Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, PBAKL 2016 tahun ni diadakan di MAEPS serdang,
tak macam biasa yang berkampung di PWTC. Ramai yang lahirkan rasa tak seronok
terutama yang gunakan pengangkutan awam.
Bagi anda
yang nak gunakan perkhidmatan awam ke PBAKL 2016, bolehlah guna komuter dan
turun di Serdang, kemudian ambil bas percuma yang disediakan di stesen komuter
serdang tu ke MAEPS. Kami yang berada berdekatan dengan MAEPS rasa seronoklah
sebab dekat. Kalau dari rumah ambo tu, jika tak sesak dalam 10 minit dah
sampai.
Tempat letak
kereta melaut luas. Parking je mana-mana, kemudian naik tram dan turun
betul-betul di pintu utama. Cuma kena sabarlah sikit tunggu tram dan beratur
jika waktu puncak.
Isnin lepas,
aku dan Cik Bintang berkesempatan tawaf PBAKL 2016. Kami sampai dalam jam 11
pagi, baliknya jam 5.30 petang huhuhuhu itu pun sebab poket dah kempis. Cuba masih
ada duit lagi dalam poket, harus malam baru balik.
semua pink...berpinau mata ceQ |
Berikut komen
aku fasal PBAKL 2016 kali ni,
# parking
luas. Banding acara lain di MAEPS serdang, acara PBAKL 2016 ni tidak
menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Masih banyak parking lagi kosong.
Kalau acara jualan hasil pertanian atau usahawan kecil tu, kena parking hingga
tepi lebuh raya. PBAKL 2016 ni kiranya tak adalah sampai cenggitu. Namun,
pengunjung masih juga ramai sebenarnya.
# kawasan
setiap syarikat penerbitan tu lebih luas, jadi tak adalah bersesak-sesak tak
nampak buku hanya nampak kepala orang sahaja. Jadinya lebih selesa. Bebas pilih
buku apa nak.
# sekarang
ni musim panas. Ekonnya memang sejuk dan selesa.
# makan
minumnya walaupun ada yang jual guna foodtruck di tepi pintu utama, ada juga di
aras bawah tempat biasa depa jual makanan tu. Namun, macam biasalah, bila acara
begini, mana ada makanan yang murah. Pilihan pun tak adalah banyak sangat.
# penganjur
patutnya sediakanlah kerusi tepi-tepi dinding memana untuk orang yang mudah
capek macam aku ni berenti rehat sekejab. Ataupun kalau nak menunggu pun
selesa. Ramai yang bersila je atas lantai sambil menunggu sambil baca buku. Aku
yang tak boleh nak bersila ni macam mana?
# cadangan aku: penganjur sediakan satu ruang yang sesuai untuk budak-budak ribena main, ibu bapa menunggu dan sesiapa yang dah melabur kempiskan poket di pesta buku tu lunjurkan betis picit kaki lenguh sekejab. Anak-anak kecil perlukan ruang untuk berlain dan main, bukan tempat sesak. Orang menunggu pun perlukan ruang supaya tunggu lama pun tak apa. Kata nak sedut duit kami...bagilah sikit keselesaan kepada pengunjung yang datang macam rombongan cik kiah tu.
# cadangan aku: penganjur sediakan satu ruang yang sesuai untuk budak-budak ribena main, ibu bapa menunggu dan sesiapa yang dah melabur kempiskan poket di pesta buku tu lunjurkan betis picit kaki lenguh sekejab. Anak-anak kecil perlukan ruang untuk berlain dan main, bukan tempat sesak. Orang menunggu pun perlukan ruang supaya tunggu lama pun tak apa. Kata nak sedut duit kami...bagilah sikit keselesaan kepada pengunjung yang datang macam rombongan cik kiah tu.
bawak bagasi sebab tak larat nak pikul |
Bagi yang
memerlukan hotel & pilihan pengangkutan awam untuk sampai PBAKL 2016 ni
memang agak sukarlah. Namun begitu, tak mustahil tahun depan PBAKL 2016 akan
dibuat di sini juga nanti jika pihak penganjur melihat dari sudut keselesaan
yang itu sahaja.
tulisannya besar, sesuai untuk ambo yang rabun...tapi nengok harganya mmmmm |
Aku perlu
hadiri PBAKL tiap tahun untuk dapatkan buku-buku terkini dari pelbagai penerbit
untuk makanan roh, juga buku-buku yang pelik sifatnya. Namun kali ni aku tidak
sempat untuk teliti setiap buku di semua penerbit untuk dapatkan buku pelik
tersebut. Sebabnya mudah sahaja, walaupun ada baucar buku, boucer tu sikit
sangat jumlahnya. Tak cukup. Cer bagi RM1000 boucer buku tu, baru selesa aku
memborong. Ya dak? Huhuhuhu jangan kecam ambo!
hasil jalaan...21 buah sahaja |
Harga buku
dah makin naik. Buku-buku baru hanya tawarkan diskaun sebanyak 20% sahaja
sedangkan banyak buku yang aku nak. Jadinya, redha dan bersyukur ajelah takat
yang ada. Boleh gitu? Apa pun, syukurlah dengan rezeki yang ada. Mana yang beli
tu pun dah cukup untuk dibaca setahun, belum campur lagi berpuluh buah di rak
yang belum khatam baca. TamaQ betul! Tak apa, tamak ilmu...gali selagi daya.
kulukiskan engkau biru dan engkau bertanya kenapa tidak merah jambu seperti warna kesukaanku? |
Sajak-sajak
cinta dari arwah Rahimidin Zahari...tak akan lagi kudengar usik
nakalnya menyakat. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman. Buku ini aku khatamkan pada hari belinya itu. Malamnya, sebelum tidur aku khatamkan pula buku Kriminal catatan seorang wartawan jenayah. Fuhhhhh! Hari ini dalam sejarah boleh habiskan dua biji buku dalam masa beberapa jam. Buku ringan je. Kalau buku berat, 10 halaman pun susah nak hadam.
Itulah kan. Kita hanya belajar tentang rindu bila orang tu dah tak ada lagi. Aku sangat kagum dengan penulis ni. Biasanya aku tak boleh lari dari dia...dia tetap akan datang kat aku dan tanya khabar walau jumpa kat manapun. Aku malu dan segan sebab orang terkenal macam arwah tu boleh kenal aku yang jarang dapat dikesan radar ni.
4 ulasan:
seronoknya pi pesta buku... tp bila nun jauh kt sana... kene plk amik pengangkutan awam... ssh skit lah... lagi2 ngn bdk yg aktif mcm aiyan... agak payah skit lah
Dah lama tk gi pesta buku, nk pegi ahad lepas pun tak jadi juga.
Tajuk buku...kulukiskan engkau biru, tu macam menarik je..
Norhidana: Dari segi pengakutan awam, itu memang dilemanya banding di KL yang boleh akses dari pelbagai arah.
Nor Azimah: agak banyak tahun juga saya tak ke pesta buku KL masa ekonomi meruncing. Maklumlah, orang tak boleh tengok buku, kalau pergi jugak memang sanggup puasa berbulan semata-mata untuk beli buku. Sejak dapat boucer buku ni baru mula jadi agenda wajib semula.
Catat Ulasan