Jumaat, 10 Februari 2012

Aku Dah Tonton Hafalan Shalat Delisa

Entri hari Jumaat, moga dapat manfaat…

Akhir tahun lepas, aku ada tulis entri tentang
tragedi tsunami di Aceh telah difilemkan dalam Hafalan Shalat Delisa

Sinopsis Filem Hafalan Shalat Delisa:

Lokasi atau latar dalam filem atau novel ini di Pantai Lok Nga,
Salah sebuah pantai yang indah di Aceh.
dengar cerita, untuk filem ni mereka tak buat penggambaran di Aceh
DELISA watak utama filem ini, berumur 5 tahun
Tinggal bersama 3 kakak dan umminya, manakala Abinya
Berkerja di atas kapal yang hanya sesekali menghubungi melalui telefon.
Delisa dijanjikan kalung berloketkan huruf D [bermakna Delisa]
sekiranya berjaya menghabiskan hafalan bacaan di dalam solat.
Delisa bersungguh-sungguh menghafal bacaan dalam solatnya
Dia berpegang kepada nasihat ustaznya yang mahukan dia kusyuk,
tidak hiraukan keadaan sekeliling waktu itu apabila ujian amali solat dijalankan
Namun, semasa dia kusyuk menyelesaikan bacaan solat berkenaan,
berlaku gempa dan tsunami hingga meragut nyawa ahli keluarganya;
Kak Fatimah, Kak Zahrah, Kak Aisyah dan juga Umminya.

Hebatnya filem ini kerana kuatnya watak Delisa
Berdepan dengan kehidupannya walaupun tsunami mengambil semua kakak
dan umminya, malah menyebabkan kakinya terpaksa dipotong
dia kudung kaki kanan
dialognya "kaki Delisa dibawa air"
buatkan hati jadi sangat sebak
padahal kakinya terpaksa dipotong untuk selamatkan nyawanya

Astro dah tayang filem hebat ni, sesiapa yang langgan astro boleh tengoklah ya
Aku hanya tengok di youtube sahaja
Terima kasih banyak-banyak kepada insane baik hati
Yang muatnaikkan filem ini untuk ditonton lebih ramai
dan dimanfaatkan bersama,
Anda boleh tengok filem hebat ini kat bawah;


Filem Hafalan Shalat Delisa

   

Sayu je dengar lagu yang dialunkan dalam filem ni
Syahdu dan sendu…
OST Hafalan Shalat Delisa  

Setiap kali menonton sesebuah filem yang hebat,
Aku suka tengok bagaimana filem tersebut dihasilkan
 Boleh tengok The Making Of Hafalan Shalat Delisa di bawah ni:

 

Aceh sangat akrab di hatiku
Banyak entri tentang Aceh aku paparkan dalam blog ni
Semuanya kenangan, semuanya pengalaman baru
Antaranya ada dalam entri pasal AngelinaJolie bertudung
Andai kalian nak tengok gambar-gambar Pantai Lhok Nga
Boleh geledah entri menoleh ke belakang

Selamat menikmati sejuta rasa dalam filem ringkas ini,
namun...sangat mengesankan.

Khamis, 9 Februari 2012

Enteri Suka-Suka Yang Tak Berapa Nak Suka

Kita (akulah tu…) selalu anggap
Apa yang kita suka, orang lain pun suka juga
Apa yang sedap di lidah kita, sedap juga di lidah orang lain
Apa yang cantik di mata kita, cantik juga di mata orang
Apa yang wangi di hidung kita,
Wangi juga di hidung orang lain
Apa yang kita selesa lakukan, orang lain pun selesa juga

Lalu, bila orang lain bertoleransi dengan kita dalam apa-apa hal
Kita anggap orang itu sealiran dengan kita
Kita anggap orang itu suka apa yang kita suka
[belum kira lagi yang kita paksa orang untuk suka apa yang kita suka]
Gemar apa yang kita gemar
Padahal, dia sebenarnya mahu kita jadi diri kita yang sebenar
Padahal, dia suka bila hati kita suka
Padahal, dia cuba untuk suka apa yang kita suka
Padahal dia hanyalah sekadar ambil hati kita
[berapa banyak sukaaa daaaaaa!]

Kenapalah kita selalu saja alpa bahawa
Orang lain pun ada kesukaan mereka sendiri
Orang lain pun mahu kita sukakan apa yang dia suka
Sama seperti dia cuba untuk suka apa yang kita suka

Ini hanyalah entri suka-suka, moga anda juga suka.

Rabu, 8 Februari 2012

Jadual Kursus Haji 2012 Kawasan Kajang, Bangi, Beranang


Selasa, 7 Februari 2012

Antara Al-Ikhlas, Pelangi Ada 7 Warna dan Runtuhnya Sebuah Dosa


Sempena sambutan maulidur Rasul, ada tiga drama aku tengok:

Al-Ikhlas, Pelangi Ada 7 Warna  dan Runtuhnya Sebuah Dosa


Surah al-Ikhlas dihayati dengan mendalam dalam drama al-Ikhlas
Dramanya mudah sahaja, konflik pun tak kompleks sangat
Tapi sangat mendalam maknanya menusuk kalbu
Aku suka watak Zaki dalam drama ni
Taklah ganas sangat jahatnya tapi ekspresi mukanya
Memang menjengkelkan
Cara kematiannya juga menginsafkan, saat dia  dikuasai takbur

Di laman ewarga, ada pengumuman berikut:
“Warga UKM dialu-alukan menonton Drama "Pelangi Ada 7 Warna
hasil Penulisan Dr. Mohd Faizal Musa (Felo Penyelidik ATMA)
arahan Bade, terbitan Erma Fatima
akan ditayangkan pada 4 Februari 2012 , Saluran TV 2, Jam 2.00 petang.
Selamat menonton”

Aku menontonnya. Bukan sebab iklan di atas,
sebab Cik Bintang yang warwarkan
ceritanya taklah sensitif sangat sampai kena GAM berzaman
tentang kahwin mishar
[opsssss! Masa kahwin mishar jadi isu hangat empat lima tahun lepas
Ada jugak orang ajak aku sahut cabaran ni hu hu hu
Sebab aku TAMAK, tak macam watak Fardha dalam cerita ni
Dah tentu aku tolak…namapun tamak kan!]

Aku lebih teruja nak tengok Runtuhnya Sebuah Dosa,
Ada Tiz Zakyah dengan hero pujaan Malaya: Remy Ishak
sempat tengok intro drama yang dramatis sesangat:
dua keluarga terlibat dalam runtuhan rumah  mereka akibat gelinciran tanah
sebuah keluarga terlibat dalam runtuhan
ketika mereka hidup dalam kesesatan
[comel je tiz zakyah mabuk hu hu hu
Macam bahlol je bapaknya boleh kata
“kalau nak minum, jangan sampai mabuk” hu hu hu]
sebuah keluarga lain, turut terlibat dalam runtuhan
namun menerimanya dengan redha
sayangnya, aku migrin kronik ketika itu,
tidak sempat nak tunggu sampai habis

Tahniah kepada TV di Malaysia
dah pandai tayang drama-drama yang bermutu dan terpilih
maklumlah, penonton di malaysia juga dah makin bijak
kalau drama dan rancangan tak best
banyak sumber lain mereka boleh cari
tahniah juga kepada pengarah dan penerbit drama
yang makin kreatif dan berjaya hasilkan drama yang bagus
tahniah terbanyak juga kepada penulis skrip
bukan mudah hasilkan skrip dan cerita bermutu
perlu kajian mendalam, bijak mental dan cerah jurus fikir
bukan sekadar tangkap muat
paling tidak ada juga tanggungjawab sosial.

Hari ni masih cuti lagi kan?
Harapnya migrin aku dah hilang sepenuhnya
Seharian kepala ditekan denyut tak mampu buat apa
Hanya baring sepanjang hari sampai lupa makan
Hari ni...aku kena qada kerja untuk dua hari
Moga-moga hasrat itu tercapai.
Doakan ya...


Isnin, 6 Februari 2012

Bila merindu…

Seminggu tak ada entri baru
ada orang merindu tak?
soalan berani mati ya…dah tahu memang tak ada orang rindu
baik tak payah tanya
jadi sama macam satu kes tu
cuba nak uji market diri, akhirnya kantoi   

Selamat menyambut Maulidur Rasul dan bercuti kepada semua
cuti panjang hujung minggu ya…
bersambung dengan cuti Taipusam
bila cuti panjang begini, jalan raya keluar dari pusat Bandar yang sesak
kepada anda yang balik kampong atau pergi bercuti
semoga perjalanan anda selamat dan dirahmati
sila berhati-hati di jalan raya
aku? Mmmmm macam biasa bila cuti panjang begini
berkampung siapkan kerja yang tidak pernah siap ini:
hidup yang statik dan tak meriah langsung kan?
Tak apalah, untuk sementara sahaja!