Jumaat, 2 Disember 2011

GEMPAR!!! Video Wanita Diselamatkan Semasa Banjir Di Kajang





ni cerita TERKINI. Cerita GEMPAR ooohhhh sangat SADIS
tak sangka betul boleh berlaku

Hujan sangat lebat petang tadi
Sejam dua sahaja tetapi sangat lebat
Siap dengan petir segala
Sebab banyak kerja nak buat
Aku terperuk sahaja di pejabat tak pandang kiri kanan
Tak hiraukan dunia kecuali keluar masuk bilik air
Dah minum neskepe ais berkoyan
Sejuk dingin begini sangat seronok ulang alik
Masuk bilik air
Kalau boleh nak angkut mangkuk tandas letak sebelah meja
Senang!

Cik Bintang kata Kajang dilanda banjir besar
Metro Kajang dimasuki air
Nak kata tak percaya, memang hal begitu pernah berlaku
Dua tiga tahun lepas beberapa buah kereta masuk sungai
Di belakang metro Kajang
Terus saja aku masuk Facebook
Dah ramai yang update pasal banjir yang melanda Kajang ni
Aku kongsikan dua video kejadian banjir yang berlaku di Kajang ni
sebagai tontonan kalian

Nak tengok video banjir ni?
Video tentang seorang wanita yang terperangkap dalam banjir
Dia panjat bumbung van, tetapi arus deras buatkan van itu juga senget
Nasib baik ada orang prihatin
Hulurkan tangga untuk dia panjat ke dalam bangunan
Silalah ke Facebook sedara siayawchong kita ni untuk menontonnya

Mmmmm dah masuk youtube pun...boleh jengah sini ya





banyak gambar-gambar pasal banjir di Kajang ni juga ada
kat wall dia
nak tengok kat youtube pun dah ada
sangat cepat berita musim sekarang ni
tak payah tunggu TV3 buat Berita Terkini
lebih terkini dari berita di tv pulak






Bila bencana begini
Susah sebab banjir tu satu hal, libatkan nyawa juga
Susah nak balik rumah juga hal yang lain
Tapi, dah lepas banjir pun masih juga susah
Bayangkan harta benda kena tenggelam air begitu
Kereta dah sah tak boleh hidup
Motor salah hari hanyut masuk longkang
yang penting nyawa ya...sila selamatkan dulu




Aku Dah Makin Tua Gamaknya!


Huh! sangat payah untuk buat pengakuan sebegitu
setiap tahun, aku hanya sambut ulangtahun kelahiran ke 18
tak pernah berubah sejak entah berapa tahun lepas
sentiasa sahaja 18, hinggakan bila orang tanya pasal umur
aku seringnya terlupa berapa umur aku
teruk tak?
Ohhhh tahulah umur itu hanya satu angka
namun, tetap bertambah saban tahun

entri ini masih juga tentang
hal-hal berkaitan anak dara a.k.a gadis Melayu
berkaitan teropong, skodeng dan intai anak dara
bilik anak dara, ragam anak dara
serba serbi tentang anak dara
ini yang sering orang nak jengah
nak tahu, nak kenal nak cari juga
entah apa bestnya skodeng anak dara sana sini tu

setelah sering keluar tengah malam dan balik dah pagi
entah ke dunia mana mereka melakukan Qiamulail
dan berskandal dengan suami orang
yang takutkan isterinya, lalu perlu berdolak dalih bagai
ketika akhir bulan maka berpindahlan dia ke Shah Alam
alhamdulillah, mata aku dah tak sakit lagi
kepala pun ringan sedikit
tak perlu fikirkan berapa masjid mereka Qiamulail
sepanjang malam cecah dinihari dan kembali ke rumah esoknya.

kala masuknya dahulu
agak sopan juga dia bersalam kenal dengan semua orang
namun, bila keluar dengan semua barang-barangnya
entah kenapa sopan itu lain pula nilainya
tanpa salam tanpa ucap selamat tinggal
tak sabar benarkah dia untuk berlalu dari sini
sedangkan datangnya dahulu
diterima sebaiknya biarpun yang terdesak itu dia
bukan aku
selain dari curi-curi guna barang aku
curi-curi masak habiskan gas yang aku beli
curi-curi keluar waktu malam
kini, adakah dia curi-curi cabut dari rumah  ni?
hmmmmm budak-budak zaman sekarang!

aku dah makin tuakah
atau sebenarnya dah semakin cerewet?
makin cerewet? Huh! itu dah ada petanda BAHAYA!

Khamis, 1 Disember 2011

Hidup Normal Semula


setelah lebih 40 hari mengubah alunan hidupku
dengan pelbagai kerenah dan songeh budak-budak tu
adakala rasa macam tak waras dibuat dia orang
ada ketika sangat letih dan rasa nak balun orang
bila mereka buat perangai hingga menguji tahap sabar seorang aku
pemberontakan mereka aku atasi dengan kuasa diktaktor
ohhhhh aku pengamal aliran Nazi sejak berzaman,
bukan tahun ini sahaja
ada juga rasa puas biarpun penat memasak
apa sahaja yang terhidang akan licin kena bedal
biarpun komen yang keluar dari mulutmereka buatkan bertimbun rasa geram
namun mangkuk sebesar itu tetap kosong juga kemudiannya
dah tentulah bukan sebab aku memasak dengan sangat sedap
namun, mereka tak ada pilihan lain kecuali terpaksa makan

geram memang sepanjang masa akan timbul
tak siapa akan tahan dengan gelagat mereka ni
diakui oleh ramai orang termasuk mak bapak mereka sendiri
namun, bila mereka kata “lapar” dan “belum makan”
hati mudah benar cairnya
penatpun tetap juga aku masak
tak sampai hati pula bagi makan roti je
sebab aku tahu benar “bagaimana rasa lapar tanpa makanan”
atau hati tersentuh kala sedari mereka terasa dipinggirkan
tetiba je salahkan ayah sebab tak bawa berkubang dalam sungai
syahdu tau!

bila segalanya kembali normal
aku masuki dan diam kembali dalam corak hidupku semula
hanya qada tidur yang tidak begitu cukup sebelumnya
sambil bermalas-malas
baru terasa seperti hidup dan syukuri apa yang aku ada
ya…aku ada sangat banyak masa untuk diri sendiri
berbanding 40 hari sebelumnya
nak syampu rambutpun tak sempat
(hingga kini kegatalan di kepala menjadi masalah yang perlu diatasi
dek tak sempatnya menyental rambut)
nak sapu losyen muka sebelum tidurpun tak dan,
apalagi losyenkan satu badan bak puteri menadah jatuhnya embun ke kulit pipi
asal letak sahaja kepala ke bantal
entah ke alam mana nyawa merantau
nasib baik kembali ke badan semula hu hu hu

kini, biarlah aku manjakan diri seketika
walaupun masa dah sangat suntuk
biarlah aku qada tidur sehabisnya,
losyenkan muka kembalikan keremajaan 18 tahun
losyenkan badan tambah tegangkan tiap inci kulit
atau kemudiannya ke salun manjakan kulit kepala
cuci, urut kepala atau potong pendek rambut
yang sudah mengerbang bak pontianak menyundal tika malam
aku hanya ingin nikmati tiap detik dalam hidup ini sebaiknya
aku hanya ingin selami indahnya perjalanan waktu
sebelum bergerak dengan gear lima TURBO semula.

ya…gear TURBO. Lima plus, perlu memecut dengan momentum paling laju
hingga tesis itu siap sepenuhnya.
aku dah abaikan dia lebih 40 hari.
moga-moga halangan kali ini mampu aku hadapi
moga-moga rintangannya nanti aku berjaya tangani
doakan aku juga ya…hanya ini perkara terakhir yang aku kejar
untuk bekalan dunia
selebihnya, daku mahu bersedia untuk alam yang lain pula
dah habis isi dunia yang aku nak kejar
kerna ferari atau vila agam itu hanya hiasan duniawi
kalaupun aku mahu, bukanlah dari peluh yang kutitikkan
melainkan…PERCUMA dianugerahkan.
ada sesiapa sudi nak derma tak? Tanpa apa-apa syarat semestinya!

mmmm usahlah buang masa bermimpi siang hari oiiiii!
sesekali berangan memang boleh
kerap sangat berangan, buang masa juga
baik isi dengan tulis blog
betul tak?


Rabu, 30 November 2011

Tau Dak Nama Ubi Ni?


Selasa, 29 November 2011

Aku Dah Menikmati Kemerdekaan


Dah Selasa. Cepat kan masa berlalu?
tak puas lagi qada tidur, dah kena kerja pulak
walaupun aku memang nak masa cepat berlari
namun pada masa yang sama,
nak juga masa jangan berputar
sangat banyak kerja aku belum siap
sangat banyak kerja aku bertimbun aku kena siapkan secepat mungkin
secepatnya!

Sabtu lepas, kakak dan abang ipaQ dah jejak kaki tanahair
alhamdulillah, balik dari tanah suci dengan ceria
dengan sihat juga
aku juga ceria sesangat walaupun memang letih

Jumaat malam, ambil budak-budak 4 orang tu
balik rumah mereka semula
siap dengan sayur dan lauk untuk masak esok
ingatkan semuanya dah makan, tak payah masak lagi
sebelum sampai rumah
ada yang mengadu belum makan
nasi dah habis rumah Pak Teh dia orang

walaupun badan dah berpeluh seharian
melompat sana sini ke hulu ke hilir dari pagi
kena juga tanak nasi dan goreng ayam kicap
setengah periuk langsai
bukan sebab masakan tu sedap
tapi perut dia orang yang kebulur.

esok pagi-pagi buta aku dah terpacak depan KLIA
setelah berkali-kali penerbangan kembali tertunda
akhirnya jam 6.40 pagi mereka mendarat juga.
jam 9 lebih baru sampai Semenyih
terus bertanjak silat berpancak bergusti di dapur
hanya ikan rebus dengan budu, sayur dan ulam timun
serta ayam goreng kicap yang sengaja aku banyakkan semalam
berselera pak haji dan mak haji makan
bertambah sakan, sebabnya: budu dan ikan rebus
dah terlalu rindu, lama tak jumpa

Jam 12.30 tengahari, hantar mereka semua ke KLIA sekali lagi
semuanya balik kampung
segala tanggungjawab yang aku pikul sepanjang 40 hari lebih itu
dah diserahkan semula
semua kad, duit, buku tabung haji dan buku catatan
berserta resit berkoyan
dan resit-resit susu kambing untuk dikey in
dah aku serahkan semula
bahu rasa ringan
mata pula yang rasa berat.

semua dah selesai, dah tamat, dah habis
anak buah aku mesti serik kena tinggal dengan aku
maklumlah, makcik ni memang garang dan cerewet
makcik ni memang brutal hu hu hu
Ahhhhhhhh aku dah merdeka!
nak raikan hari kemerdekaan ini dengan qada tidur yang panjang
Ohhhhhh dah lama impikan saat ni
la la la