Tahu tak kenapa sang penipu sekarang ni sudah mengubah modus operandi mereka ke kawasan kampung, luar bandar, felda dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya? Jawapannya mudah sahaja. Orang yang bandar tinggal di bandar ni nampak je macam banyak duit tapi sebenarnya banyak hutang. Apa taknya, masuk jambanpun nak kena bayar...mana ada yang percuma lagi oiiii. Jadi, kalau nak tipu pun, liat sikit nak dapat walaupun agak ramai jugalah orang yang tinggal bandar seperti Bandar Baru Bangi (aku ler tu!) yang kena tipu hidup-hidup.
Aku kagum betul dengan pak cik ni...walaupun nampak macam selekeh je, alih-alih boleh rugi sampai hampir RM68 ribu tu. Tabik spring kat pak cik ni. Banyakkkkkkkkkk tu!
Ni dia keratan Kosmo ya...
TEMERLOH – Seorang peneroka mendakwa mengalami kerugian RM67,800 selepas meminjamkan wang kepada seorang anggota Geng Pak Haji yang kononnya ingin membeli sebutir batu permata di sini kelmarin.
Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 di sini, berkata, dia pada mulanya ditegur seorang lelaki berdekatan bangunan Tabung Haji Temerloh di sini pada pukul 10.30 pagi.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu dipercayai berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama Haji Husin yang didakwanya tinggal di Temerloh kerana mempunyai urusan perniagaan batu permata.
Aku memang pantang sangat-sangat kalau orang gunakan agama untuk menipu! Orang yang amalkan agama secara betul pula yang akan dipandang serong. Entahlah, dunia! Dah makin tua kot bumi ni...