Memaparkan catatan dengan label kehidupan seorang aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan seorang aku. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2011

Hidup Normal Semula


setelah lebih 40 hari mengubah alunan hidupku
dengan pelbagai kerenah dan songeh budak-budak tu
adakala rasa macam tak waras dibuat dia orang
ada ketika sangat letih dan rasa nak balun orang
bila mereka buat perangai hingga menguji tahap sabar seorang aku
pemberontakan mereka aku atasi dengan kuasa diktaktor
ohhhhh aku pengamal aliran Nazi sejak berzaman,
bukan tahun ini sahaja
ada juga rasa puas biarpun penat memasak
apa sahaja yang terhidang akan licin kena bedal
biarpun komen yang keluar dari mulutmereka buatkan bertimbun rasa geram
namun mangkuk sebesar itu tetap kosong juga kemudiannya
dah tentulah bukan sebab aku memasak dengan sangat sedap
namun, mereka tak ada pilihan lain kecuali terpaksa makan

geram memang sepanjang masa akan timbul
tak siapa akan tahan dengan gelagat mereka ni
diakui oleh ramai orang termasuk mak bapak mereka sendiri
namun, bila mereka kata “lapar” dan “belum makan”
hati mudah benar cairnya
penatpun tetap juga aku masak
tak sampai hati pula bagi makan roti je
sebab aku tahu benar “bagaimana rasa lapar tanpa makanan”
atau hati tersentuh kala sedari mereka terasa dipinggirkan
tetiba je salahkan ayah sebab tak bawa berkubang dalam sungai
syahdu tau!

bila segalanya kembali normal
aku masuki dan diam kembali dalam corak hidupku semula
hanya qada tidur yang tidak begitu cukup sebelumnya
sambil bermalas-malas
baru terasa seperti hidup dan syukuri apa yang aku ada
ya…aku ada sangat banyak masa untuk diri sendiri
berbanding 40 hari sebelumnya
nak syampu rambutpun tak sempat
(hingga kini kegatalan di kepala menjadi masalah yang perlu diatasi
dek tak sempatnya menyental rambut)
nak sapu losyen muka sebelum tidurpun tak dan,
apalagi losyenkan satu badan bak puteri menadah jatuhnya embun ke kulit pipi
asal letak sahaja kepala ke bantal
entah ke alam mana nyawa merantau
nasib baik kembali ke badan semula hu hu hu

kini, biarlah aku manjakan diri seketika
walaupun masa dah sangat suntuk
biarlah aku qada tidur sehabisnya,
losyenkan muka kembalikan keremajaan 18 tahun
losyenkan badan tambah tegangkan tiap inci kulit
atau kemudiannya ke salun manjakan kulit kepala
cuci, urut kepala atau potong pendek rambut
yang sudah mengerbang bak pontianak menyundal tika malam
aku hanya ingin nikmati tiap detik dalam hidup ini sebaiknya
aku hanya ingin selami indahnya perjalanan waktu
sebelum bergerak dengan gear lima TURBO semula.

ya…gear TURBO. Lima plus, perlu memecut dengan momentum paling laju
hingga tesis itu siap sepenuhnya.
aku dah abaikan dia lebih 40 hari.
moga-moga halangan kali ini mampu aku hadapi
moga-moga rintangannya nanti aku berjaya tangani
doakan aku juga ya…hanya ini perkara terakhir yang aku kejar
untuk bekalan dunia
selebihnya, daku mahu bersedia untuk alam yang lain pula
dah habis isi dunia yang aku nak kejar
kerna ferari atau vila agam itu hanya hiasan duniawi
kalaupun aku mahu, bukanlah dari peluh yang kutitikkan
melainkan…PERCUMA dianugerahkan.
ada sesiapa sudi nak derma tak? Tanpa apa-apa syarat semestinya!

mmmm usahlah buang masa bermimpi siang hari oiiiii!
sesekali berangan memang boleh
kerap sangat berangan, buang masa juga
baik isi dengan tulis blog
betul tak?