Dah Selasa. Cepat kan masa berlalu?
tak puas lagi qada tidur, dah kena
kerja pulak
walaupun aku memang nak masa cepat
berlari
namun pada masa yang sama,
nak juga masa jangan berputar
sangat banyak kerja aku belum siap
sangat banyak kerja aku bertimbun
aku kena siapkan secepat mungkin
secepatnya!
Sabtu lepas, kakak dan abang ipaQ
dah jejak kaki tanahair
alhamdulillah, balik dari tanah suci
dengan ceria
dengan sihat juga
aku juga ceria sesangat walaupun
memang letih
Jumaat malam, ambil budak-budak 4
orang tu
balik rumah mereka semula
siap dengan sayur dan lauk untuk
masak esok
ingatkan semuanya dah makan, tak
payah masak lagi
sebelum sampai rumah
ada yang mengadu belum makan
nasi dah habis rumah Pak Teh dia
orang
walaupun badan dah berpeluh seharian
melompat sana sini ke hulu ke hilir
dari pagi
kena juga tanak nasi dan goreng ayam
kicap
setengah periuk langsai
bukan sebab masakan tu sedap
tapi perut dia orang yang kebulur.
esok pagi-pagi buta aku dah terpacak
depan KLIA
setelah berkali-kali penerbangan kembali
tertunda
akhirnya jam 6.40 pagi mereka
mendarat juga.
jam 9 lebih baru sampai Semenyih
terus bertanjak silat berpancak
bergusti di dapur
hanya ikan rebus dengan budu, sayur
dan ulam timun
serta ayam goreng kicap yang sengaja
aku banyakkan semalam
berselera pak haji dan mak haji
makan
bertambah sakan, sebabnya: budu dan
ikan rebus
dah terlalu rindu, lama tak jumpa
Jam 12.30 tengahari, hantar mereka
semua ke KLIA sekali lagi
semuanya balik kampung
segala tanggungjawab yang aku pikul
sepanjang 40 hari lebih itu
dah diserahkan semula
semua kad, duit, buku tabung haji
dan buku catatan
berserta resit berkoyan
dan resit-resit susu kambing untuk dikey
in
dah aku serahkan semula
bahu rasa ringan
mata pula yang rasa berat.
semua dah selesai, dah tamat, dah
habis
anak buah aku mesti serik kena
tinggal dengan aku
maklumlah, makcik ni memang garang
dan cerewet
makcik ni memang brutal hu hu hu
Ahhhhhhhh aku dah merdeka!
nak raikan hari kemerdekaan ini
dengan qada tidur yang panjang
Ohhhhhh dah lama impikan saat ni
la la la