Jumaat, 13 Mei 2016

Bila Kereta Pancit Nak Buat Apa?



Si hitam tu, setakat ni dah 2 kali mati tengah jalan. Kali pertama masa bulan puasa tengah hari buta panas berdenting. Kat lampu isyarat pulak tu. Kali kedua masa aku dalam perjalanan nak balik Bangi musim raya, dah dekat jugaklah dengan Manik Urai tu. 

Kali ni dia tak mati, tapi…pancit. Kenangan pancit tayarpun  tak banyak kali, mungkin ini kali ke tiga je. Aku biasanya akan tukar tayar ikut keperluan. Tak sempat botak, kecuali kena paku. Itu lain cerita.

Masa servis hari tu, abang Suid (maklumat bengkel ini ada dalam link kereta mati tengah jalan tu), dah ingatkan aku untuk tukar. Aku kata tunggu servis untuk balik raya sebab sekali tengok belum botak pun. Cumanya, dah lepasi tarikh mati. Tayar yang tamat tempoh berisiko untuk berlaku kemalangan terutama kalau bawak laju, boleh meletup ataupun tak makan brek kecemasan sebab struktur fizikal tayarnya dah keras.

Sejak dua minggu lepas, aku juga perasan bila bawak laju sikit, dalam 100km/j, akan kedengaran bunyi yang pelik. Kuat sangat sampai boleh dengar masa memandu. Biasanya bunyi begitu bila bawak di jalan tak rata atau bertar lama je. Kalua guna jalan yang baru tar tak bunyi. Setiap hari aku dok set dalam kepala yang tayar tu masih sempat lagi untuk ditukar masa servis dua minggu lagi. 

Namun, semalam  tetiba dah pancit. Tak sedar pun bila. Yang aku perasan bila gerak laju bunyi macam helicopter. Terus berhenti tepi jalan ditempat yang sesuai. Memang penyek terus. Masa tu aku hanya terfikirkan kalau sportrim tu bengkok, mau puasa tiga bulan berturut-turut.

Dah ilang logonya...mana nak cari?
Tak ada pilihan, aku buka sendiri bonet dan duduk sopan je dalam bonet sambil kuis Tarik-tarik jack. Tak bergerakpun jack tu. Belakang dah lenguh ni. Cemana nak buat?  Buatlah sendiri, macam mana lagi. Tak kan nak panggil bomba pulak. Tak pepasal kena sembur dengan air, mandi free tengahari buta tu.


Alhamdulillah, masa terkial-kial bukak tayar spare dalam bonet yang ada air, (tatau cemana air boleh masuk dalam tu huhuhu) seorang ayah encem dengan anak bujang encem berenti tolong bukak tayar dan ganti dengan tayar spare. Ingatkan aku tak kuat pulas skru untuk tanggalkan tayar spare tu, rupanya memang kemas. Abang tu pun guna tenaga kuasa 5 baru dapat buka. 

Kalau depa tak berenti niatnya memang nak ganti sendiri je walaupun dok Tarik jack pun tak bergerak sikitpun dari bonet tu. Paling tidak niat kena ada walaupun upaya tadak huhuhuhu Makanya, pergilah melabur ke kedai tayar terdekatlah selepas itu. 
Alhamdulillah spot rim tak bengkok, belum masa untuk tukar lagi.

Alhamdulillah...rim masih elok!

Godek sana godek sini; tayar depan bawa ke belakang, tayar yang baru tukar pi letak depan. Masuk minyak brek baru. Tukar brekpad yang dah haus, cuci-cuci segala. Buat balancing dan aligment, akhirnya siap. Bila tengok bil, terbeliak mata sekejab. 

Yang merah tu berkilat merelip-relip memancor sinarnya...fuhhhh!

Akhirnya, ambo pulak rasa haus!
 
mana satu cantik?

Pengajaran: Bila kita naik kereta kecik, tak payahlah nak ngurat abam encem yang naik kereta besar. Bila kita naik kereta besar, tak payahlah ngurat abam bawak lori yang lagi besar tu…sebabnya, hanya orang yang bawak motor yang kita lupa nak pandang tu aje sanggup berhenti bila kereta kita rosak atau pancit tepi jalam. Abam kereta besau, abam lori atau abam kacak baju kemas tadak punya masa nak berenti kecuali ler anda tu seksi dan comey macam Nora Danish!

Aku pun tak faham kenapa nama Nora Danish ada dalam entri ni.





4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Hahaha...Nora Danish tiba2 muncul dalam ini cerita!

Memang betul pun, kalau ada 'masalah' di jalanraya selalunya penunggang motorsikallah yang lebih prihatin...

norhidana berkata...

kalu lah jd kt akak... mau nngis tepi jln... huhuhu

anyss berkata...

Kakcik Nur: lain kali masukkan Mira Filzah pulah huhuhuhu

realitinya gitulah kan...tu pasal tak leh nyombong dengan abam2 motor ni, depa diberikan hati yang suci murni ;)

anyss berkata...

Norhidana: Sebab siang tak de lah menangis, berani je tukar tayar walaupun upaya tu diri sendiripun ragui. Kalau malam risau jugak...bukan tahut hantu, tapi risau jadi mangsa jenayah ---> padahal siangpun boleh jadi mangsa huhuhuhu