Selasa, 1 Julai 2014

Apa Dah Jadi Dengan Hati Kita

Ramadhan ke 3.

Ada ketikanya aku terfikirkan tentang benda yang remeh temeh.

Entah kenapa kita (aku le tuh!) selalu anggap kita aje yang betul. Kita hempas-hempas pintu pun, kita masih anggap tindakan kita betul, asal aje hati puas. Kita yang buat silap, orang tak tegur pun…tapi kita pulak perasan orang nak mengajar kita. Maklumlah, kita ni kan cerdik pandai ada berjela sijil boleh gantung mana-mana yang kita suka. Makanya, bila kita buat silap sekalipun, kita anggap “boleh aje!”. Akhirnya, kita lakukan kesalahan demi kesalahan tanpa berubahpun. Kita ingatkan orang tak berani tegur, sebenarnya orang malas nak melayan perangai meroyan hempas-hempas pintu bagai itu yang mengalahkan budak tadika.

Kita (aku le tuh!) marah dan benci dengan orang-orang yang kita sayang, padahal merekalah jua yang banyak beri kita kebahagiaan. Tapi, boleh pulak kita tatang jaga orang yang sentiasa menyucuk duri dalam hidup kita, semata-mata sebab kita nak jaga hati dia. Akhirnya, kita juga yang terhiris sakit. Orang yang kita tatang jaga itu bukan pedulipun apa jadi dengan kita. Dan kita, juga kehilangan orang yang benar-benar sentiasa tatang kita. Bukan kita tak menyesal, tapi…air muka sendiri kenalah jaga. Mana boleh orang tahu kita tengah berperang dengan minda.

Kita (aku le tuh!) selalu bajet bagus, kononnya diri kitalah yang terbaik. Sedangkan, kita sendiri tahu tak ada apapun pencapaian kita yang boleh dibanggakan sangat. Dari dulu sampai sekarang masih juga macam tu jugak, Tapi, kita tetap rasa kita penting dimata orang. Tanpa kita kononnya orang lain tak berapa bahagia, suasana tak berapa nak ceria, ataupun akan ada orang rindu-rinduan. Hakikatnya, kita tak pernah tahupun wujud atau tidak kita di situ tiada beza apa. Lagi malang andai kewujudan kita itulah yang mengganggu ketenteraman orang lain, bukannya muncul rindu-rinduan kesah duka hingga suasana bak orang berkabung akibat kematian.

Sebenarnya kita (aku le tuh!) ego nak mengaku salah sendiri. Kononnya kita rasa perlu dihormati, padahal perangai budak-budak kita tu buatkan orang menyampah. Orang malas nak gaduh dengan kita, memasing buat tak tahu je. Tapi sejauh mana kita boleh pastikan yang rasa hormat mereka kepada kita tidak berkurang?

Entah apalah nak jadi dengan hati kita ni…


2 ulasan:

eelobor berkata...

emm....hok nim ambo keno baco sapa 5-6x nih

Unknown berkata...

Akak pun ada ego2 dalam diri ni..susah betul nak buang..tapi rasanya tak de la ganggu orang..hehe..(nak jugak nampak diri betul..:p)