Memaparkan catatan dengan label pakistan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pakistan. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2009

SMS yang Tidak Diharapkan


Aku pernah cerita pasal mamat Pakistan ni dulu. Boleh baca semula kat sini kalau dah lupa.

Nombor dia aku dah hapuskan dari telefonpun. Entah kenapa dia timbul balik. Walaupun sakit hati dulu tu belum habis lagi, aku buat-buat tak kesah je. Itupun sms dia aku balas ikut mood. Ada masa seminggu baru berbalas. Ada masa lupa langsung nak balas. Kala yang lain, hati memang tak mahu nak balas pun.

Dia tahu aku buat dak je, tapi kalau dah memang buaya tembaga, tetap nak jual ayat jugak. Jadinya, berlambak-lambaklah ayat-ayat cinta (pinjam judul novel jab!) masuk dalam telefon aku. Aku sebenarnya tertanya-tanya: mamat ni anggap aku tangkap lentuk sama dia ke? Kalau ada sesiapa yang pakar dalam hal cinta baca tulisan ni, tolonglah jelaskan sikit. Aku memang bebal sikit dengan benda-benda tak nampak macam makhluk halus ni. Macam virus selsema BABI lak!

Mamat ni tak tahu ke aku tak suka BARANG IMPORT? Dulu kan aku dah cakap. Banyak kali aku cakap. Benak benar ke dia? Tak kesahlah dia tu ensem macam anak tenuk pun, aku tetap nak juga barangan buatan Malaysia. Semangat kebangsaan aku ni tinggi sikit, tambah lagi pada bulan kemerdekaan macam sekarang kan. Sebenarnya, aku ke dia yang terlebih dos pra-san?

Baca ajelah apa yang dia tulis ni...malas aku nak tulis panjang lebar lagi. Sat-sat lagi nak kosongkan peti sms aku pulak. Tak guna simpan sampah sarapkan? Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah aku delate terus selepas bacanya sebab rasa nak MUNTAH. Sebahagian lagi tak begitu sesuai dibaca (18sx) dan aku malu untuk tunjukkan pada orang lain (korang lebih faham dari aku sebenarnya! Aku ni kan 18 tahun hu hu hu).

Inilah deretan sms yang tidak kuingini masuk dalam peti telefonku;


• Assalamualaikum (diikuti dengan letup bunga api yang dilukis) Hw r u! Miss u
• I still miss u, bt i respect u more this time, today i ws clearing numbers i saw ur name i go in my 1st meet with, ist talk in YM. I look at pic i mad at Pavillion wen we did lunch. Thn i wnt to sms u. I thnk few time coz i know ur upset with me, but i tawakal to Allah n msg u. Thanks to Allah n msg u.


• I realy thnk of u hw we meet. Hw we walk aroun n spend time. I miss u, i miss n regret that didnt care u nicely as i must do (jangan ingat hati aku mudah lembek bila kata mcm ni hu hu hu...selagi aku masih ingat kena maki tu...ayat lagi power dari ni pun leh jadi duri yang menyucuk hati hu hu hu...leh buat ayat dalam novel la plak!)

• But ur not gone frm my side, sometime certain thngs hapen in life, it doesnt mean we cnt try again. Let c how i’ll win your heart with my lov (Alahai...kalau dah tak nak tu, buat apapun memang tak jadi punya. Jangan yakin sangat laling hu hu hu)


• Golden words by bla bla bla (nama dia la tu) “When u r in light everything will follow u but when u enter the dark even ur own shadow will leave u”

(ayat ni buatkan aku rasa nak tumbuk ni. Masa aku tengah susah, kutuk aku sakan. Bukannya nak bagi semangat. Dah kena atas kepala sendiri, ada hati mengata aku pulak! Terlebih sensitip la pulak aku ni!)


• So we r same boat la in this case, wat u had fr dinner.
• Act same cos boat broken already way to rescue u la dear, hmmm im having roti naan
• To c u, its enough yahoooooo, no go out, no eat out, im agreed, bt if food reach ur offc we can eat, yeh yeh...


• Its ok, i keep try ok. Rest i leave to Allah swt, so did u go around any auting on weekend?
• Do u upset? Or angry? Be soft i’ll lov u no mater hw though u r (Alahai...napelah dia tak paham-paham lagi? Ko dah maki aku, boleh tanya lagi ke? benak ke bahlol?)


• U know wen we study n read alot, our brain need relax, pls dont always stress urslf. I wnt to c u cheer, hw to cheer u up? Insha Allah ths coming wee i had plan n giv u suprise


• U r nt wasting time insha Allah. Sure u’ll c me as dif person. I acept my childish behavior bt human learn to good, so dont worry once in a while wen we meet its not gona b waste time, bt i hav surprise fr u, insha Allah u ‘ll c wen time wil come (sayangnya, aku rasa macam...tak berminat pun nak tahu kejutannya tu. Tak de makna apa-apa pun kat aku!) ...risau gak ni...hati aku dah mati ke?


• Insha Allah i can learn myself, i try my bst, wen c u smiling, thn can fel more exciting to learn. U didnt answer me, u dnt mind i visit ur ofc? Bt i wnt surprise u, wth wondrful.
• Boleh la sekit, saya try la, baru punya saya bahasa melayu. Pls dont laugh, im learning my own. I ws thingking to visit ur ofc, i hav nt eat kajang satey long time, so after visit u, can eat satey.


Masa dah delate semua smsnya, masuk pula sms terkini:
• “Every sunset” reduce 1 day from life! But “Every Sunrise” Give 1 more day to hope! So, “Hope for The Best”. Hv a nice day, i love u..

Dan aku, cuba juga untuk menikmati rasa terharu. Hingga kini, rasa itu entah di mana perlu kugali. Sms itu tidak kubalas hingga kini, setelah beberapa hari berlalu.

Dia pernah ke pejabatku beberapa kali untuk sedikit urusan dan beberapa orang staf pejabat menyedari tentang kedatangannya itu. Malah, ada antaranya dah sebarkan maklumat itu merata tempat. Ada juga yang terpandang masa kami makan sate. Ikutkan logik akal, aku memang bertuah jumpa sang Putera yang menjadi idaman seMalaya terutama peminat cerita Hindi. Ala-ala Khirtik Roshanlah kiranya, hanya matanya sahaja bukan berwarna hijau. Bukan boleh pakai kanta lekap ke?

Dan aku pula, bagaikan Puteri Katak berwajah kematu di sisinya. Macam orang tak sedar diri je kan. Asal saja kami melintas di mana-mana, akan ada mata yang menjeling, sama ada kagum dengan kehensemannya itu, ataupun hairan betapa tidak ada citarasanya dia sebab keluar dengan aku hu hu hu. Persoalannya: apa jadi dengan perasaanku yang beku ini? Dan beku itu kian mengeras pejal bila berlaku drama keliwon di jalan raya seperti pernah aku tulis sebelum ni. Apapun, perasaan memang tidak boleh dipaksa, biarpun yang berada di hadapanku itu adalah Putera William hu hu hu. Alahai...macam novel cinta lah pulak!


Ini je aku reply...sayang kredit, bah!

• So u know hw i feel wen lost evrytg. Congrts, u wake up, but, its not mean i cn acpt u like b4.
• X payahlah nak mulut manis. Buaya je wat gitu (saje je bagi ayat bahasa melayu hu hu hu...best ngutuk dalam BM. Kalaulah satu hari nanti aku terMAKI dia macam dia maki aku...aku nak maki dalam bahasa kelate...lagi best. Bahasa SUMPAHAN kelantan ni lebih mendalam tepat sasarannya berbanding bahasa Malaysia, terus menusuk ke tulang hitam hu hu hu)


• That words cm frm dsprt person.
• I got that situation last 2-3 years. Now ur turn. Hv a nice day! (Jahat tak aku? Pulangkan paku buah keras lagi masa orang tengah susah. Ahhh....tak payah nak mintak simpati aku mengadu apa-apa!)


• Not same. Pirate take my bot, bt ur bot xcident wth iceberg.
• Ur not in my mind. Wen u go it mean FINISH. Now, u r NOBODY 4 me! (Nak kata aku kejam pun, tak kesahlah. Paling kurang aku jujur pada diri sendiri. Lagipun, tak boleh cakap berlapik...bukannya dia reti. Sindir ke, perli ke...tak makan saman. Baik je terus terang. Itu pun tarak paham lagi daaaaa)


• 4 me its over. No more change. Finish. Fulstop.
• No time 2 meet u. Sori. Mayb u cn meet aini or som1 else. (Dia ni ada koleksi awek Malaysia yang ramai (maklumlah muke memang lebih hensem dari Shah Rukh Khan. Tu yang perasan lebih tu...semua dah lari la tu hu hu hu)


• Dont waste ur time. Wen i set my mind to throw u away, dat mean u lost ur change.


Apapun, aku memang anti sesangatlah kalau orang selalu gunakan nama Allah untuk capai matlamat dia padahal aku dah tau sangat perangai dia macam mana. Jangan nak pra-san bagus setakat boleh terjemah qur’an, padahal sekerat je ajaran Islam tu diguna pakai dalam hidup. Ampun! Aku ni pulak tak mudah nak maapkan orang, sekali kena...terus serik. Walaupun selalu aku doa supaya sentiasa maafkan orang, maafkan apa yang orang buat kat aku, cuba dan terus mencuba (bukan hanya untuk kes ini sahaja) tapi hakikatnya...tersangat susahlah. Apa yang boleh aku buat adalah melupakan. Itu terlebih baik. Sebabnya, bila dah lupa, aku tak akan fikir lagi pasal tu. Jadinya, aku tak akan sakit hati lagi. Dan harapnya, dengan cara itu..bila aku lupa, aku akan maafkan dia secara tak sengaja. Boleh gitu?

Kalau ada mana-mana doktor cinta tu...bolehlah bagi kuliah kat sini ya. Pandangan anda dihargai!

Rabu, 10 Jun 2009

Cara Menamatkan Hubungan


Aku pernah kenal seorang mamat Pakistan. Dia ada agensi pelancongan di Kuala Lumpur pada ketika itu (kegawatan ekonomi buatkan dia terpaksa jual agensi tu dan berkerja di tempat yang sama). Sejak kenal dengannya, aku memang anggap dia kawan dan aku juga tahu yang dia rapat dengan aku kerana sebab-sebab tertentu sahaja. Kalau dia tidak perlukan aku, dia memang tak akan cari aku. Bila dia telefon, sms atau cari aku tu, maknanya ada lah sesuatu yang dia perlukan.

Mamat ni hensemnya boleh tahanlah. Sedap mata memandang. Ramai awek cun di Malaysia ni tergila-gilakannya. Kalau aku keluar dengan dia, memang kami akan jadi tumpuan. Aku memang sedar tu. Aku juga sedar kenapa banyak mata melirik ke arah kami. Dah tentulah mereka amat hairan bagaimana mamat sehensem dia boleh keluar dengan aku yang tak berapa nak lawa ni. Kira dah macam Beauty and the beast la pulak.

Kalau aku keluar dengan dia, hanya 3 menu sahaja yang boleh aku pilih. Pertama Pizza. Kedua McD. Ketiga sate. Namun sebahagian besarnya pizza. Walaupun pizza tu free je, tapi disebabkan aku ni bukannya suka sangat fastfood macam tu dan seangkatan dengannya, tekak naik kembang juga. asal keluar je, makan pizza. Asal keluar je, makan sate. Tak tertelan dek tekak. Sesekali bolehlah. Kalau dah kerap sangat, tekak memang tak boleh terima.

Mesti korang tanya, kenapa aku tak ajak pergi makan kat tempat lain kan? Jawapannya mudah saja. Dia kan lelaki Pakistan. Di Pakistan sana manalah perempuan boleh buat keputusan. Jadinya, dia jadi pra-san baguslah dalam semua hal. Malas nak bertekak, aku ikutkan je.

Yang aku paling suka tentang dia (satu-satunya perkara yang aku suka...yang lain, hampeh!), dialah satu-satunya lelaki yang tidak merokok pernah aku jumpa. Jadinya, bila keluar dengan dia, hidung aku selamatlah sikit daripada menghidu bau asap rokok. Kawasan yang ada asap rokok pun dia tak pergi.

Disebabkan dia ni ada rupa, walaupun taklah sehensem Brad Pitt, Brosnan atau Tom Cruz, maka dia dikelilingi oleh ramai perempuan yang berlumba-lumba nak ambil hati dia. Aku memang tahu walaupun dia tak beritahu secara terperinci. Setiap kali dia keluar dengan aku, telefonnya memang akan disetkan sebagai vibrate. Aku tak kesahpun kalau dia ada ramai perempuan simpanan atau gelpren, sebabnya aku bukanlah kekasih atau isteri dia. Semua itu bukan urusan aku. Aku bukannya berminat dengan “barang import”. Aku lebih sukakan “barangan buatan Malaysia”. Apa yang nyata, bila dia sukakan mana-mana gadis, dia memang seorang lelaki yang macho. Gentlemen. Lelaki idaman Malaya. Namun, bila dia dah tak berapa nak sukakan kita, suaranya akan bernada tinggi. Ada masanya sampai ke tahap maki.

Aku sering mendengar dia memaki pekerjanya melalui telefon ketika dia bersamaku. Aku diamkan saja kerana itu urusan dia, walaupun sebenarnya aku paling benci sikap yang sebegitu. Asal dia tidak maki aku, aku tak perlu persoalkannya. Aku pernah ke pejabatnya beberapa kali, termasuk berkenalan dengan beberapa orang stafnya.

Bila ekonomi mula merudum sedikit demi sedikit, sambutan terhadap industri pelancongan turut menurun. Dia perlu mencari beberapa alternatif lain untuk kekalkan prestasi syarikat. Jadi, dia tawarkan pakej umrah. Dia perlukan aku untuk mensasarkan pasarannya di UKM. Aku akan dibayar komisen sebanyak RM300 untuk setiap orang yang pergi umrah melalui usahaku. Disebabkan dia kawan, tengah susah dan perlukan bantuan, sebagai kawan aku tolonglah. Pada masa yang sama, dah tentu boleh jadi sumber pendapatan sampingan.

Aku lakukan banyak cara untuk promosikan pakej umrah tersebut. Edar pamplet, bina blog, hantar e-mel dan tarik orang-orang di sekeliling aku melalui syarikatnya. Hasilnya, ada 6 orang dapat aku kutip sebagai pelanggan pakej umrah pertamanya. Dia memang gembira. Aku juga. masa tu, aku harap komisen yang aku akan dapat boleh digunakan untuk bayar hutang. RM1800 bukanlah jumlah yang sedikit.

Kumpulan kedua yang aku dapat adalah seramai 7 orang. Dalam kepala aku dah berangan untuk dapatkan RM2100 lagi. Kalau dah campur kedua-duanya itu, dah berapa. Kira bolehlah aku joli sebulan dua kat pasar malam beli putu bambu. Namun sangkaanku meleset sama sekali. Bila kumpulan pertama itu balik, dia mengadu kepadaku dia rugi besar sebab kumpulan tersebut buat hal di Tanah Suci. Dia terpaksa caver banyak benda menyebabkan kos bertambah. Jadinya, dia hentikan terus pakej umrah dan ziarah tersebut. Tidak sesenpun dia bayar dengan usaha dan tenaga yang telah aku curahkan. Masa itu aku masih lagi boleh sabar. Mungkin tak ada rezeki, itu sahaja yang boleh aku sematkan dalam kepala otak. Alasan untuk sejukkan hati sendiri.

Bersama pakej pelancongan dan umrah, dia juga kendalikan sewa kereta. Setiap hujung minggu, semua keretanya habis ditempah. Dia juga selalu tawarkan kepadaku untuk pinjam keretanya, tetapi hanya untuk hari kerja sahaja. Hujung minggu dah tentu tak dapat. Nak jadi cerita, aku perlu ke Universiti Malaya untuk satu hal yang memang mendesak. Biasanya aku guna komuter dan RapidKL sahaja. Tak nak susahkan siapa. Namun mengenangkan aku ke sana pada pertengahan minggu, jadi saja je nak uji betul tidaknya dia sanggup sewakankeretanya itu dengan harga istimewa, lalu aku sewa viva dengannya. Dia akan hantar kereta tersebut ke Bangi, kemudian aku akan hantarnya balik rumah selepas kami makan malam (dah tentulah pizza lagi). Aku janji akan hantar keretanya pada hari lusa, sebab aku tak pasti kerjaku esok siap pada jam berapa.

Lusanya, pagi-pagi lagi dia dah telefon dan merungut tentang kelewatanku hingga aku terlupa nak isi minyak. Dah lama tak memandu, jadinya, aku tak mampu nak cilok sana sini seperti dahulu lagi. Lagi pula kaca mata yang aku pakai dah lama tak tukar power. Dah kelabu. Jadinya perlulah memandu dengan hati-hati. Sampai di tempat yang dijanjikan (aku terlewat dalam 15 minit), tak nampak pun kelibat dia. Kan aku ni rabun. Kena tengok elok-elok barulah nampak.

Ketika dia telefon dan tanyakan tentang minyak kereta (sepanjang jalan memang tak henti dia telefon dan maki macam yang selalu dia buat pada orang lain tu, aku masih lagi tahan bengang), aku tak sedarpun dia ada kat belakang kereta yang aku bawa. Aku ingatkan dia memang nak aku isi petrol dulu sebelum serahkan kereta padanya semula. Jadinya, aku teruslah bergerak ke hadapan (100 meter kat depan ada Shell), tetapi aku menerima hon daripadanya yang bertalu-talu. Masa itu aku memang tak terfikir langsungpun dia yang hon. Bengap juga aku ni.

Dia telefon aku lagi dengan sumpah seranahnya, tanyakan mana aku nak pergi. Aku beritahulah nak isi minyak, kemudian terus matikan perbualan dengannya. Malas nak melayan makinya itu. Namun sepanjang 100 meter ke shell itu, dia menekan hon (termasuk di Shell) hingga semua orang pandang aku. Masa aku menuju kaunter bayaran, masa itulah pekerjanya (yang juga Pakistan) terus ambil kereta dan memecut pergi. Ikutkan memanglah tak tahu nak letak kat mana muka ni. Semua orang pandang dengan pelik. Dahlah kat stesyen minyak pun dia boleh bunyikan hon macam orang gila, kemudian maki hamun aku di khalayak ramai pulak tu. Semua orang dengar apa yang dia maki. Percuma je aku dimalukan. Nak tak nak, terpaksa buat muka selamba dan naik keretanya. Tak sempat tutup pintu kereta lagi, dia dah memecut ke depan macam kena kejar dek hantu. Mulutnya tak berhenti maki.

Aku diam lagi. Hati memang terbakar tak payah nak cerita. Makin panas hati bila dia lepaskan geram dengan redah je ke depan. Terjah je macam jalan ni dia sorang yang bayar cukai jalan. Lipat je mana boleh lipat macam berlumba di litar F1 Sepang. Belok je mana rasa nak belok hingga aku terpaksa pegang bumbung kereta. Tunjuk perasaanlah konon. Akhirnya aku mintak dia berhentikan aje aku kat mana-mana, tapi tidak mendapat apa-apa respon kecuali mulutnya yang tidak lagi berhenti memekak. Semasa dia berhenti di sebuah bank untuk keluarkan duit, aku ambil kesempatan itu untuk blah. Semasa dia nampak aku blah ke stesen bas berhampiran, dia buat tak kesah sahaja. Dia hanya kesah bila tahu aku tinggalkan RM150 (ikutkan logik, ada ke sewa kereta viva sampai harga tu? Dah sakit hati sangat, aku campak je sebanyak tu kat atas kusyen keretanya. Tahulah aku tak berapa nak ada duit, tapi taklah sampai perlu dibuat macam anjing kurap sebegitu), dan kejar aku kat hentian bas.

Jadi macam drama kat tv lah pulak. Masa tu memang agak ramai juga orang sedang tunggu bas. Boleh dia cakap dengan selamba badak “tolong jangan malukan dia kat situ untuk pujuk aku”. Apa herannya aku kat dia. Dia bukanlah sesiapa pun dalam hidup ni. Kalau dia melutut kat situ dan minta maafpu, ingat aku nak heran? Sekali hati aku dah carik, mudah sangat ke nak baik? Kenapa tak fikir masa dia buat tadi? Ingat aku ni apa? Boleh saja dia maki macam semua orang yang pernah dia maki sebelum ini?

Akhirnya aku berjaya tahan sebuah teksi (teksi tu ikut jalan di belakang perhentian bas) dan memberambuskan diri dari situ walaupun dia mula buat drama sedih. Ingat senang ke nak bagi maaf setelah maki hamun aku dengan semua perkataan keji yang ada atas muka bumi ni? Apalah nak aku herankan dengan dia. Aku bukannya gilakan dia. Akupun bukan boleh dapat manfaat apa-apa pun berkawan dengan dia selain makan pizza dan sate free. Makan maki Free juga.

Setelah itu, kami terus senyap. Tidak online, tidak sms, tidak telefon juga. walaupun beberapa bulan kemudian dia sms, aku tak balas pun. Malas nak layan. Kemudiannya aku hapuskan nombornya dari memori telefonku hinggalah sebulan lepas aku terima sms darinya semula. Sebab nombornya aku dah delate, aku reply dan tanyakan siapa yang hantar. Bila dia kenalkan diri, aku tak terkata apa. Selepas antara kami senyap lebih setahun, dia hubungiku semula dan minta aku ajarkannya Bahasa Malaysia. Aku anggapnya sebagai alasan sahaja. Dah tentu perempuan yang mengelilinginya dah makin kuranglah, sebab itu dia cari aku.

Aku katakan kepadanya aku sibuk. Aku minta dia cari pusat tusyen. Dia janji akan bayar aku dan gunakan masa beberapa jam sahaja seminggu. Bayar? Tolonglah! Yang dulupun masih berhutang lagi dengan aku, ada hati pulak nak buat janji baru?

Aku berterus terang dengannya yang aku tak berminat dengan tawaran itu. Berapa banyakpun dia akan bayar, keputusanku tetap sama. Aku tidak mahu jumpa dia lagi. Aku tak mahu berurusan dengan dia tak kira apapun yang berlaku. Aku tak sudi untuk dimaki. Cukuplah sekali!

Itulah smsnya yang terakhir. Harapnya dia tak akan sms aku lagi.

Ada sesiapa putuskan satu hubungan dengan cara sebegitu?



Khamis, 8 Januari 2009

Peristiwa Hari Semalam


Tengah bersiap nak datang opis jam 9.30 AM, telefonku menyanyi rancak. Nombor yang tidak dikenali. Ingatkan ada orang nak tanya pasal sewa bilik yang masih juga tak lekat penyewa itu. Belum sempat beri salampun, berlakulah dialog berikut;


ApeX: Hello...ini kampeni XYZ (bukan nama sebenar hu hu hu)?
Aku: Hah? Kampeni aper?
ApeX: kampeni XYZ...
Aku: Bila masanya pulak saya bukak kampeni ni?
ApeX: Haiyya U pun tak tau ka?
Aku: Salah nomborlah. Nombor lain kot...(sesedap rasa je aku bagi pandangan. Maklumlah tengah mamai tak cukup tidur).
ApeX: Sudah betul la...ini nombor bla bla bla kan?
Aku: Betullah nombor saya tu...
ApeX: Saya hanya mau tanya saja itu Malaun (bukan nama sebenar) ada kerja situ kat dulu?
Aku: Malaun? Haiyya...bila masa pulak saya ada kampeni? Saya pun kerja mau cari makan ma...kuli orang saja...
ApeX: Malaun ni kata U pernah jadi boss dia...dia keleja situ maaa...
Aku: Dia bagi salah nombor kot.
ApeX: Letterhead kampeni XYZ...di Shah Alam. Saya talipon office pun tarak angkat. Sudah banyak kali maaa...
Aku: U cuba la call lagi...lama-lama ada angkatlah. Tapi ini nombor personal punya. Bukan kampeni la. Saya tarak kaya punya orang maa...

Bila pergi pejabat, tengah syok buat kerja, telefon menjerit-jerit mintak diangkat. Berlakulah perbualan berikut:


ApeX: Hello, ini kampeni XYZ ke?
Aku: Minta maaf, encik...ni pejabat gomen. Mungkin encik salah nombor.
ApeX: Betul bukan syarikat XYZ? Di Shah Alam?

Aku terkedu sekejab. Bukan Apek ni ke telefon aku pagi tadi?
Aku: Encik yang call saya pagi tadi tu ke? Cari si Malaun?
ApeX: Ohhh sama olang ka?
Aku: Ye lah. Saya yang tadi. Malaun tu siapa?
ApeX: Saya mau pakai olang la, itu Malaun mintak keleja sini. Sau mau check la...dia kata pernah keleja sama U.
Aku: Saya tak kenal pun itu Malaun. Siapa dia? U offer dia kerja apa?
ApeX: Pakistan mari. Itu IT punya assistant la...
Aku: Pakistan? Haiyya...saya tak ada sedala dari sana maaa. Better u check betul-betul malaun tu. U tak mau gaji orang tempatan ka? Belum kerja pun dia sudah tipu sama U, sudah kerja lingkup U punya kampeni kena bedil maaa...
ApeX: Itu pasal saya call U la...
Aku: Sori la...saya tak kenal itu Malaun. Sini Gomen punya opis la...bukan kampeni.
Apek: Oklah. Saya heran dia punya letterhead la...Shah Alam punya kampeni, tapi no telepon di Sri Kembangan. Haiyyaaa....

Sekalipun aku lupakan dialog itu kemudiannya dan terus buat kerja yang menimbun-nimbun ni...beberapa detik yang entah berapa jam kemudiannya, mentol kepalaku tiba-tiba menyala. Pakistan???? Aku tiba-tiba teringat yang sebelum ni pernah kenal seorang lanun asal dari Pakistan. (Bukan di Somalia je ada lanun DEK NoN weh!) Lama dahulu. Hari ini, barulah aku tahu, dia sudah edarkan nombor telefonku ke seluruh Pakistan untuk dipergunakan oleh kaum kerabatnya. Mmmmm entah apa masalah akan datang nanti!

Kalau selepas ini, namaku dan nombor telefonku (termasuk nombor pejabat) dilelong sebegitu lagi, rasanya aku perlu lebih tegas. Report polis. Ok tak? Apa pendapat kalian?