Rabu, 27 Ogos 2014

Sangat SANGAT TERsangat Takut


Beberapa waktu entri blog terbiar. Ada masa memang sebab tak sempat, tetapi adakalanya sebab rasa sangat tak selesa. Takut dan risau.

Takut dan risau kalau-kalau catatan di sini buatkan orang sentap dan marah sebab aku juga pernah sentap dan marah juga.

Risau andainya apa yang aku tulis disalah ertikan. Ada masa aku nak tulis tentang A tetapi ramai orang faham ianya adalah perkara B. Salah faham itu buatkan apa yang aku tulis tak capai matlamat.

Ada masa yang lain, aku tulis lain tapi orang faham lain. Aku cerita tentang kucing yang aku tak suka tetapi orang fahaminya sebagai “aku tak suka kucing”. Sekadar contoh.

Banyak perkara lain lagi yang buatkan aku jadi risau nak buat entri. Paling utama, aku risau kalau-kalau apa yang aku tulis nanti memberi kesukaran dan menjadi isu semasa diadili di sana nanti. Mungkin niat aku tulis itu untuk mendedahkan tentang sesuatu agar tidak diulangi lagi, namun secara tak sedar aku dah buka aib orang. Contohnya!

Ohhhhh! Aku dah mula keliru!

1 ulasan:

Unknown berkata...

pada saya kan kak.. kita mmg tak boleh control kefahaman orang tentang apa yang kita tulis, niat dan tujuan kita menulis.. tapi selagi mana kita tak mendedahkan maklumat yang menyebabkan keaiban seseorang terbuka, saya rasa insya allah ok..