faham-faham sendiri tak leh? 

Jumaat, 2 Mac 2012

Potongan 50 Peratus BUku-buku Terbitan DBP


Aku memang lebih suka baca buku-buku terbitan Dewan bahasa dan Pustaka
Berbanding penerbit lain, Tak tahu kenapa…
mungkin sebab aku didedahkan dengan buku-buku DBP
sejak mula rajin membaca
masih juga baca bulu terbitan lain tetapi setelah melakukan saringan ketat

salah satu faktor aku suka baca buku-buku DBP sebab
tatabahasa dan penggunaan perkataannya ikut bahasa Melayu  standard
bahasa singkat, pendek dan campuran tek berapa ngam dengan aku
ini kira dah set dalam kepala tentang jenama

aku ada hebahkan hal ini di FB
sesiapa yang nak beli buku-buku terbitan DBP
dengan potongan harga 50% tanpa mengira tahun terbitan
[ini yang buat aku sangat teruja sebenarnya
Biasanya mereka bagi diskaun mengikut tahun terbitan
Bahan bacaan yang lama sahaja ada potongan sampai banyak begitu
Yang terkini hanya 10 peratus sahaja]
bolehlah datang beramai-ramai ke PKNS Bangi
sekarang ni Kedai Buku Syabab sedang buat PesTa Buku
mensasarkan jualan hingga tiga juta buah buku.
Fuhhhhh...kalau tercapai sasaran tu, kagum betul aku!

Hanya buku-buku terbitan DBP sahaja ditawarkan potongan harga sebegitu
Buku-buku lain paling banyakpun sekadar 15% hingga 20% sahaja
Pesta Buku Bangi ni dah bermula sejak 23 Februari 2012 lepas lagi
akan berakhir pada 11 Mac 2012
masih ada masa lagi…bagi sesiapa yang masih berbaku Voucer Buku Percuma tu
boleh habiskan kat sini
tak ada voucer buku pun tak apa…beli tunai je

Jommm reramai kita pi angkut buku
Aku baru ambil voucer buku 1Malaysia Rabu lepas
Bolehlah memborong hujung minggu ni…
Kalau ada sesiapa nak ikut sama memeriahkan suasana tu
Bolehlah dating ramai-ramai…ambil aura pun tak apa


Khamis, 1 Mac 2012

Tol di Plaza Tol Batu 9 Cheras-Kajang Dimansuhkan Tengah Malam Ni


Berita gembira bagi pengguna yang selalu guna jalan Kajang-Cheras
Ke Kuala Lumpur
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan
bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9
dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang,
berkuat kuasa tengah malam ini.
pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.



PsssT: 
adik-adik kita yang tengah tunggu Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 mesti tengah berdebar tak kena nak duduk kerana akan diumumkan Rabu depan.

calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing
mulai jam 12 tengah hari, calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
boleh juga menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
taip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Atau layari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my
mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan
akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari
di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM.
46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan,
1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.

Berdebar-debar tak? Gemuruh tak? Mmmmm lambat lagi tu
Tak lena tidurlah…mandi tak basahlah…makan tak kenyang tuuuu



CucuQ Badak yang Tak Ada Badak Pun Atasnya

Kisah Sabtu lepas yang panas
tekak memang asyik nak makan segala benda yang sedap aje
tak mahu pulak yang orang jual pasar malam tu
macamlah bila buat sendiri tu sedap bebenor
padahal…tak pernah buat pun
[faktor utama, nak  makan yang panas-panas]
inilah perangai tak boleh blah aku
selalu perasan kalau aku buat sendiri akan jadi lebih sedap
dari yang orang jual

Setelah  merengek manja terguling golek bagai
[sila jangan percaya!]
Cik Bintang belikan keledek, nak buat CucoQ Badak
yang dah pasti tak akan jumpa badak di atasnya
dah rebus keledek bagai baru teringat nak google cara buat inti
sila ingat ya, ni pertama kali aku membika itu cucuQ Badak
akhirnya kena berlari-lari tenuk ke Giant cari bahan-bahan
malamnya baru operasi dimulakan
akhirnya terciptalah Sebadak kuih yang tak ada badakpun di atasnya
pertama kali buat dalam hidup, ginilah rupanya;



Resipi Cucur Badak Cara Anyss yang pakai bantai aje adalah seperti berikut;

Bahan-bahan:
3 ketul keledek direbus dan dilenyek
5 sudu tepung gandum
Secubit garam

Bahan-bahan inti:
3 batang serai
Setengah biji kelapa parut
Sepeket kecil udang kering sederhana besar
[ramai guna udang jeragau. Nak sedap guna udang kering]
10 ekor udang basah [ini anak tekak punya idaman, orang lain tak letak]
10 biji cili kering [pedas baru khaw khaw kan?]
5 ulas bawang putih [sebab ulas dia kecil]
1 ulas bawang besar atau 5 ulas bawang merah
Garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara buat:
Uli gandum dengan ubi keledek yang dah lenyek bersama secubit garam
untuk kulitnya tanpa guna air.

cara buat inti:
Blander serai, cili kering, bawang, udang kering hingga lumat
Masukkan udang besar yang dah bersih dan potong kecil
Blander semula tetapi jangan terlalu lumat udang basah itu
Masukkan kelapa parut
Terus blander tetapi sekejab sahaja, jangan sampai lumat
Masukkan dalam kuali atau periuk, jerang atas api kecil
Masukkan gula, garam dan air asam jawa secukup rasa
Didihkan hingga masak dan kering airnya
Sentiasa kacau hingga masak dan sebati.

Bentukkan doh yang telah diuli dan masukkan inti di dalamnya
Gunakan sedikit minyak masak jika adunan melekat di tangan
nak nampak cantik bentuknya,
guna plastic rokrak atau plastic gelenyar untuk membentuknya
goreng dalam  minyak dengan api yang sederhana
angkat bila warna kekuningan dan keemasan
sangat sedap dimakan dengan neskepe panas ;)

itulah dia resipi campak-campak yang aku buat
walaupun pertama kali buat tapi anak tekak ni macam nak telan lagi
kebetulan inti masih ada lagi, disejukbekukan
minggu depan kita lanyak lagi badak itu hu hu hu
jommmm…reramai kita memBadak selepas MenCek Mek Molek la la la