Kisah Sabtu lepas yang
panas
tekak memang asyik nak
makan segala benda yang sedap aje
tak mahu pulak yang orang jual pasar malam tu
macamlah bila buat
sendiri tu sedap bebenor
padahal…tak pernah buat
pun
[faktor utama, nak makan yang panas-panas]
inilah perangai tak
boleh blah aku
selalu perasan kalau aku
buat sendiri akan jadi lebih sedap
dari yang orang jual
Setelah merengek manja terguling golek bagai
[sila jangan percaya!]
Cik Bintang belikan
keledek, nak buat CucoQ Badak
yang dah pasti tak akan
jumpa badak di atasnya
dah rebus keledek bagai
baru teringat nak google cara buat inti
sila ingat ya, ni pertama kali aku membika itu cucuQ Badak
akhirnya kena
berlari-lari tenuk ke Giant cari bahan-bahan
malamnya baru operasi
dimulakan
akhirnya terciptalah
Sebadak kuih yang tak ada badakpun di atasnya
pertama kali buat dalam
hidup, ginilah rupanya;
Resipi Cucur Badak Cara Anyss yang pakai bantai aje adalah seperti berikut;
Bahan-bahan:
3 ketul keledek direbus
dan dilenyek
5 sudu tepung gandum
Secubit garam
Bahan-bahan inti:
3 batang serai
Setengah biji kelapa
parut
Sepeket kecil udang
kering sederhana besar
[ramai guna udang
jeragau. Nak sedap guna udang kering]
10 ekor udang basah [ini
anak tekak punya idaman, orang lain tak letak]
10 biji cili kering [pedas baru khaw khaw kan?]
5 ulas bawang putih [sebab ulas dia kecil]
1 ulas bawang besar atau 5 ulas bawang merah
Garam, gula dan air asam
jawa secukup rasa
Minyak masak untuk
menggoreng
Cara buat:
Uli gandum dengan ubi
keledek yang dah lenyek bersama secubit garam
untuk kulitnya tanpa
guna air.
cara buat inti:
Blander serai, cili
kering, bawang, udang kering hingga lumat
Masukkan udang besar
yang dah bersih dan potong kecil
Blander semula tetapi
jangan terlalu lumat udang basah itu
Masukkan kelapa parut
Terus blander tetapi
sekejab sahaja, jangan sampai lumat
Masukkan dalam kuali
atau periuk, jerang atas api kecil
Masukkan gula, garam dan
air asam jawa secukup rasa
Didihkan hingga masak
dan kering airnya
Sentiasa kacau hingga
masak dan sebati.
Bentukkan doh yang telah
diuli dan masukkan inti di dalamnya
Gunakan sedikit minyak
masak jika adunan melekat di tangan
nak nampak cantik
bentuknya,
guna plastic rokrak atau
plastic gelenyar untuk membentuknya
goreng dalam minyak dengan api yang sederhana
angkat bila warna
kekuningan dan keemasan
sangat sedap dimakan
dengan neskepe panas ;)
itulah dia resipi
campak-campak yang aku buat
walaupun pertama kali
buat tapi anak tekak ni macam nak telan lagi
kebetulan inti masih ada
lagi, disejukbekukan
minggu depan kita lanyak
lagi badak itu hu hu hu
jommmm…reramai kita
memBadak selepas MenCek Mek Molek la la la