Video seorang perempuan bertudung mengamuk gunakan stering lock hentak kereta pakcik yang melanggar keretanya tetiba menjadi trending. Video berdurasi 2.33 minit itu jadi viral walaupun dah tak boleh tengok lagi mungkin dipadamkan dari youtube oleh pemiliknya, namun sekiranya gigih mencari, masih ada tempat boleh jumpa video berkenaan yang diulang muatnaik oleh beberapa orang lain.
Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan. Jangan main-main dengan si jelita di Kuantan ya…jangan salah langgar, bukan boleh dapat ungkapan cinta pandang pertama. Peugeot Putih CDM 25 Jadi Trendding Viral Panas sejak semalam.
Komen aku:
Allah menguji dengan pelbagai cara. Bila Dia menguji, bukan sahaja orang yang terlibat itu sahaja diuji, kita yang berada disekitarnya ini juga turut terlibat. Tak pepasal kita mengumpul sedikit sebanyak pahala untuk dianugerahkan kepada dia.
Dia mungkin silap kerana terlalu menyayangi kereta comel bernombor cantik CDM 25, namun sedar tak silap kita apa?
Tak perlu kot caci maki hina bagai. Selagi kita tidak berada dalam keadaan sebegitu, kita sendiri tidak pasti apa reaksi diri sendiri. Kita hanya insan biasa…ketika melihat video pendek itupun dah macam-macam emo meroyan bagai, bagaimana kalau kita yang berada di tempat cik adik tu?
Mmmmm kereta mati tengah jalan pun dah kalut, apa lagi kereta kesayangan nan mahal dilanggar orang di tengahari remang pulak tu. Dikelilingi ramai lelaki pulak…hishhh! Bulan Ramadhan juga.
Ujian untuk dia memang besar. Ujian untuk kita pun besar juga. Kita lulus ke gagal? Raya ni kenalah pergi beraya rumah dia, bermaafan kan?
Doa untuk saudara kita di Gaza, semoga Allah melindungi mereka;
6 ulasan:
Dugaan sungguh... kan?
Cuma saya nak kata, perbuatan dia memang saya tetap tak boleh terima.
Anggap itu kelemahan dia....
apa juga alasan...tindakan n bahasa yg digunakan perempuan tu tak boleh diterima sama sekali
Tengok di hp suami tanpa ulasan cuma nak kata bertapa beraninya dia buat gitu ditempat awam.
saya simpati pada dia...tak leh kata banyak sebab saya pun ada sikap panas baran jugak.. huhu...
Bila terlalu marah perkara yg tk terjangka boleh berlaku..dan kita yg melihatpun tak pasal2 terbabit sama..mudah2an jadi pengajaran pada sesiapa yg mengalami insident itu..
Catat Ulasan