Selasa, 5 Ogos 2014

Bila Kena Tang Hidung Sendiri


Hidup ni memang pelik. Macam-macam benda aneh dan pelik berlaku.

Bila kena tang orang, kemain lagi kita. Maki ada, cerca ada, keji ada…menghukum apatah lagi. Masing-masing tetiba jadi pakar dalam pelbagai bidang. Masa MH370 hilang kita jadi pakar penerbangan. Masa Puan Lola dibawa ke pengadilan kita jadi pakar kemasyarakatan. Padahal, kita yang dok berjiran dengan dia tak pernah hulur seteguk air paip pun untuk bantu dia sebelum ni. Bila Cik Kiki Kamaruddin mengamuk dengan steering lock jadi kak Long kawasan Pegeot Putih CDM 25 dilanggar, kita muncul lagi jadi keyboards warriors.

Kita mahu kelihatan baik dan sempurna di mata orang lain. Kita nak mata manusia hanya melihat malaikat dalam diri kita; menuturkan kata-kata yang baik, mempersembahkan kehidupan yang baik, menyokong benda-benda yang baik. Nasib baik Allah menjaga aib kita. Kalau tak?

Pernah terfikir tak kepalsuan diri sendiri? Pernah terfikir tak kita bertingkahlaku dengan cara yang berbeza dengan apa yang kita tuturkan? Berbeza realitinya di FB, dikhalayak ramai, di hadapan orang tertentu. Pada ketika yang lain pula, tingkahlaku kita sangat berbeza terutama dikalangan kerabat terdekat.

Entah kenapa, kita lebih utamakan pandangan manusia dari pandangan Allah. Akulah tu kan. Entah bagaimana Allah memandang kita. Adakah sebaik pandangan manusia? Ataukah, pandangan manusia pun tak sebaik mana walaupun kita telah sedaya upaya menjaganya.


7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Itulah yang dikatakan cakap tak serupa bikin (kakcik lah tu)... :(

Cetusan berkata...

Kalu kena tang pipi best..( tu kata anak buah yg beum.baligh

Cetusan berkata...

Kalu kena tang pipi best..( tu kata anak buah yg beum.baligh

Cetusan berkata...

Kalu kena tang pipi best..( tu kata anak buah yg beum.baligh

lala yusof berkata...

itula bahanaya smartphone ms kini, ada pro & kontra bl semuanya dihujung jari...akhirnya sikap diri sendiri pn terserlah

norhidana berkata...

kite banyak kene muhasabah diri... tp akak lebih suke jd diri sndiri kt mana2 pun... even kt umah kt kampung kt opis perangai tu sama...

suria lekatlekit berkata...

sama2 kita jadikan peringatan kadang2 kita ni manusia apa yg kita buat tak sedar pulak benda tu yg kita perkatakan.. kan?? kekekeke