Huh! sangat payah untuk buat
pengakuan sebegitu
setiap tahun, aku hanya sambut
ulangtahun kelahiran ke 18
tak pernah berubah sejak entah
berapa tahun lepas
sentiasa sahaja 18, hinggakan bila
orang tanya pasal umur
aku seringnya terlupa berapa umur
aku
teruk tak?
Ohhhh tahulah umur itu hanya satu
angka
namun, tetap bertambah saban tahun
entri ini masih juga tentang
hal-hal berkaitan anak dara a.k.a
gadis Melayu
berkaitan teropong, skodeng dan
intai anak dara
bilik anak dara, ragam anak dara
serba serbi tentang anak dara
ini yang sering orang nak jengah
nak tahu, nak kenal nak cari juga
entah apa bestnya skodeng anak dara
sana sini tu
setelah sering keluar tengah malam
dan balik dah pagi
entah ke dunia mana mereka melakukan
Qiamulail
dan berskandal dengan suami orang
yang takutkan isterinya, lalu perlu
berdolak dalih bagai
ketika akhir bulan maka berpindahlan
dia ke Shah Alam
alhamdulillah, mata aku dah tak
sakit lagi
kepala pun ringan sedikit
tak perlu fikirkan berapa masjid
mereka Qiamulail
sepanjang malam cecah dinihari dan kembali
ke rumah esoknya.
kala masuknya dahulu
agak sopan juga dia bersalam kenal
dengan semua orang
namun, bila keluar dengan semua
barang-barangnya
entah kenapa sopan itu lain pula
nilainya
tanpa salam tanpa ucap selamat
tinggal
tak sabar benarkah dia untuk berlalu
dari sini
sedangkan datangnya dahulu
diterima sebaiknya biarpun yang
terdesak itu dia
bukan aku
selain dari curi-curi guna barang
aku
curi-curi masak habiskan gas yang
aku beli
curi-curi keluar waktu malam
kini, adakah dia curi-curi cabut dari
rumah ni?
hmmmmm budak-budak zaman sekarang!
aku dah makin tuakah
atau sebenarnya dah semakin cerewet?
makin cerewet? Huh! itu dah ada
petanda BAHAYA!