Memaparkan catatan dengan label cara tarik trafik ke blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara tarik trafik ke blog. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2011

BlogWalking dengan Widget 100 Penulis: Penyertaan Masih Dibuka

Ingat lagi tak, aku pernah tulis tentang 100 Penulis dalam entri lepas? Alaaa dah setahun pun...Bulan september tahun lepas aku ada tulis pasal 100 Penulis Cari Editor . Lupa la tuu...malah aku pernah juga tulis tentang salah seorang editornya, Kimmy Ai ...bakal doktor yang tengah belajar kat Mesir tu. Mestilah aku ingat sebab aku suka baca blog dia yang sesedap rasa dia je jenjalan kat tempat orang walaupun dunia gempita dengan rusuhan bagai... 

Okeh, entri kali ni bukan pasal bakal doktor lawa tu, tapi pasal peluang untuk anda dapatkan Widget Blogwalking di 100 penulis. Cuba tengok kat sebelah kanan blog aku ni, perasan tak aku dah letak “Jenjalan di 100 Penulis” kat situ? Dulupun 100 Penulis ada juga buat widget macam ni, tapi kena ping secara manual. Ada jugaklah aku letak sekejab, lepas tu buang. Sebabnya: jenuh aku tonyoh secara manual tu, tapi kadang-kadang je timbul. Selalunya tak timbulpun. Sekarang ni Ping berkenaan dah dinaiktarafkan. Bukan sahaja rupanya chumil dan bergaya, tapi dia pandai ping secara automatik. Tak payah lagi dok tonyoh ping secara manual. Best tak? Teringin tak nak masuk dalam senarai tu? 

Mudah sahaja...boleh buat permohonan untuk disenaraikan blog anda. Kalau berjaya, blog anda akan diping secara automatik tak kira berapa juta kali anda tulis dan siarkan entri baru dalam sehari (juta????? biar betul!!!!!). Jadi, kalau rasa nak nama atau blog kita sentiasa berada di atas, silalah siarkan entri baru setiap 4 saat ya tuan-tuan dan puan-puan la la la...(opsssss! Bulan puasa, tak baik menyindir kata orang, ampunnnn!!!)

Buat masa ni, masih ada 90 lagi tempat kosong dalam widget ini. Sesiapa yang berminat nak senaraikan blog dan mendapat trafik dari widget ini hanya perlu ikut syarat mudah: 

1) Grab widget ini dan paparkan di sidebar blog anda. (Klik Grab Widget) Widget boleh diperolehi dari sidebar 100penulis.com 

2) Tulis entri untuk sebarkan berita ini (90 tempat kosong masih menanti) 

3) Email kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, hantarkan details berikut: 
a) tajuk entri dan link entri anda 
b) link blog anda 

P/S : Elakkan dari memaparkan terus alamat email seperti ini di entri anda: xxxx@gmail.com tetapi gunakan xxxx[at]gmail[dot]com 

Mudah je kan? Tunggu apa lagi? Baik buat cepat sebelum peluang diisi orang lain. Dari dok ping melalut merata tempat yang belum tentu orang klik pun tu, baiklah letak benda alah ni. Tampal sekali je kat blog kita...sepanjang hayat dia berkerja tanpa perlu kita ping manual. 

Aku dah dapat benda ni serta merta sebaik dilancarkan. Ehhhh aku kan editor 100 Penulis, mestilah dapat. Nak kena BAKO kalau tak dapat? He he he...sebenarnya nak promosikan diri sendiri yang aku dah nak setahun sertai 100 Penulis la la la

Khamis, 21 April 2011

Aku Gila SEO?

Ini bukan entri latah. Apalagi melatah.

Bila aku menulis sebuah pusi Aku Kagum Anwar Ibrahim, tentang kekaguman aku kepada Datok Seri tersebut, ada juga suara pedas mengomen. Katanya aku gilakan SEO. Maklumlah, nama Anwar Ibrahim sekarang ni tengah panas, sama panasnya dengan isu telur palsu. Semua blog nak tulis pasal dia, pasal jam tangan omega dia, pasal video seks yang konon-kononnya hak milik dia, kira segala macamlah pasal dia sampaikan dia sendiripun tak tahu hal ditulis itu berkaitan diri dia.

Apa maknanya gila SEO? Maksudnya, aku akan gunakan perkataan tertentu yang sering menjadi pilihan orang apabila membuat carian seperti di google. Buat masa ini aku masih lagi belum dalami ilmu SEO yang sering menjadi buruan ramai blogger, selalu diamalkan blogger otai yang menjana ribu riban hasil trafik ke blog mereka. Kata oranglah.

Aku tak tahu sangat pasal SEO ni…belum khatam lagi pengajian. Tak sempat pun nak berguru walaupun hati memang sangat-sangat tak sabar untuk gali semua benda ni. Walau macam manapun aku pernah tulis pasal cara nak tarik trafik ke blog. Bolehlah selongkar kat entri ini;


Aku tulis puisi Bila Aku Kagumi Seorang Manusia Bergelar Anwar Ibrahim, aku memang maksudkan begitu. Memang kagumpun. Tak ada niatpun nak tarik trafik. Tak terfikirpun nak praktik SEO sebab aku belum tahu apa-apapun pasal SEO ni. Tahun depan baru nak belajar pasal SEO. Tahun depannnn? Bukan lama sangatpun takat tahun depan tu…hek eleh, itupun nak komen hu hu hu

Kalian tak kagum dia? Kenapa aku kagum dia? Sebab dia ada keluarga, anak-anak dan isteri yang sentiasa menyokong biar apapun kontroversi atau musibah yang menimpanya. Bukan calang-calang ujian Allah bagi dia. Hilang kuasa. Hilang harta. Dipenjarakan. Hilang air muka. Dimalukan dengan seberat-berat perkara. Dahulu mana orang tahu apa itu liwat, sekarang budak sekolah rendahpun dah tahu. Itu belum campur lagi isu video seks yang semua orang boleh tengok dengan aman dikhalayak. Di Parlimen je tak dibenarkan masuk. Di masjid ada tak? Opppps! salah taib lagi, sila bersedia untuk kena BOMMM esok lusa!

Aku bukan suka dia. Aku juga bukan sokong dia. Aku hanya kagum dia. Kagum sebab dia dikelilingi oleh kaum keluarga yang sentiasa menyokongnya biar apapun keadaan dia.

Kalau jadi pada aku, atau, kalaulah kalian yang berada di tempatnya, adakah kalian masih lagi mampu dan yakin mengatakan kalian punyai apa yang dia ada itu?

Mmmmm entah kenapalah aku tetiba je kena ulas semula pasal puisi tu. Ish! bukan payahpun nak faham. Susah ek? Aku bukannya sasterawan negarapun yang guna perkataan berbelit hingga ramai tak faham. Atau….sebenarnya, ada yang tak baca sampai ayat akhir? Mengaku ajelah…kan senang hu hu hu Chow, Bedah!


PSSSST: Bila aku tulis puisi, maknanya…aku tak sempat nak membebel panjang-panjang. Jadi, sila hayati tiap patah katanya yang lebih mampat macam Murtabak Diraja hu hu hu

PSSSST: Errr kan ke Semua itu dugaan Yang Esa? hu hu hu

PSSST: Tetiba tekak ni teringat-ingat kebab paling sedap pernah makan seumur hidup aku, di lorong-lorong berhampiran Notre Dame. Cik Bintang, sila jangan muntah!